PTSS telah terpilih dan dijemput untuk menyertai virtual exhibition bermula pada 15 Mac 2021. program ini merupakan kesinambungan kepada pertandingan sustainability projects sebelum ini.
Sebanyak 16 buah politeknik termasuk JPPKK telah terpilih untuk menyertai International Webinar & Showcase On Malaysian Sustainability Projects 2021 yang dianjurkan oleh Sustainable Business Network Association Malaysia (SustNET).
Melalui program ini, setiap politeknik perlu membentang produk hijau masing-masing. Kesemua produk yang terpilih merupakan hasil daripada pelaksanaan sepanjang tempoh Fasa 1 yang berpandukan kepada Blueprint POLYGreen 2015-2020.