Ditubuhkan pada Oktober 2023, Rezilien Counselling & Consultancy diasaskan untuk menyokong komuniti melalui perkhidmatan kaunseling yang profesional. Selain kesihatan mental, kami menyediakan ruang selamat untuk individu berkongsi, membuat refleksi, dan membina ketahanan diri demi kesejahteraan menyeluruh.
Visi dan misi kami adalah untuk membimbing klien dan komuniti dalam menghadapi cabaran kehidupan dengan pendekatan yang positif dan produktif, serta membina kemahiran daya tindak (coping skills) yang efektif melalui kaunseling dan psiko-pendidikan.