PAST Programs

4th AUN/SEED- Net Regional Conference on Natural Disaster 2016 (RCND 2016)

6-7 September 2016

      

    Pada 06-07 September, 2016, AUN / SEED-Net bersama-sama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM-MJIIT) dan JASTIP telah menganjurkan Persidangan ke-4 AUN/SEED-Net Regional Conference on Natural Disaster dengan tema “Towards Durable Disaster Preparedness and Sustainable Recovery”, persidangan RCND 2016 dianjurkan sempena persidangan pertama Antarabangsa mengenai Teknologi Tinggi dan Sains Gunaan (ICATAS2016) dan persidangan Antarabangsa bersama Malaysia-Jepun (MJIIC2016) di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia. 

    Persidangan ini memberi peluang kepada kakitangan fakulti Institusi AUN/SEED-Net Member Institutions (MIs), Japanese Supporting Universities (JSUs), serta pelajar dan alumni AUN / SEED-Net dalam bidang Bencana Alam (ND) untuk berkongsi trend penyelidikan dan penemuan serta untuk membincangkan aktiviti kerjasama. Ucaptama terdiri daripada Japanese Universities, Universiti ASEAN dan juga sektor kesihatan untuk menyertai persidangan itu. Dianggarkan seramai 300 peserta dari bidang yang berbeza telah menghadiri persidangan itu. 

    Persidangan ini telah disertai oleh Disaster Management Institute (DMI) dengan menghantar seorang pelajar sarjana (Khairin Norhashidah Khalid) dan juga pensyarah (Dr. Faizatul Akmar Abd Nifa) untuk membentangkan kertas bagi penerbitan yang bertajuk “Introducing Integrated Project Delivery (IPD) Practices as A Collaborative Procurement Among Key Participants in the Post-Disaster Reconstruction”. 

Kyoto ASEAN Research Forum 2016

8-9 September 2016

      Pada 8-9 September, Universiti Kyoto menjadi tuan rumah Kyoto-ASEAN Forum 2016 "WINDOW to ASEAN: International and Innovative" di Kuala Lumpur. Seramai 250 orang dari tujuh buah negara ASEAN dan Jepun telah menghadiri forum ini selama dua hari untuk membuka peluang kerjasama dalam kalangan ahli ASEAN, ahli akademik Jepun, dan Kyoto Universiti untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan mengenai penyelidikan, pendidikan, dan penglibatan awam. 

          Acara itu dianjurkan bersama oleh Kyoto Alumni Association Malaysia (MyKyoto) dan Japan-ASEAN Science, Technology, and Innovation Platform (JASTIP), dan disokong oleh 23 organisasi yang terdiri daripada orang industri, kerajaan, dan ahli akademik, termasuk: Southeast Asia Ministers of Education Organization (SEAMEO), ASEAN University Network (AUN), Kedutaan Jepun di Malaysia, Japan's science dan Kementerian Pelajaran MEXT, Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST), dan Hitachi Ltd.

        Tujuan forum ini diadakan sebagai platform untuk memupuk pelajar yang berbakat dan bercita-cita tinggi dan penyelidik di Jepun dan negara ASEAN seterusnya membimbing untuk merealisasikan potensi mereka. Pihak DMI telah menghantar Dr Faizatul Akmar Abd Nifa (Pensyarah Kanan), Puan Chong Khai Lin (Tutor) dan Khairin Norhashidah Khalid (Pembantu Penyelidik) untuk menyertai forum ini. 

        Pada hari pertama, bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi telah hadir sebagai tetamu kehormat, pembukaan program ini dimulakan dengan ucapan dari Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Malaysia Pengajian Tinggi, YB Mr Makio Miyagawa, duta Jepun, dan Profesor Kayo Inaba, Naib Presiden Eksekutif Universiti Kyoto untuk kesaksamaan gender, hal ehwal antarabangsa, dan perhubungan awam. 

        Seterusnya, Profesor Shinya Yamanaka, Pengarah Pusat Penyelidikan KU iPS Cell dan Aplikasi (Cira), menyampaikan mesej video yang ditujukan khas kepada penyelidik muda tempatan. Ucapan dasar kemudiannya disampaikan oleh YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, KU Presiden Juichi Yamagiwa, dan Dr Haruo Takeda, Ketua Jurutera Korporat Hitachi. Pada hari kedua, forum diakhiri dengan ucapan oleh Dr Muhammad Hakimi Mohad Shafiai, Presiden MyKyoto, Profesor Mamoru Shibayama, Pengarah Pusat ASEAN KU, dan Datuk Dr Abu Baker Mohamad Diah, Timbalan Menteri Malaysia Sains, Teknologi dan Inovasi. Forum juga menjalankan mesyuarat di mana beberapa peserta forum dan ahli-ahli MyKyoto mengadakan perbincangan dan rangkaian tidak formal.


