WHAT'S NEW
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 & HARI MALAYSIA 2025
BERSAMA KONSULAT MALAYSIA DI PONTIANAK, INDONESIA
ISNIN | 22 SEPTEMBER 2025
Alhamdulillah, warga APB berbesar hati menerima jemputan daripada Konsulat Malaysia di Pontianak, Indonesia untuk turut serta dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 dan Hari Malaysia 2025. Acara penuh bermakna ini bukan sahaja meraikan semangat kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia, malah mengukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia dan masyarakat setempat di Pontianak.
Sambutan ini juga memberi peluang kepada delegasi APB untuk bersama-sama merasai suasana kebersamaan di perantauan, di samping memperkukuh jalinan diplomasi, akademik dan persahabatan melalui platform ASEAN 2025: Empowering Communities for a Sustainable Tomorrow (AECST).
π
Tarikh: 22 September 2025
β° Masa: 6.30 petang β 10.00 malam
π Tempat: Kencana Ballroom, Hotel Alimoer, Pontianak, Indonesia
Semoga sambutan ini berjalan dengan lancar dan menjadi wadah memperkukuh semangat Malaysia MADANI dalam kalangan warga Malaysia di luar negara.
Globally Renowned, Locally Rooted
Ψ§ΩΨ³ΩΨ§ ΨͺΩΩΩ Ω
ΩΩΩΨ§
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Shah Alam
KUNJUNGAN RASMI DELEGASI APB KE UNIVERSITAS TANJUNGPURA PONTIANAK DAN MAJLIS PERASMIAN ASEAN 2025: EMPOWERING COMMUNITIES FOR A SUSTAINABLE TOMORROW (AECST)
ISNIN | 22 SEPTEMBER 2025
Alhamdulillah, ketibaan warga Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM di Universitas Tanjungpura (UNTAN), Pontianak telah disambut dengan penuh mesra oleh Dekan Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Dr. Ahmad Yani T, M.Pd.
Kunjungan rasmi ini menjadi detik bermakna dalam memperkukuh hubungan kerjasama akademik dan persahabatan antara kedua-dua institusi. Majlis turut diserikan dengan Perasmian ASEAN 2025: Empowering Communities for a Sustainable Tomorrow (AECST), yang menjadi platform penting dalam mengangkat nilai kolaborasi serantau, pertukaran ilmu dan pengalaman, serta komitmen bersama ke arah pembangunan mampan komuniti ASEAN.
π
Tarikh: 22 September 2025
β° Masa: 8.30 pagi β 12.00 tengah hari
π Tempat: Dewan Utama, Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Tanjungpura
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan, UNTAN khususnya Dr. Ahmad Yani T, M.Pd. atas sambutan hangat dan layanan penuh mesra yang diberikan kepada delegasi APB.
Globally Renowned, Locally Rooted
Ψ§ΩΨ³ΩΨ§ ΨͺΩΩΩ Ω
ΩΩΩΨ§
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Shah Alam
MAKAN MALAM BERSAMA KONSULAT MALAYSIA DI PONTIANAK, INDONESIA
AHAD | 21 SEPTEMBER 2025
Alhamdulillah, ketibaan warga APB di Pontianak telah disambut mesra oleh Tuan Azizul Zekri Abd Rahim, Konsul Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak. Delegasi turut diraikan dengan hidangan makan malam istimewa yang berlangsung di Hotel Alimore, Pontianak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Konsulat Malaysia di Pontianak atas layanan yang diberikan.
_ASEAN 2025: EMPOWERING COMMUNITIES FOR A SUSTAINABLE TOMORROW (AECST)_
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Shah Alam
ASEAN 2025: EMPOWERING COMMUNITIES FOR A SUSTAINABLE TOMORROW (AECST)
AHAD | 21 SEPTEMBER 2025
Alhamdulillah, seramai 20 delegasi APB (pelajar & pensyarah) selamat tiba di Pontianak, Indonesia pada 21 September 2025.
