Pakaian dan kelengkapan lain yang dibekalkan kepada pegawai yang layak seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia : Kemudahan Pakaian dalam Perkhidmatan Versi 1.0 (2022) Ceraian SR. 1.1.1 dan peraturan perkhidmatan berkaitan serta pindaannya.
Pakaian seragam
a) Kelayakan diberikan sebagai lambang kuasa kepada staf UiTM yang perkhidmatannya melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam seperti Polis Bantuan.
b) Komponen bagi PS adalah pakaian (Baju, Seluar, Kain), topi/songkok/tudung, tali pinggang/tali leher dan kasut. Komponen yang layak bagi staf UiTM asalah tertakluk kepada kelulusan yang diberikan.
Pakaian Keperluan Tugas
a) Kelayakan diberikan bagi tujuan perlindungan dan keselamatan diri serta pengenalan diri staf UiTM semasa bertugas di lapangan, makmal, bengkle atau yang setara.
b) ia juga memenuhi keperluan kod etika berpakaian yang ditetapkan untuk melaksanakan tugas. Komponen bagi PKT adalah pakaian (baju, seluar, kain), vest, topi/songkok/tudung dan/atau kasut. Komponen yang layak bagi staf UiTM adalah mengkuti kelulusan yang diberikan.
Jawatankuasa Penyelaras Pakaian Seragam pada mesyuarat bertarikh 23 Januari 2025 telah bersetuju untuk menggunapakai kaedah "Pembekalan Pakaian Seragam Yang Siap Dijahit Dari Kain Berkualiti Mengikut Prosedur Perolehan Yang Berkuatkuasa" secara menyeluruh.
Sejajar dengan pemberian status Autonomi kepada UiTM Cawangan Selangor bermula 1 Mac 2022, pengoperasian pengurusan pembekalan Pakaian Keperluan Tugas dikendalikan oleh UiTM Cawangan Selangor. Justeru, bermula tahun 2023, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Selangor telah menguruskan Perolehan Pembekalan Pakaian Keperluan Tugas bagi Staf UiTM Cawangan Selangor.
BERKUATKUASA
Tatacara tuntutan bayaran balik pembekalan Pakaian Seragam dan Pakaian Keperluan Tugas
Perincian dan pengesahkan kelayakan jawatan yang layak menerima Pakaian Seragam dan Pakaian Keperluan Tugas
Panduan Kemudahan Pakaian Seragam dan Pakaian Keperluan Tugas - Berkuatkuasa 01 Januari 2025
Menjelaskan syarat-syarat dan proses perolehan bagi memastikan pembekalan pakaian seragam dan pakaian keperluan tugas UiTM
Pekeliling Pendaftar UiTM Bilangan 12 Tahun 2025
Menerima Pakai Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Kemudahan Pakaian dalam Perkhidmatan Awam Versi 1.0 (2024)
Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Versi 1.0 (2022) Ceraian SR. 1.1.1 Tahun 2024
Kemudahan Pakaian dalam Perkhidmatan
DIBATALKAN
Keputusan Mesyuarat Pengurusan Dalaman (MPD) Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Bil. 69/2021 (DIBATALKAN)
Pembekalan Kasut Keselamatan Staf PPF UCS KPA dan KPP yang bertugas di tapak bina/tempat kerja bagi jawatan yang berkaitan gred 40 dan ke bawah.
Pekeliling Pendaftar UiTM Bilangan 20 Tahun 2021 (DIBATALKAN)
Pelaksanaan Pembekalan Pakaian Seragam Umum kepada Staf Universiti Teknologi MARA (UiTM) Yang Berkelayakan
Pekeliling Pendaftar UiTM Bilangan 9 Tahun 2012 (DIBATALKAN)
Panduan Pengurusan Kemudahan Pakaian Seragam Staf Universiti Teknologi MARA
COPYRIGHT Ⓒ Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM), UiTM Cawangan Selangor