KELAYAKAN PAKAIAN SERAGAM
Staf Baru Dilantik :
Pelantikan pada 1 Januari - 31 Ogos : Layak menerima kemudahan pada tahun semasa.
Pelantikan pada 1 September - 31 Disember : Layak menerima kemudahan pada tahun berikutnya.
Pembekalan pakaian seragam bagi kakitangan baru dan kumpulan Pegawai Perubatan, Jururawat, Anggota Keselamatan dan Pemandu di buat sebaik sahaja kakitangan tersebut melapor diri tertakluk kepada bekalan dan peruntukan kewangan yang mencukupi.
Staf Yang Akan Bersara / Tamat Perkhidmatan :
Bersara/tamat perkhidmatan pada 1 Januari - 30 Jun tahun berikutnya : Tidak layak dibekalkan pakaian seragam pada tahun semasa
Bersara/tamat perkhidmatan pada 1 Julai - 31 Disember tahun berikutnya : Layak dibekalkan pakaian seragam pada tahun semasa.
Tuntutan bayaran balik hendaklah dibuat 3 bulan sebelum tempoh persaraan / tamat perkhidmatan.
JUMLAH BEKALAN PAKAIAN SERAGAM
*Bergantung pada kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU).
Pakaian Seragam Umum
Tiga (3) pasang baju berwarna kelabu.
Tiga (3) helai seluar slack/skirt berwarna hitam.
Pakaian Seragam Khusus
Tertakluk pada kelulusan Ketua Skim masing-masing
Kasut
Dua (2) pasang kasut kulit berwarna hitam dan bertali.
@ Satu (1) pasang kasut/bot keselamatan (*Khusus untuk jawatan tertentu sahaja)
SENARAI JAWATAN YANG LAYAK
Berdasarkan Pekeliling Pendaftar Bilangan 20 Tahun 2021 berkaitan pelaksanaan pembekalan pakaian seragam umum kepada staf UiTM yang berkelayakan, senarai jawatan yang layak menerima pakaian seragam UMUM dan KHUSUS adalah seperti di bawah:-
SEMAKAN SENARAI STAF YANG LAYAK (FAKULTI/KAMPUS)
Peta Malaysia (UiTM Cawangan Selangor)
8
FAKULTI
Fakulti
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
Fakulti Perakaunan
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
Fakulti Pendidikan
Fakulti Sains Kesihatan
Fakulti Farmasi
Fakulti Perubatan
Fakulti Pergigian
4
KAMPUS
Kampus
Kampus Puncak Alam
Kampus Puncak Perdana
Kampus Sungai Buloh/Selayang & Teluk Intan
Kampus Dengkil
YBrs. Prof./Dr/Tuan/Puan boleh membuat semakan senarai staf yang layak mengikut fakulti/kampus seperti di bawah:-
Nota Penting
Sebarang perubahan senarai staf yang layak, pihak tuan/puan diminta untuk memaklumkan kepada :-
Puan Siti Zulaila Omar
Pegawai Eksekutif Kanan
Email : sitizulaila@uitm.edu.my
No. Telefon : 033258 4058
@
Puan Nor Haizah Mokhtar
Penolong Pendaftar Kanan
Email : norhaizah@uitm.edu.my
No. Telefon : 033258 4037
COPYRIGHT Ⓒ Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM), UiTM Cawangan Selangor