π Tarikh: 21 β 26 September 2025
π Tempat: Pontianak, Indonesia
π€ Kolaborasi: Konsulat Malaysia di Pontianak & Universitas Tanjungpura (UNTAN)
Aktiviti sepanjang minggu: SULAM, akademik & kesukarelawanan.
Semoga program ini berjalan lancar.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Shah Alam
The Modern Language Olympiad 3.0
RABU| 20 OGOS 2025
The Modern Language Olympiad is BACK
louder, prouder, and more inspiring than ever! π₯
Welcome to MODERN LANGUAGE OLYMPIAD 3.0 (MLO3.0)
Modernising Global Talent! πβ¨π€
Organised by Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia. MLO 3.0 is your global platform to celebrate the beauty of language, culture, and creativity.
From soul-stirring poetry β
to harmonious multilingual singing πΆ to powerful oratory π£ and captivating stories π
This isnβt just a competition β itβs a celebration of global voices π
4 LANGUAGES. 4 EXCITING CATEGORIES. INFINITE CREATIVITY.
Whether you speak Malay, English, Arabic, or Mandarin. This is your moment to SHINE β¨π«
Raise your voice π£
Tell your story π
Inspire the world π₯
Join us and make MLO 3.0 unforgettable.
For more information, visit the official MLO 3.0 Linktree: https://linktr.ee/modernlanguageolympiad2025Β
#ModernLanguageOlympiad #ModernisingGlobalTalent
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Shah Alam
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENGERUSI MARA
SELASA| 12 OGOS 2025
Hari ini, delegasi Hal Ehwal Pelajar, Akademi Pengajian Bahasa (HEP APB) UiTM telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YBhg. Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA.
Pertemuan ini membincangkan peluang dan ruang kerjasama antara UiTM dan MRSM dalam penganjuran Modern Language Olympiad 3.0 (MLO 3.0). Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh bakat bahasa dan kepimpinan pelajar, selain mengukuhkan jaringan strategik antara kedua-dua institusi.
HEP APB merakamkan penghargaan atas kesudian YBhg. Datuk Dr. Asyraf Wajdi menerima kunjungan ini serta sokongan beliau terhadap usaha memperkasa pelajar UiTM dan MRSM melalui platform bersifat global.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Shah Alam
π TAHNIAH HEP APB! PENCAPAIAN CEMERLANGπ
SUKU KEDUA 2025Β
SELASA| 5 OGOS 2025
Akademi Pengajian Bahasa (APB) terus mengukir kejayaan membanggakan apabila muncul sebagai penyumbang kedua tertinggi (Top 3) dalam pencapaian prestasi suku kedua (Q2) 2025 di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) , mendahului 26 fakulti lain daripada keseluruhan 28 fakulti di UiTM!
π Lebih membanggakan, pencapaian HEP APB mencatatkan skor luar biasa sebanyak 96.4%, iaitu tertinggi berbanding semua jabatan di bawah PI TNC HEP.
Kejayaan ini adalah bukti usaha gigih dan kerjasama mantap warga APB dalam menjayakan agenda pembangunan pelajar serta pelaksanaan projek berimpak tinggi demi kecemerlangan institusi dan kebajikan mahasiswa.
π Terus melangkah jauh, APB!
πͺ Menuju kecemerlangan berterusan bersama UiTM.
#HEPAPBCemerlang
#APBPride
#UiTMQ2Performance2025
#UiTMdiHatiku
#ExcellenceInAction
#TNCHEPUITM
Penyertaan Pelajar APB dalam 2025 BFSU Chinese Bridge Summer Camp, China
RABU | 30 JULAI 2025
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa dua orang pelajar dari Akademi Pengajian Bahasa, Aqila Batrisyia Binti Mohd Azizan (LG240) dan Siti Nurul Aisyah Binti Abdul Aziz (LG240) telah berjaya terpilih sebagai wakil Malaysia (antara 14 pelajar terpilih seluruh negara) untuk menyertai 2025 BFSU Chinese Bridge Summer Camp yang akan berlangsung dari 30 Julai 2025 hingga 12 Ogos 2025 di Beijing Foreign Studies University (BFSU), Beijing, China.
