Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Pertandingan

1. Terhad kepada 100 penyertaan sahaja.

2. Video yang dihasilkan boleh menggunakan bahasa pengantar sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

3. Setiap kumpulan hendaklah disertai tidak lebih daripada empat (4) orang mahasiswa dan seorang (1)   Pensyarah/pengiring/kakitangan institusi.

4. Produk penghasilan perlulah mudah alih. Sebarang penghasilan produk kekal tidak akan diambil kira.

5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan akibat perlanggaran hasil hak cipta.

6. Karya  yang  dihasilkan adalah tidak menyentuh isu sensitif seperti agama, kaum, politik dan moral.

7. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal / asli.

8. Setiap  hasil  karya  juga  mestilah tidak  pernah menyertai  mana - mana pertandingan produk inovasi.

9. Sekiranya produk inovasi terpilih untuk sesi penjurian akhir, produk inovasi perlu dibawa ke lokasi penjurian yang akan dimaklumkan kemudian.
 
10. Ahli Kumpulan perlu memberi penerangan kepada juri semasa sesi penjurian akhir dijalankan dengan lancar dan jelas.

11. Keputusan juri adalah muktamad.

12. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli / diciplak.

13. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

14. Sijil  penyertaan  akan  diberikan kepada  peserta  yang menghantar penyertaan lengkap dan memenuhi syarat sahaja.

15. Pihak penganjur berhak untuk meminda dan menambah baik terma serta  syarat pertandingan mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa. 

TUNTUTAN HAK CIPTA

1. Pihak penganjur memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap karya yang dihasilkan.

2. Pihak penganjur berhak menggunakan karya penyertaan untuk tujuan promosi dan kempen.