  

Kerja Lapangan 1

Jajahan Kuala Krai

15-17 Oktober 2016          

Pada 15-17 Oktober 2016, kumpulan DMI telah mengadakan lawatan ke Kuala Krai bagi melihat sendiri tapak-tapak perumahan baru untuk mangsa banjir “Bah Kuning 2014” yang disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak NGO (3rd Force) di Batu Balai, Kuala Krai. Lawatan ini dibuat bagi mengumpul data dengan melakukan pemerhatian dan juga temu bual bersama mangsa banjir. 

  Pengumpulan data ini dibuat bagi melihat perkembangan projek pembinaan semula perumahan selepas bencana dalam jangka masa yang ditetapkan. Lawatan telah dijalankan di beberapa tempat iaitu Kampung Tualang (Perkampungan MERCY) dan Kampung Telekung Daerah Kuala Krai, Kelantan. Selain itu, lawatan ini telah dibantu oleh wakil 3rd Force ke  bebeberapa lokasi yang disebutkan. 

    Kesinambungan daripada lawatan ini, DMI berjaya untuk mendapatkan bantuan dari segi kerjasama komuniti dan juga perkongsian pengalaman pengasas 3rd Force iaitu Dr. Raja Shamri Raja Husin di dalam pengurusan bencana untuk program ACP yang akan berlansung pada 19-28 Februari 2017. Lawatan ini disertai Dr. Faizatul Akmar Abd Nifa (Pensyarah) dan Khairin Norhashidah Khalid (Pembantu Penyelidik).

Lawatan Kerjasama ke Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)

15 Disember 2016

 

    Pada 15 Disember 2016, kumpulan DMI terdiri daripada PM Dr. Siti Norezam Othman (Pengarah DMI), Dr. Faizatul Akmar Abd Nifa (Penyelidik), Dr Noorulsadiqin Azbiya Yaacob (Penyelidik) dan Khairin Norhashidah Khalid (Pembantu Penyelidik) ke MJIIT-UTM Kuala Lumpur, Jalan Semarak bagi tujuan lawatan kerjasama UUM-UTM.     Hal demikian DMI merupakan institut yang baru ditubuhkan pada bulan Ogos 2016 dan memerlukan UTM sebagai makmal dan jabatan contoh dimana MJIIT-UTM telah lama ditubuhkan iaitu pada 2010. Selain itu, DMI juga mengintai peluang-peluang kerjasama di dalam kajian dan pihak MJIIT telah memaklumkan tentang bidang kajian yang boleh dilaksanakan oleh DMI. 

    Bidang ini lebih cenderung kepada aspek sains sosial dalam pengurusan bencana. Antara projek kajian yang dilaksanakan oleh MJIIT pada masa ini adalah pembangunan ‘vulnerability index’ terhadap bencana banjir untuk penduduk di kawasan lembangan sungai Selangor. 

Lawatan Kerjasama ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

16 Disember 2016 

    Pada 16 Disember 2016, kumpulan DMI telah membuat lawatan kerjasama ke NADMA di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Lawatan ini disertai oleh pengarah DMI sendiri iaitu PM Dr. Siti Norezam Othman, Dr Faizatul Abd Nifa (Pensyarah Kanan), Dr. Noorulsadiqin Azbiya Yaacob (Pensyarah Kanan) dan Khairin Norhashidah Khalid (Pembantu Penyelidik). 

     Lawatan kerjasama ke NADMA telah disertai oleh beberapa pihak seperti YBhg. Dato’ Ir. Rohaizi Mohd Jusoh (Pengarah Bahagian Teknikal & Infrastruktur), YBhg. Dato’ Azizan bin Taat (Pengarah Bahagian Operasi dan En. Abdul Rahman B Shariff (Pengarah Bahagian Kesedaran & Pembangunan Sosial). 

     Hasil lawatan ini, pihak NADMA meminta pihak DMI untuk membuat kajian yang lebih khusus dan lebih fokus untuk mengelakkan pertindihan kajian. Selain itu, NADMA juga bersedia untuk berkongsi data bagi memudahkan proses kajian. Jemputan untuk memberi ucapan untuk program ACP juga diusulkan. Selain itu, En Abdul Rahman juga bersedia untuk membantu bekerjasama kerana kajian mengenai pembangunan sosial masih kurang dan sejajar dengan kepakaran DMI, UUM iaitu lebih fokus kepada pengurusan dan bukannya teknikal.

