PENGENALAN
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
PENGENALAN
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Politeknik Seberang Perai (PSP) telah ditubuhkan pada 1 September 1998 bertempat di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kampus ini dibina dalam kawasan seluas 100 ekar. PSP merupakan Politeknik yang ke-10 ditubuhkan di Malaysia selaras dengan dasar kerajaan melahirkan granduan TVET berkualiti. PSP telah disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 November 1999. PSP menawarkan kursus sepenuh masa dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Perdagangan dan Teknologi Maklumat di peringkat Diploma. PSP sentiasa berusaha mempertingkatkan pencapaian dalam semua bidang selaras dengan hala tuju Transformasi Politeknik sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (TVET). Selain dari jabatan akademik PSP turut mempunyai jabatan dan unit tertentu iaitu Unit Jaminan Kualiti, Jabatan Hal Ehwal pelajar, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Unit Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan, Unit Peperiksaan, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Unit Pembangunan dan Senggaraan, Unit Pengurusan Psikologi, Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Unit Perpustakaan, Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia, Pusat Pengurusan Maklumat dan Teknologi, Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan, Unit Sukarelawan, Unit Keselamatan dan Fizikal, Unit CISEC dan Unit Keusahawanan. Kampus PSP turut mempunyai kemudahan asas seperti Dewan Serbaguna, Dewan Kuliah Utama, Dewan Kuliah, Technology Enabled Collaborative Classroom (TECC), Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Youth Entrepreneur Station (YES), Pusat Islam Entrepreneur Souq (PIES), Pusat Islam, Pusat Sukan, Kuarters Staf, Klinik Kesihatan Pelajar dan Kolej Kediaman Pelajar. PSP menjalankan aktiviti kolaborasi bersama pihak industri dan agensi kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti kebolehpasaran graduan, serta memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah tentang perubahan teknologi terkini di pasaran kerja industri atau agensi. PSP turut fokus terhadap pelaksanaan TVET agar selari dengan kemajuan teknologi semasa serta memenuhi keperluan Industri 4.0 atau dikenali juga sebagai IR 4.0 (Industry Revolution 4.0) yang diperlukan oleh pihak berkepentingan terutamanya industri pada masa kini.
VISI MISI, PIAGAM PELANGGAN, DASAR KUALITI DAN OBJEKTIF KUALITI
POLITEKNIK SEBERANG PERAI