Dasar Privasi - File Manager
Privacy Policy - File Manager
Tarikh Kemas Kini / Last updated: 27 Oktober 2026
Pemaju / Developer: Primus Creative Hub (SSM Reg. No. 202603159680 (SA0654458-K))
Pakej / Package: com.primuscreative.filemanager
Hubungi / Contact: founder@primuscreative.com
---
0. Apa yang TIDAK dikumpul / What we do NOT collect
- Tiada akaun. Anda tidak perlu mendaftar; kami tidak kumpul nama, emel, nombor telefon atau ID kerajaan.
- TIADA fail anda dimuat naik. App ini tidak menyalin, menghantar atau mengindeks fail anda ke mana-mana awan. Kami tiada server yang menerima fail.
- Tiada senarai fail atau nama fail dihantar kepada kami atau kepada rangkaian iklan.
- Tiada lokasi, kamera, mikrofon, kenalan atau kalendar. App tidak meminta izin ini.
- Tiada SDK analitik atau penjejakan milik kami.
Your files are never uploaded, copied off-device or indexed remotely - we run no servers that receive them, and no file names are sent to us or to any ad network.
1. Akses fail / File access
App ini ialah pengurus fail: ia membaca dan mengubah fail dalam storan peranti anda (semak imbas, buka, salin, alih, namakan semula, padam, mampat/nyahmampat ZIP) berdasarkan tindakan yang ANDA lakukan. Semua operasi berlaku dalam peranti.
Untuk berfungsi, app meminta:
- MANAGE_EXTERNAL_STORAGE ("Akses semua fail") pada Android 11 ke atas - satu-satunya cara Android membenarkan pengurus fail umum membaca dan menulis di luar foldernya sendiri. Anda memberi izin ini dalam skrin Tetapan Android, dan boleh menariknya balik bila-bila masa.
- READ_EXTERNAL_STORAGE / WRITE_EXTERNAL_STORAGE pada Android 10 ke bawah.
Izin ini digunakan HANYA untuk memaparkan dan mengurus fail atas arahan anda.
The app needs broad storage access (MANAGE_EXTERNAL_STORAGE on Android 11+, legacy storage permissions below that) purely to browse and manage files on your own device. You grant it in Android Settings and can revoke it at any time.
2. Maklumat Yang Disimpan Dalam Telefon Anda / Stored On Your Device
- Tetapan app - tema, bahasa, susunan/isihan, pilihan papar fail tersembunyi. Disimpan dalam DataStore tempatan.
- Rekod tempatan pembelian anda (Primus Plus / tip) dan pilihan persetujuan iklan.
- Kandungan fail anda TIDAK disalin ke dalam storan app; app hanya membacanya semasa anda melihat atau menyuntingnya.
App ini menyertai sandaran automatik Android (allowBackup="true") untuk tetapannya sahaja - bukan fail anda. Rekod persetujuan iklan sengaja DIKECUALIKAN daripada sandaran.
3. Iklan / Advertising
- Versi percuma memaparkan iklan Google AdMob: sepanduk (banner), kad iklan asli (native) dalam senarai fail, interstitial, video berganjaran (opt-in) dan rewarded interstitial.
- AdMob boleh membaca Advertising ID peranti dan data peranti/interaksi app standard untuk pemilihan iklan, had kekerapan dan pencegahan penipuan. SDK Google Mobile Ads juga boleh mengumpul data diagnostik (isyarat ranap dan prestasi) - dipaparkan dalam Keselamatan Data Google Play sebagai "Diagnostik" dan "Interaksi app".
- Nama, laluan atau kandungan fail anda TIDAK dihantar kepada AdMob.
- Iklan dibuang sepenuhnya untuk pelanggan Primus Plus.
- Rujuk: https://policies.google.com/technologies/ads
3a. Fail tetapan iklan / Ad settings file
Sekali-sekala (paling kerap dua kali sehari) app memuat turun fail tetapan kecil daripada laman kami, api.primuscreative.com (dihoskan oleh Cloudflare). Fail itu hanya mengandungi tetapan: sama ada iklan dihidupkan, had klik iklan setiap peranti dan kekerapan iklan, versi minimum app (untuk menggesa anda mengemas kini melalui Google Play), pengumuman pendek, senarai, teks dan reka bentuk promosi app Primus, teks bar Primus Plus, kandungan paparan ringkas (teks, butang dan gambar dari laman Primus, dilukis oleh app sendiri), suis untuk mematikan ciri tertentu, dan (untuk Falah) nombor surah dan ayat bagi ayat pilihan hari itu serta ID doa dan nombor Asma'ul-Husna pilihan. Ia tidak mengandungi kod, dan butang di dalamnya hanya boleh melakukan tindakan tetap (membuka skrin app, Google Play, laman HTTPS atau e-mel Primus). Laman itu juga memulangkan anggaran negara dan negeri yang dikira daripada alamat IP permintaan (tidak disimpan), supaya kandungan boleh disasar ikut kawasan. Jika app sudah menyimpan lokasi untuk fungsinya sendiri (contohnya waktu solat Falah atau bandar Cuaca), sasaran kawasan dibandingkan di dalam telefon sahaja dan lokasi itu tidak dihantar. Jika kandungan itu ialah tajaan (berlabel "Ditaja"), app menghantar ID kempen, nama pakej app dan sama ada ia dipapar atau diketik ke laman yang sama untuk kiraan agregat; tiada ID pengguna, ID peranti atau Advertising ID dihantar, dan alamat IP tidak disimpan. Selain itu tiada data anda dihantar; seperti mana-mana muat turun, hos laman boleh melihat alamat IP dan jenis pelayar untuk log teknikal biasa. App juga mengira klik iklan dalam telefon sahaja (tidak dihantar ke mana-mana) dan berhenti memaparkan iklan buat sementara jika had dicapai, untuk mencegah klik tidak sah.
