DOKUMEN SOKONGAN LUARAN
DOKUMEN SOKONGAN LUARAN
BIL
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN LUARAN
PAPAR/ MUAT TURUN
UNIT KUALITI
Garis panduan ini diwujudkan untuk memberikan panduan dan sokongan kepada pensyarah di politeknik dan kolej komuniti dalam mengurus serta menyediakan dokumen yang berkaitan dengan proses PdP secara lebih terstruktur dan berkesan.
Garis Panduan Pemantauan PdP telah dibangunkan sebagai panduan untuk proses pemantauan PdP dan PdP PSH di politeknik dan kolej komuniti. Garis panduan ini merangkumi pencerapan pensyarah oleh pegawai pemantau serta penilaian pelajar atau peserta PSH terhadap pelaksanaan PdP pensyarah. Berikut adalah domain bagi pencerapan pensyarah dan pensyarah PSH oleh pegawai pemantau.
Panduan ini bertujuan untuk memastikan kualiti program yang ditawarkan oleh politeknik dan kolej komuniti sentiasa dipantau dan ditambahbaik secara berterusan. Pelaksanaan Pelan CQI ini akan memudahkan pihak institusi dalam memantau, menyemak dan membuat penambahbaikan dalam pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di institusi serta memastikan kualiti penawaran program pengajian dipertingkatkan secara konsisten dan berterusan.
Garis panduan ini merangkumi kaedah penaziran, peranan dan tanggungjawab, kriteria pemilihan institusi yang dilawati, proses pelaksanaan PeNA dan instrumen yang digunapakai semasa proses PeNA dilaksanakan.
Buku Abad 21: Trend Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia ini dihasilkan untuk memberi pemahaman berkenaan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang boleh diaplikasikan di dalam bilik kuliah di mana pensyarah/pengajar perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi/androgogi (pembelajaran dan pengajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukan insan yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang.
PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
Garis panduan ini bertujuan untuk mewujudkan keseragaman kepada semua Politeknik dan Kolej Komuniti dalam melaksanakan pemeriksaan skrip jawapan pelajar bagi pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di institusi berdasarkan kurikulum yang sedang berkuatkuasa.
Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan bahawa pelaksanaan penilaian pelajar konsisten dengan matlamat program dan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Sejajar dengan keperluan akreditasi dan badan professional, panduan ini memfokus kepada reka bentuk pentaksiran, proses pentaksiran, penambahbaikan kualiti berterusan serta amalan baik yang boleh dilaksanakan di peringkat penggubalan kurikulum dan pelaksanaan pentaksiran di institusi.
Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan bagi mewujudkan keseragaman kepada semua Politeknik Malaysia dalam mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian.
Standard kaedah pengoperasian bagi pengurusan peperiksaan ini merangkumi struktur organisasi pengurusan peperiksaan, tugas dan tanggungjawab pengurusan peperiksaan politeknik dan carta alir yang berkaitan dengan pengurusan peperiksaan
Garis panduan ini memberi panduan kepada semua politeknik dan kolej komuniti dalam mematuhi semua aspek keselamatan semasa mengendalikan segala urusan peperiksaan. Mewujudkan keseragaman proses pengurusan keselamatan peperiksaan di politeknik dan kolej komuniti. Mewujudkan kesedaran keselamatan dan mengamalkan 'prinsip perlu mengetahui' bagi pegawai dan kakitangan yang menguruskan urusan berkaitan peperiksaan.
Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan prosedur berkaitan pindah kredit dan pengecualian kursus yang perlu dipatuhi oleh Politeknik dan Kolej Komuniti. Mewujudkan keseragaman dalam pelaksanaan pindah kredit dan pengecualian kursus di Politeknik dan Kolej Komuniti.
UNIT PROJEK PELAJAR
Buku panduan ini bertujuan untuk menyediakan satu panduan kepada pelaksana program pengajian di Kolej Komuniti Malaysia, pihak industri dan manamana pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek pelajar. Buku panduan ini dibahagikan kepada DUA (2) Bahagian: Bahagian I: Panduan Pelaksanaan Projek Pelajar (Program Diploma) Bahagian II: Format Penulisan Laporan.
PENSYARAH PELAWAT INDUSTRI (PPI)
Buku panduan ini adalah sebagai rujukan kepada pelaksanaan aktiviti PPI bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan di politeknik dan kolej komuniti kekal relevan dan berkesan seterusnya dapat melahirkan graduan yang mampu bersaing di pasaran pekerjaan dan seterusnya menjadikan politeknik dan kolej komuniti sebagai institusi yang signifikan dalam pembangunan negara.
CORPORATE INDUSTRY SERVICES AND EMPLOYABILITY CENTRE (CISEC)
Garis panduan ini bertujuan sebagai rujukan bagi pelantikan dan pelaksanaan Jawatankuasa Penasihat Industri di Politeknik dan Kolej Komuniti.
Memfokus kepada perkhidmatan kepada industri terutama dari sudut jaringan kolaborasi industri dan komuniti serta kebolehpasaran graduan.
PERPUSTAKAAN
Garis panduan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan blue print yang menjadi asas rujukan bagi menentukan hala tuju pencapaian perpustakaan di Malaysia. Garis panduan ini akan menjadi panduan kepada sesiapa sahaja yang berminat membina perpustakaan ke arah mencapai matlamat pembinaan perpustakaan yang berdaya maju dan selaras dengan keperluan semasa.
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR/ KOLEJ KEDIAMAN
Buku Panduan Pengambilan & Pengurusan Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini disediakan sebagai panduan kepada Ketua Jabatan/ Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pengambilan dan pengurusan pelajar.
Garis panduan ini bertujuan memberi panduan asas perkhidmatan kesihatan kepada anggota kader yang bertugas di Pusat Rawatan Politeknik.
Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti ini disediakan kepada semua pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pengajian di institusi. Selain itu, buku ini juga menjadi rujukan kepada semua kakitangan institusi dalam menguatkuasakan peraturan disiplin demi kebajikan pelajar.
Buku Garis Panduan dilihat sebagai medium informasi yang sangat berguna ke arah pelan tindakan yang lebih komprehensif dan bermutu serta berfokus. Malah, garis panduan ini mampu menjadi penanda aras kepada institusi lain yang memerlukan sebuah panduan yang menyeluruh di bawah skop kebajikan dan disiplin.
Buku Garis Panduan Pengurusan Kolej Kediaman digubal sebagai panduan khusus kepada semua warden dan penyelia kolej kediaman dan juga sebagai bahan rujukan bagi Politeknik Malaysia dalam mewujudkan suasana kolej kediaman yang selamat, tenteram dan selesa sebagai tempat tinggal dan belajar yang harmoni.
ETAC
Engineering Technology Accreditation Council Board of Engineers Malaysia 2024
AKADEMIA
Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan dengan lebih jelas berkaitan panduan dan perincian setiap kategori bagi Anugerah Akademia Politeknik dan Kolej Komuniti (AA POLYCC). Garis panduan ini akan menjadi sumber rujukan utama kepada semua Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di semua peringkat sama ada di KPT, JPPKK mahupun di Politeknik dan Kolej Komuniti.
UNIT i-PENA
Tarikh kemaskini: 26 Oktober 2025