OBE INFORMATION
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
MAKLUMAT UMUM TENTANG OUTCOME BASED EDUCATION
APA ITU OUTCOME BASED EDUCATION?
OBE ialah kaedah reka bentuk kurikulum dan pengajaran yang memfokuskan kepada perkara yang sebenarnya boleh dilakukan oleh pelajar selepas mereka diajar.
Ia membolehkan pelajar memperolehi pencapaian dan menguasai pembelajaran tahap tertinggi setiap semester tanpa menunggu sehingga memenuhi kredit program.
Hasil pembelajaran lebih menitikberatkan terhadap
persoalan apakah jangkaan yang perlu para pelajar
capai dari segi pengetahuan, kefahaman atau kebolehan untuk membuat sesuatu ataupun kualiti yang perlu dibangunkan oleh mereka sendiri semasa pengajian di politeknik.
ELEMEN DALAM OBE
Secara umumnya elemen dalam OBE melibatkan proses:
Elemen ini merangkumi komponen - komponen seperti:
Kurikulum (Curriculum) yang disediakan dan dokumenkan secara berpusat di JPPPKK dan memfokuskan kepada hasil pembelajaran.
Instruksional (Instructional) yang berlaku semasa proses pelaksanaan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran, proses ini akan disediakan oleh pensyarah.
Proses penilaian (assessment) akan dilaksanakan untuk menilai kefahaman dan mengetahui tahap pengetahuan pelajar semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Proses pemantauan pula akan dilaksanakan semasa proses pelaksanaan seperti Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran, semasa proses penyediaan item penilaian bagi memastikan penilaian yang dibuat menepati tahap penilaian yang telah ditetapkan dalam kurikulum yang disediakan.
Proses penambahbaikan berterusan (CQI) pula akan dibuat bagi memastikan semua proses yang terlibat dalam elemen OBE ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak institusi.
Gambarajah: Menunjukkan tiga komponen Outcome Based Education dalam proses pengajaran dan pembelajaran
KENAPA PERLU OBE?
Pelaksanaan pendekaan OBE ini telah mula diperkenalkan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sejak 2010 bagi memenuhi keperluan MQF (Malaysian Qualification Framework).
Bagi membuktikan sistem pentaksiran politeknik adalah sama setara.
Dengan strategi untuk memberikan pemahaman dan penterjemahan yang seragam keatas kurikulum (hasil pembelajaran) semasa melaksana proses pengajaran dan pembelajaran dan proses penilaian bagi memastikan pembelajaran berkesan dapat dicapai.
Menjadikan sistem pentaksiran lebih objektif, sah, bolehpercaya dan fleksible.
Pencapaian PEO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur selepas 3 hingga 5 tahun setelah pelajar bergraduat.
Lazimnya pencapaian PLO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduat.
UJI MINDA