Selamat Datang ke Portal Hebahan Maklumat JHEP
Politeknik Mersing menggalakkan penglibatan aktiviti ko-kurikulum kepada semua pelajarnya. Kelab dan persatuan ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan kegiatan ko-kurikulum pada masa lapang, melatih pelajar menjadi seorang pemimpin, mengeratkan perpaduan berbilang kaum, membentuk sahsiah mahasiswa dan menumpukan nilai-nilai akademik dalam kegiatan pelajar.
Adalah menjadi lumrah bahawa keterampilan dan keupayaan penyesuaian diri dengan pelbagai situasi menjadi salah satu faktor penentu terhadap kemajuan dan kecemerlangan pelajar.
Kecemerlangan pelajar yang seimbang dalam bidang akademik dan kokurikulum amat dititikberatkan. Kedua-duanya saling melengkapi antara satu dengan yang lain dalam usaha melahirkan graduan yang responsif, proaktif, berkualiti dan berdaya saing.
Justeru, JHEP mengambil tanggungjawab dengan meluluskan penubuhan beberapa persatuan dan kelab yang lebih khusus untuk memberi peluang mengasuh, menanam kemahiran insaniah serta memupuk minat pelajar dalam kepimpinan, kreativiti, sukan dan rekreasi, keusahawanan, kebudayaan, kerohanian, kebajikan dan seni mempertahankan diri.
Berikut adalah senarai persatuan dan kelab :-
A. SENARAI KELAB
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Kelab Program Siswa Sihat (PROSIS)
Kelab Rakan Ukhwah (KRU)
Kelab Rakan Moral (KRM)
Kelab Rakan Pustaka (KRP)
Kelab Sukarelawan
Kelab Orator
Kelab Multimedia UIDM
Kelab PMJumpers
Kelab Brute Force
Kelab PolyGreen
Kelab Kebudayaan
Kelab Robotic
B. SENARAI PERSATUAN
Persatuan Pelajar Jabatan Perdagangan (PPJP)
Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (PPJKE)
Persatuan Pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PPJTMK)
Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK)