Untuk makluman, keputusan tawaran sebut harga rasmi bagi pembekalan pakaian seragam (umum-berwarna kelabu) staf pentadbiran lelaki dan wanita untuk UiTM Cawangan Selangor termasuk fakulti bagi tahun 2024 telah diputuskan. Sehubungan itu, berikut adalah ringkasan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh PTJ:
Maklumat Tawaran Kontrak Pusat: UiTM/B2/PER/SHR/B/0624/0024-1 CADANGAN MEMBEKAL MEMBUNGKUS, MENGHANTAR DAN MENGUBAHSUAI (JIKA PERLU) PAKAIAN SERAGAM STAF OPERASI PENTADBIRAN SECARA "READY MADE" KE BAHAGIAN PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA, UITM CAWANGAN SELANGOR BAGI TAHUN 2024
i. Melengkapkan borang pemilihan saiz bagi tujuan penghantaran kepada vendor yang dilantik.
ii. Membuat penyediaan Perancangan Perolehan (PP) melalui Sistem eP-Plus (Kontrak Pusat UiTM) dengan kuantiti yang telah ditetapkan sebelum ini.
iii. Membuat penyediaan Permohonan Belian (PB) kontrak pusat melalui Sistem eP-Plus (Kontrak Pusat UiTM).
iv. Setelah diluluskan oleh PTJ dan disahkan oleh Pejabat Bendahari masing-masing, PTJ sediakan Pesanan Tempatan (LO) melalui sistem eP-Plus.
v. Email Pesanan Tempatan (LO) dan Borang Pemilihan Saiz Baju kepada Puan Siti Zulaila Omar (Pegawai Eksekutif Kanan, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, UCS Kampus Puncak Alam) selewat-lewatnya pada 23 Ogos 2024 (Jumaat).
Pesanan Tempatan hendaklah disediakan berdasarkan jumlah kuantiti diluluskan berdasarkan bilangan staf yang berkelayakan mengikut senarai yang telah disahkan sebelum ini.
COPYRIGHT Ⓒ Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM), UiTM Cawangan Selangor