Please Follow our FB Page
PENGENALAN PERTANDINGAN
Explorace Eco Forest STEM, Action Bound Challenge adalah satu pengembaraan pendidikan yang menggabungkan penerokaan alam sekitar dengan pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) melalui aplikasi Action Bound. Acara ini akan berlangsung di Taman Eko-Pelajaran, Jabatan Matematik dan Komputer (JMSK) dan persekitaran PSAS. Ia akan memberikan peluang unik kepada peserta untuk berinteraksi dengan alam dengan menyelesaikan 10 cabaran berkaitan STEM dan Eco Forest.
OBJEKTIF PERTANDINGAN
Menerapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM kearah membudayakan amalan STEM melalui aktiviti Eko-Forest STEM.
Memberi pendedahan kepada peserta kaedah pembelajaran secara interaktif menggunakan aplikasi Action Bound.
Meningkatkan kecerdasan dan semangat berdaya saing dalam kalangan pelajar.
Mempromosikan POLYCC sebagai institusi melahirkan graduan yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM.
SYARAT PENYERTAAN/KELAYAKAN:
Penyertaan pertandingan ialah kategori 1 : Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti
Tiada had umur
Penyertaan secara Kumpulan (3 orang pelajar setiap kumpulan) dan seorang Pensyarah Penyelia.
YURAN PENYERTAAN
RM50/ penyertaan beserta makan pagi dan makan tengahari , penginapan tidak disediakan.
KAEDAH BAYARAN
Bayaran boleh dibuat secara atas talian ke akaun seperti berikut:
Nama Akaun : TETUAN KELAB JMSK PSAS
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No Akaun : 08068010044127
Rujukan : ABC2024
*Peserta yang telah mendaftar tetapi gagal menyertai pertandingan pada tarikh yang ditetapkan tidak boleh menuntut kembali yuran pendaftaran.
TARIKH-TARIKH PENTING:
Pendaftaran dan Pembayaran Yuran peserta: 15 Jun -20 September 2024
Tarikh tutup penyertaan: 20 September 2024
Pertandingan : 26/9/2024
Keputusan Rasmi : 26/9/2024
Majlis Perasmian & Penutupan : 26/9/2024
(Sebelum Pertandingan)
1. Peserta WAJIB mempunyai akaun gmail semasa pendaftaran bagi menyertai pertandingan.
2. Pertandingan ini menggunakan aplikasi “ActionBound”.
3. Peserta perlu memuat turun “ActionBound app” dan “Inclinometer app” (untuk pengukuran sudut) di telefon mudah alih Lelaki/Perempuan : pakaian sukan, berkasut dan topi dan yang sesuai.
(Semasa Pertandingan)
4. Pertandingan Explorace akan bermula pada jam 9:00 pagi dan akan berakhir pada jam 12:00 tengahari pada 26/9/2024.
5. Peruntukan masa adalah 3.00 jam melalui 10 checkpoint. Peserta dinasihatkan untuk menyertai pertandingan pada masa yang ditetapkan agar tempoh masa yang diberikan mencukupi.
6. Keputusan yang dipaparkan pada “ActionBound app”adalah tidak muktamad dan tertakluk kepada keputusan juri.Pemarkahan tertinggi dengan jawapan yang tepat dan paling awal menamatkan EXPLORACE akan dikira sebagai pemenang.
HADIAH PEMENANG:
Hanya Tiga (3) pemenang yang akan dipilih.
Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
Tempat Pertama : RM200 + sijil pemenang
Tempat Kedua : RM180 + sijil pemenang
Tempat Ketiga : RM150 + sijil pemenang
e-sijil penyertaan pelajar dan e-sijil penghargaan penyelia akan diberikan kepada setiap penyertaan melalui email.
Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
Sebarang pertanyaan hubungi:
Urusetia : Suriyani binti Jamirin@Jamirell (No. Telefon :017-4746732)