π Semoga mereka diberi kelancaran dalam perjalanan, beroleh pengalaman yang berharga, dan dapat menimba ilmu serta memupuk semangat jati diri sebagai duta kecil negara.
π€²π» Sama-sama kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan-Nya.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Akademi Pengajian BahasaΒ
UiTMΒ ShahΒ Alam
PROGRAM KONGSI REZEKI
BERSAMA PELAJAR APB!
RABU | 16 JULAI 2025
Dengan penuh kesyukuran, dimaklumkan bahawa Program Kongsi Rezeki bersama pelajar APB UiTM yang berlangsung pada hari ini, 16 Julai 2025 bermula jam 9.30 pagi, telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh semangat kebersamaan.
Makanan harian telah diagihkan kepada para pelajar yang memerlukan sebagai satu usaha menyemai rasa prihatin dan kasih sayang dalam komuniti kampus kita.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga APB yang telah menyumbang tenaga dan sokongan dalam menjayakan program ini.
π Rezeki dikongsi, kasih disemai.
πͺ Mari kita teruskan usaha murni ini demi kebajikan dan kesejahteraan bersama.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
Sesi 2024/2025
Universiti TeknologiΒ MARAΒ ShahΒ Alam
PEMAKLUMAN PROGRAM GRADUAN CEMERLANG: THE LAST TOUCH AKADEMI PENGAJIAN BAHASA SESI MAC 2025 - OGOS 2025Β
KHAMIS | 3 JULAI 2025
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa program Graduan Cemerlang: The Last Touch Akademi Pengajian Bahasa Sesi Mac 2025 - Ogos 2025 bagi mahasiswa semester 5 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
π Tarikh: 4 Julai 2025 (Jumaat)
π° Masa: 8:00 malam - 11:00 malam
πPlatform: Google Meet
π Pautan: https://meet.google.com/szr-kthd-bscΒ
βPERHATIAN
Kehadiran semua mahasiswa semester 5 Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam adalah DIWAJIBKAN
Sehubungan dengan itu, diminta mahasiswa semester 5 untuk cakna berkenaan butiran program tersebut bagi memudahkan perjalanan program. Jasa baik dan kehadiran mahasiswa ke program ini amat dihargai.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
π±SMF HASNIM: https://wa.me/601131264557
π±SMF RAUDHAH: https://wa.me/60163774012
π±SMF ADAM: https://wa.me/60188717385Β
Sekian dimaklumkan.
Yang menjalankan amanah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Keusahawanan
Sekretariat Mahasiswa Fakulti
Akademi Pengajian Bahasa
Sesi 2024/2025
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
CERAMAH MIND MATTER:
JAGA MINDA, JAGA DIRI
KHAMIS | 3 JULAI 2025
Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa Akademi Pengajian Bahasa akan menganjurkan program Ceramah Mind Matter: Jaga Minda, Jaga Diri.
Berikut merupakan butiran program tersebut:Β Β
π
Tarikh: 4 Julai 2025 (Jumaat)
π Masa: 3:00 petang β 5:00 petang
π» Platform: Google Meet
π Pautan Penyertaan: https://meet.google.com/kms-ybwf-nac Β
π Terbuka kepada semua mahasiswa UiTM Shah Alam
π E-merit akan disediakan
π Mari bersama-sama menjadikan minda kita lebih kuat dan diri kita lebih sejahtera.Β
Sekian dimaklumkan.
Yang menjalankan amanah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
Sesi 2024/2025
Universiti TeknologiΒ MARAΒ ShahΒ Alam
AGIHAN NASI LEMAK PERCUMA!
