Pengenalan MASMED
MASMED adalah sebuah institusi di bawah UiTM yang bertujuan memperkasakan ekosistem keusahawanan Universiti melalui pembangunan keusahawanan dalam kalangan pelajar, graduan, dan usahawan kecil dan sederhana (PKS).
Fungsi MASMED
Merangsang, menyokong, mendorong dan memudahkan aktiviti keusahawanan di kalangan pelajar, kakitangan UiTM dan masyarakat setempat meliputi seluruh Fakulti dan kampus cawangan UiTM.
Menjadi pusat kecemerlangan keusahawanan yang menggabungkan pendidikan, latihan, perundingan dan pembangunan keusahawanan di kalangan pelajar, graduan, kakitangan UiTM dan komuniti setempat.
Menyokong aktiviti utama keusahawanan melalui kerjasama strategik bersama Kementerian, agensi luar, pelabur dan institusi peringkat kebangsaan/antarabangsa dalam aktiviti pembangunan ekosistem keusahawanan yang melibatkan pelajar, pensyarah, dan alumni UiTM.
Memberi bantuan kewangan atau akses kepada sumber dana untuk membantu pembangunan keusahawanan pelajar.
Bidang Tumpuan
Keusahawanan Sosial
Kolaborasi dan Jaringan Industri
Kelestarian dan Eko-Inovasi
Pembangunan
Keusahawanan
Bimbingan dan Panduan Keusahawanan
Inkubator dan “startUp” Program
Perkhidmatan MASMED
Agro-preneur
- Menawarkan latihan khusus dalam amalan pertanian lestari, pengurusan agro-bisnes, dan teknologi pertanian - fertigasi & panel solar.
Culi-preneur
- Menyediakan sumber dan bimbingan untuk inkubasi Start-up dalam bidang kulinari - Mvnchbites Cafe.
Social-preneur
- Menawarkan pembiayaan permulaan dan menghubungkan usahawan sosial dengan NGO, agensi kerajaan, dan organisasi masyarakat untuk membantu mengembangkan perniagaan yang memberi impak sosial.
Techno-preneur
- MASMED menyediakan program inkubator dan sokongan keusahawanan untuk membantu membangun start-up berasaskan teknologi - termasuk bimbingan, bantuan kewangan, dan akses kepada ruang kerja bersama.
Digital-preneur
- Mengadakan bengkel tentang platform digital, jualan dalam talian, dan pemasaran media sosial - eBaypreneur
Media-preneur
- Membantu usahawan kreatif membina jenama sendiri dan mengembangkan usaha mereka dalam industri seni, media, dan budaya - menyediakan platform untuk mempamerkan bakat.
Pencarian Bakal Usahawan Pelajar APB
Kami sedang mencari pelajar yang aktif atau berminat dalam bidang keusahawanan untuk program dan peluang menarik yang akan datang.
Isi maklumat anda di pautan berikut: https://forms.gle/uQKzjDoWtoxLwufKA
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
📍 SMF RAZIN https://wa.me/601123150652 [WhatsApp]
📍 SMF FASHA https://wa.me/60182539313