Tambahan, peruntukan kecil juga boleh didapati sekiranya membuat program yang melibatkan komuniti setempat. Tambahan, pihak DMI juga akan mempertimbangkan cadangan ahli DMI yang lain untuk mengadakan MOU antara DMI dan NADMA bagi tujuan penyelidikan dan kerjasama yang lain.

Lawatan Kerjasama ke Pejabat Operasi 3rd Force di Pasir Puteh, Kelantan

27 Disember 2016

        Susulan daripada lawatan pertama DMI ke tapak perumahan 3rd Force, pada 27 Disember 2016, pihak DMI yang terdiri daripada PM. Dr. Siti Norezam Othman (Pengarah), Dr. Faizatul Akmar Abd Nifa (Felo Penyelidik), Cik Sharima Ruwaida Abbas (Felo Luar) dan Khairin Norhashidah Khalid (pembantu penyelidik) membuat lawatan dan seterusnya mengadakan mesyuarat di pejabat operasi 3rd Force yang bertempat di Pasir Puteh, Kelantan bagi berjumpa sendiri dengan Pengasas 3rd Force iaitu Dr. Raja Shamri bin Raja Husin. 

    Mesyuarat ini lebih kepada kerjasama untuk program ACP yang akan dilaksanakan pada bulan Februari. 3rd Force akan membantu DMI bagi lawatan tapak peninggalan bencana. Selain itu, Dr. Raja Shamri telah bersetuju memberi ceramah tentang pengurusan bencana yang telah dijalankan oleh 3rd Force di Kelantan. Tambahan, beliau juga mengalu-alukan kerjasama dari pihak UUM untuk membuka 3rd Force cawangan Kedah. 

    Disamping itu, beliau juga berkongsi maklumat tentang kajian yang dibuat dan memberi idea kepada ahli mesyuarat untuk menyediakan kertas cadangan. Bidang kajiannya adalah; Pattern of relocation among disaster victims, Economic construction of houses in remote areas, Syariah-compliant layout of Disaster Rescue Centres and Best practices of Community Emergency Response Team. 3rd Force juga akan berpangkalan di UUM dengan kerjasama HEPA dan DMI. 

Kerja Lapangan 2 dan 3

Melawat ke JKR Jajahan Kuala Krai dan Melawat Tapak Projek Perumahan Semula (Kerajaan Negeri dan Pusat) dan Melawat Kawasan Kampung Laloh, Kampung Manjor dan Kampung Karangan (Dibantu oleh wakil 3rd Force-Fakhrul Razi)

28 Disember 2016

    Pada hari seterusnya iaitu 28 Disember 2016, pihak DMI telah berjumpa dan mengadakan mesyuarat bersama pihak JKR Jajahan Kuala Krai iaitu En. Ahmad Qushairi Bin Ya, Pengurus Besar Pembinaan Projek Perumahan Mangsa Banjir Negeri Kelantan. Mesyuarat ini adalah bagi mengumpul data terkini untuk pembinaan rumah kekal baharu (RKB) banjir di negeri Kelantan seterusnya berkongsi data terkini dengan pihak Kansai University of International Studies (KUIS). 

    Selain itu, pihak JKR juga telah membawa ke kawasan perumahan kekal bagi projek kerajaan iaitu di Kampung Sg. Peria dan Kg Kemubu. Di samping itu, pihak DMI dan juga pihak JKR membuat lawatan ke tapak perumahan sementara di Kampung Tualang (projek oleh Jabatan Agama Negeri Kelantan dan juga MERCY). 

Pada hari terakhir kerja lapangan iaitu pada 28 Disember 2016, pihak DMI telah dibantu oleh wakil 3rd Force iaitu En Fakhrul Razi bagi melihat kawasan kampung untuk dilawati bagi Program ACP pada bulan Februari kelak. Pihak DMI telah mengadakan lawatan ke Kampung Laloh, Kampung Manjor dan  Kampung Karangan bagi melihat penempatan yang terjejas dengan banjir 2014.   Selain daripada melihat keadaan rumah sementara dan rumah kekal di perkampungan itu, pihak DMI juga berpeluang melihat sendiri peninggalan banjir dan kemusnahan yang dialami oleh komuniti setempat. Tambahan, pihak DMI juga berpeluang melawat ke pusat bantuan komuniti (RES-Q) yang menyediakan pelbagai kit-kit bantuan kecemasan seperti jaket keselamatan, bot-bot, lampu, selimut dan ubat-ubatan. 

    Disamping itu, pihak DMI juga membuat pakatan bersama pihak komuniti setempat dengan bantuan En Fakhrul untuk kerja lapangan bagi program ACP.