β SELESAI DENGAN JAYANYA! ππ
KHAMIS | 3 JULAI 2025
Alhamdulillah, program agihan nasi lemak percuma selama tiga hari berturut-turut yang bertempat di Kenanga 3 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
Sebanyak 750 pek nasi lemak telah diagihkan dengan penuh rasa syukur dan semangat ukhwah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang dan warga APB yang turut serta menjayakan inisiatif ini.
π€ Rezeki dikongsi, kasih disemai.
π¬ Semoga usaha kecil ini menjadi inspirasi untuk terus menyemai nilai prihatin dalam komuniti kita.
Sekian dimaklumkan.
Yang menjalankan amanah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
Sesi 2024/2025
Universiti TeknologiΒ MARAΒ ShahΒ Alam
PROGRAM ASPIRASI UTAMA AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
KHAMIS | 26 JUN 2025
Alhamdulillah, Program Aspirasi Utama Modul 1 dan Modul 2 bersama pelajar-pelajar Semester 1 dan Semester 2, Akademi Pengajian Bahasa, telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini, Khamis, 26 Jun 2025.
Program ini telah berjaya mencapai objektif dalam membentuk sahsiah, jati diri dan kepimpinan pelajar secara holistik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini β khususnya kepada para pelajar yang telah menunjukkan komitmen dan semangat luar biasa sepanjang program berlangsung.
β¨ Semoga segala ilmu dan nilai yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan menjadi inspirasi untuk terus berkembang sebagai mahasiswa cemerlang.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
Sesi 2024/2025
Universiti TeknologiΒ MARAΒ ShahΒ Alam
Β BICARA SANTAI: MAHASISWA AWESOME
AKADEMI PENGAJIAN BAHASA SESI MAC 2025 - OGOS 2025
JUMAAT| 20 JUN 2025
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa program Bicara Santai: Mahasiswa Awesome anjuran Akademi Pengajian Bahasa bagi Sesi Mac 2025 - Ogos 2025 bersama pengurusan tertinggi Akademi Pengajian Bahasa akan diadakan seperti ketetapan berikut:
π Tarikh: 20 Jun 2025 (Jumaat)
π° Masa: 2:00 petang - 5:30 petang
π Platform: Dalam talian (Google Meet)
π Pautan: https://meet.google.com/ohd-ueur-wox
Program ini terbuka kepada SEMUA MAHASISWA UiTM, bukan sahaja pelajar Akademi Pengajian Bahasa. Ayuh ambil peluang ini untuk mendapatkan inspirasi, bertukar pandangan dan membina jaringan yang bermanfaat bersama kepimpinan akademik serta rakan mahasiswa daripada pelbagai fakulti.
π Penyertaan akan menerima e-Sijil dan merit sebagai pengiktirafan.
π‘ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai perbincangan santai yang penuh manfaat ini!
πSebarang pertanyaan, sila hubungi:
π± SMF SYUHADA: https://wa.me/601120661068
π± SMF AIDA: https://wa.me/60128821499Β
Sekian, terima kasih.
"Aspirasi Kita, Masa Depan Bersama"
Yang menjalankan amanah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Keusahawanan
Sekretariat Mahasiswa Fakulti
Akademi Pengajian Bahasa
Sesi 2024/2025
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
MAJLIS ANUGERAH DEKAN DAN ANUGERAH TOKOH SISWA AKADEMI PENGAJIAN BAHASA 2025
RABU | 11 JUN 2025
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Dekan dan Anugerah Tokoh Siswa Akademi Pengajian Bahasa 2025 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
π Tarikh: 12 Jun 2025Β (KHAMIS)
π° Masa: 7:00 malam sehingga 10:10 malam
πLokasi: Dewan Anjung Seri Budiman (Dewan Annex), UiTM Shah Alam
π Tema: Denim (Mengikut Kod Sahsiah Rupa Diri)
Justeru, dijemput semua warga pengurusan bersama-sama ke majlis tersebut.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
Sesi 2024/2025
Universiti TeknologiΒ MARAΒ ShahΒ Alam
ππππππ πππππ πππππππ πππππππ π-ππππ π.π ππππ ππππππ!
