1. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua mahasiswa & pensyarah dari seluruh rangkaian institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.
2. Yuran penyertaan adalah RM 50.00 setiap kumpulan. 3. Tema untuk pertandingan inovasi ini ialah ‘Inovasi Kelestarian dan Teknologi Hijau Mampan’.
4. Kategori yang akan dipertandingkan untuk inovasi ini adalah seperti berikut:
a) Teknologi dan KejuruteraanPelbagai disiplin yang berkaitan dengan teknologi, kejuruteraan, pembuatan dan penyelenggaraan yang digunakan oleh orang ramai dalam kehidupan seharian.
b) Fesyen dan Rekabentuk Perabot Penggunaan rekaan fesyen moden kontemporari yang menggabungkan pakaian tradisional dari kumpulan etnik di Malaysia termasuk perincian fabric dan aksesori, manakala bagi konsep reka bentuk perabot, inovatif yang menekankan kualiti kontemporari, mampan dan bernilai tinggi untuk dipasarkan.
c) Pertanian dan Teknologi Makanan Inovasi dalam pembangunan sistem pertanian dan makanan untuk pembangunan ekonomi.
d) Teknologi Digital dan IOT Penggunaan teknologi digital dalam mengurus sebarang operasi dan proses seperti internet of things, telekomunikasi, pembuatan dalam teknologi maklumat dan lain-lain untuk keperluan manusia dan meningkatkan kualiti hidup.
5. Penyertaan hendaklah menghantar penulisan ringkas (abstrak) inovasi melalui pautan pendaftaran yang disediakan. 6. Semua penyertaan yang dihantar akan dinilai oleh pihak penganjur. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya peserta gagal mematuhi terma dan syarat pertandingan yang ditetapkan. Bayaran hanya perlu dilakukan setelah menerima surat penerimaan (acceptance letter).
7. Surat jemputan penyertaan pertandingan akan dihantar kepada peserta setelah penulisan ringkas (abstrak) yang dihantar melepasi penilaian awal oleh pihak penganjur.