Bidang Tumpuan

Bidang Tumpuan 1:

PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN

OBJEKTIF

  1. Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan diwujudkan adalah untuk penglibatan semua warga JPPKK dan pihak yang berkaitan di dalam semua aspek pendidikan dan penyelidikan yang menjurus ke arah kemampanan.

Bidang Tumpuan 2:

PENGURUSAN TENAGA DAN PERUBAHAN IKLIM

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan inisiatif penyebaran pengetahuan melalui pendidikan dalam aspek pengukuran pengurangan yang berterusan terhadap pelepasan CO2 dan lain-lain GHG.

  2. Melaksanakan strategi dalam menguruskan tenaga dan pelepasan GHG secara cekap bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.

  3. Untuk mengekalkan dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan pelepasan GHG dalam sektor tenaga.

Bidang Tumpuan 3:

PENGURUSAN ALAM SEKITAR DAN LANDSKAP

OBJEKTIF

  1. Mengintegrasi amalan pengurusan alam sekitar ke dalam pengoperasian institusi melalui dasar-dasar dan prosedur bagi memastikan amalan alam sekitar terbaik diaplikasi dalam urusan harian.

  2. Mengadakan garis panduan yang jelas berhubung pengurusan kepelbagaian bio dan landskap serta penekanan terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar.

  3. Memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang kepentingan pengawalan dan pengurusan alam sekitar.

  4. Mewujudkan rekabentuk persekitaran yang selamat, sihat dan menarik yang memelihara dan memulihara kepelbagaian bio setempat.

Bidang Tumpuan 4:

PENGURUSAN SISA

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengurusan sisa bagi mengoptimumkan penggunaan sumber melalui pengukuran prestasi pengurusan sisa semasa.

Bidang Tumpuan 5:

PENGURUSAN AIR

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan pengetahuan utiliti dan amalan kaedah penjimatan air melalui pemantauan, kawalan, pembangunan sistem kitar semula air dan penuaian air hujan.

Bidang Tumpuan 6:

PENGANGKUTAN

OBJEKTIF

  1. Menerapkan kesedaran tentang kepentingan untuk mengurangkan pencemaran di sektor pengangkutan melalui pelaksanaan polisi dan penggunaan teknologi hijau.

Bidang Tumpuan 7:

PEROLEHAN HIJAU

OBJEKTIF

  1. Memperkenal dan mengamalkan perolehan hijau dalam sistem politeknik dan kolej komuniti sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan pengurangan jejak karbon.