majlis perwakilan pelajar

pengenalan

Dalam Rang Undang-Undang, di bawah Seksyen 7 Bahagian III, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174), telah memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif atau Pengarah institusi. 


Objektif MPP/JPP :

i. Menjadi platform untuk mengasah dan memperkembangkan bakat kepimpinan dan sahsiah diri pelajar ke arah peneraju pemimpin masa hadapan yang berwawasan, berdaya saing, berakhlak serta berkebolehan dalam apa jua bidang. 

ii. Memperkukuhkan semangat muhibah, perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selari dengan penerapan jasmani, emosi, rohani dan intelek. 

iii. Menjadi perantara antara pihak pelajar dan pihak pengurusan institusi dalam memastikan masalah dan pandangan pelajar dapat disalurkan dan diambil tindakan yang sewajarnya. 

iv. Melaksanakan tugas dan peranan yang digariskan dalam Kaedah 7, Jadual Ketiga, Akta 174. 

barisan mpp 

MPP 2023/2024

MPP 2022/2023

MPP 2021/2022


MPP 2020/2021

MPP 2019/2020

MPP 2018/2019

MPP 2017/2018

MPP 2016/2017

MPP 2015/2016

MPP 2014/2015