PRINSIP OBE
PRINSIP OBE
4 Prinsip Utama Pendidikan Berasaskan Hasil Pembelajaran
Outcome-Based Education (OBE) merupakan pendekatan pendidikan yang memberi tumpuan kepada apa yang pelajar perlu tahu, faham dan mampu lakukan setelah selesai proses pembelajaran.
Outcome-Based Education (OBE) is an educational approach that focuses on what students should know, understand, and be able to demonstrate upon completing their learning.
OBE mempunyai empat prinsip utama yang membantu pensyarah merancang, melaksanakan dan menilai pembelajaran supaya hasil pembelajaran yang ditetapkan dapat dicapai.
OBE is guided by four key principles that help lecturers plan, deliver, and assess learning to ensure that the intended learning outcomes are achieved.
Pensyarah perlu mengetahui dengan jelas apa yang pelajar perlu pelajari, fahami dan mampu lakukan pada akhir sesuatu kursus. Semua aktiviti pengajaran dan penilaian mestilah berfokus kepada pencapaian CLO dan PLO yang telah ditetapkan.
Lecturers must clearly understand what students are expected to know, understand, and be able to do by the end of a course. All teaching activities and assessments should focus on achieving the intended CLOs and PLOs.
Contoh / Example:
Pensyarah menetapkan CLO yang memerlukan pelajar mengendalikan mesin larik dengan selamat. Oleh itu, pengajaran dan penilaian perlu memberi tumpuan kepada kemahiran pengendalian mesin tersebut.
If a CLO requires students to operate a lathe machine safely, the teaching and assessment activities must focus on developing and demonstrating that skill.
Kurikulum dan aktiviti pembelajaran dirancang dengan menentukan terlebih dahulu hasil yang ingin dicapai oleh pelajar pada akhir program. Perancangan kemudian dibuat daripada PEO kepada PLO dan seterusnya CLO bagi memastikan setiap kursus menyumbang kepada pencapaian hasil pembelajaran program.
Curriculum and learning activities are designed by first identifying the outcomes students are expected to achieve by the end of the programme. Planning then proceeds from PEOs to PLOs and CLOs to ensure that each course contributes to the intended programme learning outcomes.
Contoh / Example:
Jika program ingin melahirkan graduan yang mahir dalam bidang pembuatan, kursus dan aktiviti amali perlu dirancang untuk membangunkan kemahiran tersebut secara berperingkat.
If a programme aims to produce graduates skilled in manufacturing, courses and practical activities must be designed progressively to develop those skills.
Pensyarah perlu menetapkan standard pencapaian yang tinggi tetapi realistik supaya pelajar terdorong untuk memberikan usaha terbaik. Tugasan, projek dan penilaian perlu mencabar keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.
Lecturers should establish high but achievable performance standards that encourage students to perform at their best. Assignments, projects, and assessments should challenge students to apply the knowledge and skills they have learned.
Contoh / Example:
Pelajar bukan sekadar mengenal pasti bahagian mesin, tetapi juga perlu mampu mengendalikan mesin dan menghasilkan produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Students should not only identify machine components but also be able to operate the machine and produce a product according to the required specifications.
Pensyarah perlu menyediakan pelbagai peluang, kaedah dan aktiviti pembelajaran supaya semua pelajar mempunyai peluang untuk mencapai CLO. Pelajar boleh diberikan latihan, maklum balas, bimbingan serta pelbagai bentuk penilaian yang bersesuaian.
Lecturers should provide a variety of learning opportunities, methods, and activities so that all students have opportunities to achieve the CLOs. Students may be given practice, feedback, guidance, and appropriate forms of assessment.
Contoh / Example:
Pelajar diberi peluang mempelajari kemahiran melalui demonstrasi, latihan bengkel, tugasan, kuiz dan projek. Maklum balas diberikan untuk membantu mereka meningkatkan pencapaian.
Students are provided with opportunities to develop their skills through demonstrations, workshop practice, assignments, quizzes, and projects. Feedback is provided to help them improve their performance.
Kesimpulan / Conclusion
OBE bukan hanya menekankan apa yang diajar oleh pensyarah, tetapi lebih penting ialah apa yang pelajar benar-benar mampu lakukan selepas belajar.
OBE does not simply focus on what lecturers teach, but more importantly, on what students can actually demonstrate after learning.
Keempat-empat prinsip ini memastikan pengajaran, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran dilaksanakan secara terancang, berfokus serta selaras dengan CLO dan PLO bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
These four principles ensure that teaching, learning activities, and assessments are well-planned, focused, and aligned with CLOs and PLOs to enhance student achievement.