Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Bahasa (SMFAPB) merupakan satu organisasi yang ditubuhkan di bawah pengurusan Hal Ehwal Pelajar fakulti untuk membantu pelaksanaan program-program utama oleh fakulti kepada mahasiswa. Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Bahasa (SMFAPB) juga, berperanan sebagai badan persatuan yang berfungsi sebagai perantara mahasiswa dengan badan pengurusan fakulti. Hierarki badan kepimpinan ini, ditadbir oleh majlis tertinggi yang diketuai oleh Presiden, barisan Timbalan Presiden, Setiausaha dan Timbalan Setiausaha serta Bendahari. Seterusnya, organisasi ini turut dibantu oleh Jabatan Kebajikan dan Sumber Inovasi yang terdiri daripada barisan Exco Multimedia dan Publisiti, Exco Perhubungan Mahasiswa, Exco Aduan dan Kebajikan serta Exco Latihan dan Kepimpinan. Selain itu, Jabatan Pembangunan Mahasiswa turut menyumbang peranan iaitu mereka yang terdiri daripada Exco Akademik dan Kerjaya, Exco Sukan dan Rekreasi, Exco Kesenian dan Kebudayaan, Exco Keusahawanan dan Inovasi serta Exco Kerohanian. Kesemua barisan exco ini antara tulang belakang kepada keberhasilan sesebuah organisasi ke arah yang lebih baik.
Barisan kepimpinan ini sentiasa komited dalam menjalankan tugas-tugas yang diberikan, mentadbir dan mengurus program-program yang mendatangkan impak positif kepada mahasiswa Akademi Pengajian Bahasa. Kewujudan badan organisasi secara tak langsung menjadi wakil kepada seluruh mahasiswa ke arah menampilkan kredibiliti kemahiran kepimpinan yang ada dalam mentadbir sesebuah organisasi. Pelaksanaan dan pemilihan ahli jawatankuasa Sekretariat Mahasiswa Fakulti juga, jelas melalui prosedur yang telus dan teliti untuk memastikan wakil kepimpinan para mahasiswa Akademi Pengajian Bahasa menjadi contoh terbaik kepada mahasiswa lain. Barisan kepimpinan fakulti ini sudah pasti menjalankan tanggungjawab yang digalas sepenuh hati dan berkomitmen tinggi untuk membentuk satu badan persatuan fakulti yang berimpak besar serta mampu menyumbang kepada kemenjadian kualiti mahasiswa Akademi Pengajian Bahasa.
Instagram: @smfapb
Twitter/X: @smfapb_uitm
Email: smfapbrasmi@gmail.com