Di sebalik nama 'REZILIEN'
Rezilien diinspirasikan daripada perkataan Inggeris “resilience.”
Sesetengah pihak menterjemahkan resilience sebagai ketahanan, namun makna yang lebih tepat ialah keupayaan untuk bangkit semula selepas mengalami kegagalan atau cabaran hidup yang besar.
Di Rezilien, perkhidmatan kami direka untuk membantu klien membina daya tahan diri, serta melengkapkan mereka dengan strategi daya tindak yang berkesan bagi menghadapi pelbagai ujian dan ketidaktentuan dalam kehidupan.
Siapa yang boleh dapatkan sesi kaunseling dengan REZILIEN?
Individu
mana-mana individu yang mengalami isu stres, kebimbangan, burnout, kehilangan, keyakinan diri dan inginkan pembangunan diri
Remaja & Ibu Bapa Tekanan akademik, isu emosi remaja, konflik komunikasi dan sokongan keibubapaan.
Pasangan
Isu komunikasi, konflik hubungan, kejauhan emosi dalam perkahwinan dan persediaan perkahwinan
Keluarga
Konflik keluarga, dinamik hubungan dan cabaran penyesuaian dalam sistem keluarga antara ahli keluarga.