KHAMIS| 22 MAY 2025
PROTΓGΓ dengan kerjasama @inskenofficial kini membuka penyertaan bagi Program Latihan Intensif Dalam Talian β N-GENE (New Gen Entrepreneur Online Bootcamp) 5.0 khas untuk graduan usahawan!
Program ini bertujuan membantu graduan tingkatkan prestasi perniagaan melalui:
πΉ Latihan pembangunan perniagaan secara dalam talian selama 5 hari
πΉ Bimbingan one-on-one bersama coach
πΉ Peluang terima geran perniagaan bernilai RM3,000!
π Terhad kepada 300 peserta sahaja
π Sasaran: peningkatan jualan sekurang-kurangnya 20%
π Kriteria peserta:
β
Graduan (pengalaman bisnes < 5 tahun)
β
Warganegara Malaysia
β
Bisnes berdaftar (SSM / PBT β Sabah & Sarawak)
π² Daftar segera di:
π www.insken.gov.my/ngene_2501
πΈ Scan QR dalam poster untuk terus daftar!
Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi di talian:π±03 - 8883 6407 (Encik Muhammad Fikri bin Abdul Aziz) atau e-mel kepada fikri.aziz@kuskop.gov.my
Sumber:
OfficialMedMalaysia
KHAMIS| 8 MAY 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa satu program Ceramah Umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 9 Mei 2025 (Jumaat)
Masa: 8:00 A.M. sehingga 12:00 P.M.
Lokasi: Auditorium Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam
Penceramah: Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam (Universiti Putra Malaysia)
Sehubungan itu, semua warga dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.Β
Program ini boleh diikuti secara langsung menerusi Facebook Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia: https://www.facebook.com/share/p/1AYwCzurBm/Β
Kehadiran dan sokongan anda amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
ISNIN | 28 APRIL 2025
Alhamdulillah, program Kem Intensif Pemulihan Tasmik (P-TAS) 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 April 2025 (Sabtu) dari jam 7.30 pagi sehingga 4 petang bertempat di Dewan SK Puchong Utama . Program anjuran Panitia Pendidikan Islam ini bertujuan membantu murid-murid Tahun 6 dalam memperbaiki dan memperkukuhkan bacaan Al-Quran mereka.
Seramai 30 orang pelajar dari Akademi Pengajian Bahasa (APB) , Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah hadir sebagai pemudahcara, memberikan bimbingan intensif kepada para peserta. Sepanjang program, para murid menunjukkan semangat dan kesungguhan yang tinggi, dan objektif program berjaya dicapai dengan cemerlang.
Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak APB UiTM Shah Alam, para pelajar pemudahcara, semua guru, serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan memberi manfaat berpanjangan kepada semua.
Sekian, terima kasih.
RIANG RIA AIDILFITRI AKADEMI PENGAJIAN BAHASA 2025
JUMAAT | 25 APRIL 2025
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku | Salam Malaysia Madani
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Akademi Pengajian Bahasa (APB) yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memeriahkan Majlis Riang Ria Aidilfitri APB 2025 π yang telah berlangsung dengan jayanya pada Jumaat, 25 April 2025 bermula jam 9.00 pagi bertempat di Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam.
Sesungguhnya, tanpa kehadiran dan sokongan semua, majlis ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan begitu meriah dan bermakna. Kemeriahan yang tercipta jelas mencerminkan semangat kebersamaan serta keakraban dalam kalangan warga APB.
Semoga ukhwah yang terjalin ini akan terus berkekalan dan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita bersama.
Sekian, terima kasih atas kehadiran dan kerjasamaΒ semua.