Perkhidmatan yang kami sediakan
Sesi kaunseling individu memberi ruang kepada klien untuk meneroka pemikiran, emosi dan pengalaman hidup dalam suasana yang selamat dan sulit.
Sesi ini sesuai untuk individu yang menghadapi stres, kebimbangan (anxiety), isu keyakinan diri, kesedihan, atau cabaran kehidupan harian.
Pendekatan yang digunakan membantu klien memahami diri dengan lebih mendalam, membina kemahiran daya tindak yang efektif.
Sesi kaunseling pasangan memberi fokus kepada meningkatkan komunikasi, memahami keperluan emosi, dan memperbaiki dinamika hubungan.
Sesi ini sesuai untuk pasangan yang menghadapi konflik berulang, kesukaran berkomunikasi, atau mengalami jarak emosi dalam hubungan. Ia juga bermanfaat bagi pasangan yang ingin membuat persediaan ke arah perkahwinan.
Sesi kaunseling keluarga memberi fokus kepada memperbaiki komunikasi, memahami peranan setiap ahli, dan mengukuhkan hubungan dalam sistem keluarga.
Sesi ini sesuai untuk keluarga yang menghadapi konflik, kesukaran berkomunikasi, atau sedang melalui perubahan hidup seperti perpisahan, kehilangan, atau penyesuaian dinamik keluarga.
Rezilien Kaunseling turut menerima jemputan untuk sesi perkongsian, program komuniti, serta penampilan di konti sempena sambutan seperti Hari Kesihatan Mental dan inisiatif berkaitan kesejahteraan emosi.
Semua kaunselor kami adalah berdaftar dan bertauliah, memastikan setiap perkongsian yang disampaikan adalah profesional, beretika dan berasaskan ilmu.
Rezilien Kaunseling turut menyediakan latihan dan program pembangunan untuk organisasi yang ingin meningkatkan kesejahteraan mental serta kecekapan emosi dalam kalangan staf.
Latihan merangkumi topik seperti pengurusan stres, komunikasi berkesan, keseimbangan kerja-kehidupan (work-life balance), dan kemahiran daya tindak.
Program disesuaikan mengikut keperluan organisasi dan dikendalikan oleh kaunselor berdaftar bagi memastikan penyampaian yang profesional dan berimpak.
Rezilien Kaunseling turut menyediakan perkhidmatan konsultasi kepada individu dan organisasi yang memerlukan pandangan profesional dalam isu berkaitan kesejahteraan mental dan psikososial.
Konsultasi ini merangkumi nasihat, perancangan intervensi, serta sokongan dalam membangunkan pendekatan yang sesuai mengikut keperluan klien atau organisasi.
Perkhidmatan ini dikendalikan oleh kaunselor berdaftar bagi memastikan setiap cadangan adalah beretika, praktikal dan berasaskan amalan profesional.