Format dan Garis Panduan

ABSTRAK

1. Penyertaan perlu menghantar penulisan ringkas (abstrak) mengikut garis panduan berikut:

a. Had Perkataan: Abstrak hendaklah terdiri daripada 250-300 patah perkataan.

b.     Kandungan: Abstrak perlu mengandungi elemen-elemen berikut:

i. Objektif : Nyatakan dengan jelas objektif atau matlamat penyelidikan bagi inovasi tersebut. ii. Kaedah/Metodologi : Terangkan kaedah atau pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif. Ini boleh termasuk kaedah penyelidikan dan/atau proses pembangunan. iii. Keputusan : Terangkan dapatan utama atau hasil kerja. Tonjolkan sebarang data penting, pemerhatian, atau pandangan.iv. Kesimpulan : Ringkaskan kesimpulan utama yang diperoleh dari projek tersebut. Bincangkan implikasi dapatan dan sebarang cadangan untuk kerja masa depan. 
2. Penyertaan yang BERJAYA perlu menghasilkan video, poster dan ringkasan eksekutif yang merangkumi maklumat terperinci seperti berikut:


i. VIDEO

a) Nama Institusi b) Nama Ahli Kumpulan c) Nama Produk Inovasi d) Latar Belakang Produk e) Isu & Permasalahan f) Aplikasi Produk (Fungsi/Kegunaan) g) Kebolehpasaran Produk @ Potensi Pasaran Produk h) Pencapai Produk/Pengktirafan & Anugerah i) Gambar- Gambar Produk j) Kreativiti dan persembahan

Peserta hanya perlu menghantar puatan video berdurasi 2-3 minit yang telah diupload ke Youtube.

ii. POSTER

A. Penampilan Poster & Susun Atur

1. Pemilihan warna yang seimbang serta tidak mengganggu penyampaian. 2. Pemilihan tulisan (saiz, gaya, kualiti) yang menarik. 3. Penggunaan ruang yang berkesan (min 20% ruang kosong) 4. Reka bentuk poster yang menarik perhatian. 5. Aliran penyampaian maklumat yang logik & mudah diikuti 6. Daya tarikan keseluruhan (komponen yang seimbang dan menarik) 
B. Kandungan Poster Inovasi

1. Tajuk inovasi/poster yang menarik serta mencerminkan kandungan poster 2. Latar belakang inovasi/projek dinyatakan dengan jelas 3. Masalah inovasi disampaikan dengan jelas. 4. Objektif inovasi/projek dinyatakan dengan jelas. 5. Bahan dan kaedah inovasi/projek dinyatakan dengan  jelas dan padat. 6. Kesimpulan dinyatakan selaras dengan objektif. 
C. Inovasi

1. Inovasi adalah novel atau terdapat penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan inovasi/projek. 2. Inovasi berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat/ alam sekitar/ ekonomi/ negara/ lain-lain. 3. Bekerjasama dengan pihak industri/berkepentingan untuk mencapai penyelesaian kreatif. 4. Mempunyai potensi komersial untuk dipasarkan dari segi reka bentuk dan permintaan pasaran. 


iii. RINGKASAN EKSEKUTIF

a) Nama Produk b) Nama Peserta c) Nama Institusi d) Latar Belakang Produk e) Isu & Permasalahan f) Aplikasi Produk (Fungsi/Kegunaan) g) Kebolehpasaran Produk @ Potensi Pasaran Produk h) Pencapai Produk/Pengktirafan & Anugerah i) Gambar- Gambar Produk j) Link video (URL YouTube) dengan hashtag #ENCEM 2024