Please Follow our FB Page
Penyertaan pertandingan terbahagi kepada 2 kategori:
Kategori A : Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti & IPT
Kategori B: Pelajar Sekolah Menengah
Penyertaan adalah secara individu dengan bayaran penyertaan adalah RM5.00/penyertaan.
Bayaran boleh dibuat secara atas talian ke akaun seperti berikut:
Nama Akaun : TETUAN KELAB JMSK PSAS
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No Akaun : 08068010044127
(Tuliskan pada ruang rujukan 'Maths Champ & IC peserta' dan muatnaik bukti bayaran di dalam link pendaftaran yang disediakan)
Peserta yang telah mendaftar tetapi gagal menyertai pertandingan pada tarikh yang ditetapkan tidak boleh menuntut kembali yuran pendaftaran.
Peserta yang berdaftar secara lengkap dan mengikut syarat sahaja layak menyertai kuiz ‘Maths Champ 5.0’.
Pertandingan ini dilaksanakan menggunakan aplikasi online 'Google Form'. Peserta WAJIB mempunyai akaun gmail semasa pendaftaran bagi menyertai pertandingan.
TARIKH-TARIKH PENTING:
§ Pendaftaran : Sehingga 1 September 2024 4 September 2024 sebelum 5.00 petang
§ Pemberian ID : 6 September 2024
§ Pertandingan : 7 September 2024
§ Keputusan Rasmi : 26 September 2024
§ Majlis Perasmian & Penutupan : 26 September 2024
Peserta akan diberikan Identification (ID) untuk digunakan semasa pertandingan. Peserta yang berdaftar akan dimasukkan di dalam satu kumpulan Whatsapp yang dibangunkan oleh penganjur bagi setiap kategori untuk memberi link pertandingan.
Soalan adalah berbentuk objektif dan subjektif yang terbahagi kepada 3 bahagian.
Pertandingan akan bermula pada jam 10:00 pagi dan akan di TUTUP pada jam 12:00 tengahari pada 7 September 2024.
Peruntukan masa menjawab adalah 2 JAM. Peserta dinasihatkan untuk menyertai pertandingan pada masa yang ditetapkan agar tempoh masa yang diberikan mencukupi.
Pemarkahan tertinggi dengan jawapan yang tepat dan paling awal dihantar akan dikira sebagai pemenang.
HADIAH PEMENANG:
Hanya Tiga (3) pemenang yang akan dipilih bagi setiap kategori. Nama pemenang akan diumumkan di Facebook rasmi penganjur iaitu Jmsk, PSAS
Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
Tempat Pertama : RM200 + e-sijil penyertaan
Tempat Kedua : RM150 + e-sijil penyertaan
Tempat Ketiga : RM100 + e-sijil penyertaan
Hadiah Saguhati
e-sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap penyertaan melalui email.
Pertandingan “The Best Selfie” turut diadakan semasa pertandingan Maths Champ 5.0 diadakan dan hadiah misteri menanti anda.
Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
Sebarang pertanyaan hubungi:
Urusetia : Rosniza binti Mohd Nor (No. Telefon :017-4746732)