Aktiviti 2022
Lawatan Penanda Aras Kampus Hijau Di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
Lawatan Penanda Aras Kampus Hijau Di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
8 Ogos 2022
8 Ogos 2022
Jawatankuasa SmartGreen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras Kampus Hijau di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Lawatan disertai oleh tujuh orang ahli Jawatankuasa SmartGreen PTSS dan diketuai oleh Pengerusinya, Encik Muhammad Firdaus bin Che Radzi.
Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabung jalin kejayaan PSIS dalam melaksanakan kampus hijau untuk kelestarian alam agar dapat diolah dan disesuaikan pelaksanaannya di PTSS. Selain itu, lawatan ini juga adalah sebagai penanda aras persediaan PTSS sebagai institusi yang memberi fokus kepada kampus hijau dan seterusnya melayakkan PTSS menyertai pertandingan SmartGreen di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.