Susu biasa tidak mempunyai nutrisi lengkap seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan mineral yang terdapat dalam susu formula khas untuk pemakanan enteral.
Ubat-ubatan dalam bentuk cecair boleh diberi melalui tiub pemakanan. Ubat dalam bentuk tablet atau kapsul hendaklah dilarutkan dahulu sebelum diberi kepada pesakit.
Ubat tidak boleh dicampur dan hendaklah diberi secara berasingan dengan formula enteral.
Pemberian makanan pepejal atau panas ketika memberi makanan melalui tiub nasogastrik adalah tidak dibenarkan.
Pesakit berisiko mendapat cirit-birit jika penyediaan formula enteral tidak selamat, formula enteral basi, aliran formula enteral melalui tiub terlalu laju atau formula enteral yang terlalu pekat.
Jika terdapat baki formula enteral RTD, sila simpan di dalam peti sejuk. Penggunaan dalam tempoh 4 jam selepas dibuka atau berdasarkan ketetapan pengeluar produk enteral tersebut.
Terdapat rumusan formula enteral daripada sumber asas tumbuhan (plant-based) di pasaran sebagai gantian kepada formula enteral standard.
Alirkan 20-30 ml air kosong sebelum dan selepas pemberian susu atau ubat adalah langkah pencegahan daripada tiub pemakanan tersumbat.
Jika masalah masih berterusan, hubungi pegawai dietetik atau klinik kesihatan/tempat pesakit mendapatkan rawatan untuk tindakan lanjut.