Selamat Datang

 PENGENALAN


Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) diwujudkan dalam sistem Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi bertujuan memperkasa dan membudayakan penyelidikan di Politeknik. UPIK memainkan peranan penting sebagai pusat penyelarasan aktiviti penyelidikan, inovasi dan komersial dalam kalangan pensyarah dan stafnya. UPIK juga berperanan menjadi pusat pengumpulan dan rujukan bahan penulisan ilmiah, bahan inovasi dan bahan penyelidikan peringkat institusi, zon, kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, UPIK juga berperanan untuk membudayakan penyelidikan dan mewujudkan ruang untuk berkolaborasi dengan pihak berkepentingan dalam meningkatkan pembangunan inovasi produk serta pengkomersialan idea-idea baharu. Politeknik Seberang Perai berpotensi memberi sumbangan signifikan dalam sistem penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan dengan pelbagai bidang ilmu, kepakaran dan infrastruktur yang ada. 

 

info terkini

Jumlah Pelawat