Please Follow our FB Page
Perkataan “ComScitic” adalah singkatan kepada Computer, Science dan Mathematics yang melambangkan kepada Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK). Karnival ComSciTic STEM Adventure merupakan program yang memfokuskan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan sasaran utama program ini adalah penglibatan pelajar-pelajar seluruh Malaysia yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur bermula pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan pelajar institusi pengajian tinggi.
Fokus Karnival ComSciTic STEM Adventure 2024 adalah penganjuran pameran robotik STEM, pertandingan Explorace STEM, Maths Champ Challenge dan Kursus Microsoft Office Specialist (MOS) Excel dan Kursus Glide. Pameran robotik STEM dengan kerjasama Micro Concept Tech Sdn Bhd MCT akan melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negeri Perak. Karnival ComSciTic STEM Adventure pada tahun 2024 ini mensasarkan penyertaan pelajar-pelajar seluruh Malaysia dari pelbagai peringkat usia.
Program ini dianjurkan bagi mencapai objektif berikut :
Memperkenalkan dan menyebarluaskan Pusat Tujahan STEM JMSK PSAS kepada komuniti setempat/luar.
Memupuk minat peserta yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah dan pelajar pengajian tinggi dalam mendekati bidang STEM.
Menggalakkan pelajar di Malaysia amnya menggunakan media sosial ke arah penggunaan yang lebih bermoral.
Menggalakkan pelajar-pelajar Malaysia menggarap idea kreatif dalam mengaplikasi sains dalam kehidupan seharian.
Meningkatkan Kemahiran kompetensi melalui Kursus Microsoft Office Specialist (Excel) & Pembinaan Apps menggunakan Glide.