Aktiviti 2024
Mesyuarat Jawatankuasa SmartGreen PTSS Bil. 1/2024
1 Februari 2024
Jawatankuasa SmartGreen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis telah mengadakan mesyuarat berkala Jawatankuasa SmartGreen Bil. 1/2024 yang dipengerusikan oleh Puan Nurolhuda binti Mohd Noor selaku Penyelaras Jawatankuasa SmartGreen PTSS. Mesyuarat telah dihadiri oleh Penyelaras SmartGreen di setipa jabatan dan unit.
Mesyuarat diadakan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti dan perancangan untuk takwim tahun 2024. Selain itu, mesyuarat turut mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan warga kampus tentang kelestarian dengan memberi penekanan kepada pengekalan kampus hijau.
Taklimat Jerayawara SmartGreen PolyCC Zon Utara 2024
30 April 2024
Penganjuran Taklimat Jerayawara SmartGreen PolyCC Zon Utara 2024 merupakan satu usaha bagi memperkenalkan kit promosi Blueprint SmartGreen PolyCC 2021-2026. Penganjuran program ini adalah secara bersama Bahagian Kurikulum (Unit Teknologi Pertanian), JPPKK dan PTSS yang dihadiri oleh Pengarah dan Penyelaras SmartGreen PolyCC Zon Utara seramai 35 orang.
Taklimat dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh LAr Rohaniah binti Mohd Nor (Bahagian Kurikulum, JPPKK), Encik Koh Foo Hin (PSP), Encik Wan Burhanuding bin Ibrahim (PMJ) dan Puan Noradilah binti Sukor (PMJ).
Pada sebelah petang telah diadakan lawatan kampus bestari ke sekitar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Peserta telah dibawa melawat ke kebun harumanis dan tapak hidroponik.