PENAZIRAN AKADEMIK (PeNA)
PENAZIRAN AKADEMIK (PeNA)
Penzairan Akademik (PeNA) di Politeknik Seberang Perai (PSP) merupakan satu mekanisme jaminan kualiti dalaman yang dilaksanakan bagi menilai, memantau dan menambah baik pelaksanaan akademik secara berterusan. PeNA berperanan memastikan pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, pengurusan kursus serta pematuhan terhadap kurikulum dilaksanakan selaras dengan dasar, piawaian dan keperluan yang ditetapkan.
Pelaksanaan PeNA bertujuan menyokong penambahbaikan berterusan (Continuous Quality Improvement, CQI), meningkatkan keberkesanan penyampaian akademik serta memastikan kualiti program pengajian di PSP sentiasa terpelihara dan ditambah baik secara sistematik.