From time to time (at most twice a day) the app downloads a small settings file from our site, api.primuscreative.com (hosted by Cloudflare). The file only contains settings: whether ads are on, the per-device ad-click limit and how often ads appear, the minimum app version (to ask you to update through Google Play), short announcements, the list, text and design of Primus app promotions, the Primus Plus bar text, simple display content (text, buttons and images from Primus sites, drawn by the app itself), switches that turn particular features off, and (for Falah) the surah and verse numbers of the day's featured verse plus the ID of the featured dua and Asma'ul-Husna name. It contains no code, and its buttons can only perform fixed actions (open an app screen, Google Play, an HTTPS page or a Primus email address). The site also returns an approximate country and state worked out from the request's IP address (not stored), so content can be targeted by region. If the app already stores a location for its own features (for example Falah prayer times or the Weather city), area targeting is compared on the phone only and that location is not sent. If that content is a sponsorship (labelled "Sponsored"), the app sends the campaign ID, the app package name and whether it was shown or tapped to the same site for aggregate counts; no user ID, device ID or Advertising ID is sent, and IP addresses are not stored. Apart from that, none of your data is sent; as with any download, the host may see your IP address and user agent in ordinary technical logs. The app also counts ad clicks on the phone only (never sent anywhere) and pauses ads for a while if the limit is reached, to prevent invalid clicks.
4. Persetujuan iklan (EEA/UK) / Ad consent
Di kawasan yang memerlukan persetujuan, borang Google User Messaging Platform (UMP) dipaparkan DAHULU dan SDK iklan hanya dimulakan selepas anda memilih. Butang "Pilihan privasi iklan" dalam skrin Tetapan membolehkan anda mengubah atau menarik balik persetujuan pada bila-bila masa.
5. Pembelian / Purchases
Primus Plus (langganan) dan tip dikendalikan sepenuhnya oleh Google Play Billing. Kami tidak menerima atau menyimpan butiran kad atau pembayaran anda.
6. Laporan ranap (pilihan) / Crash reports (optional)
Jika app mengalami ralat, anda boleh memilih untuk menghantar laporan ranap melalui app e-mel anda sendiri ke founder@primuscreative.com. Laporan mengandungi jejak ralat teknikal, nama app, versi dan model peranti - bukan senarai atau kandungan fail anda. Anda melihat isi penuh sebelum menghantar dan boleh membatalkannya.
7. Permission lain / Other permissions
- INTERNET - memuat iklan AdMob dan Google Play Billing. App tidak menghubungi mana-mana pelayan Primus.
- ACCESS_NETWORK_STATE - disuntik oleh modul iklan kongsi supaya SDK boleh menyemak sama ada peranti dalam talian sebelum meminta iklan. Ia hanya mendedahkan status sambungan, bukan data anda.
- POST_NOTIFICATIONS - digunakan oleh pustaka kongsi untuk peringatan; app ini tidak menghantar peringatan streak.
- Izin AD_ID dan ACCESS_ADSERVICES_* disuntik oleh SDK Google AdMob untuk membaca Advertising ID (Android 13+).
- BIND_QUICK_SETTINGS_TILE - membenarkan sistem mengikat jubin pintasan Tetapan Pantas yang hanya melancarkan app. Ia tidak memberi app sebarang akses data.
- BIND_QUICK_SETTINGS_TILE lets the system bind a Quick Settings shortcut tile that only launches the app. It grants the app no data access.
8. Hak anda / Your rights
- Tarik balik akses fail: Tetapan Android -> Apl -> File Manager -> Kebenaran / Akses semua fail.
- Padam data app: kosongkan storan app dalam Tetapan Android, atau nyahpasang app. Fail peribadi anda kekal kerana app tidak menyimpannya.
- Iklan diperibadikan: Tetapan Android -> Privasi -> Iklan; EEA/UK: "Pilihan privasi iklan" dalam Tetapan app.
9. Kanak-kanak / Children
App ini untuk audiens umum dan tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah 13 tahun.
10. Perubahan / Changes
Perubahan dasar akan dipaparkan di halaman ini dengan tarikh kemas kini baharu.
11. Hubungi / Contact
Primus Creative Hub (SSM Reg. No. 202603159680 (SA0654458-K))
E-mel: founder@primuscreative.com