PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN - INTERLIBRARY LOAN (ILL)
APA ITU ILL?
Perkhidmatan pinjaman dan perkongsian sumber maklumat untuk rujukan dan penyelidikan perpustakaan/institusi melalui pinjaman untuk perpustakaan.
OBJEKTIF
Meningkatkan capaian maklumat melalui penyediaan perkhidmatan bekalan penerbitan dalam bentuk asal atau salinan.
Meningkatkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa dalam kalangan perpustakaan melalui perkongsian maklumat menyeluruh.
SIAPA LAYAK MEMOHON?
Semua warga POLISAS.
KATEGORI BAHAN PINJAMAN
Buku, artikel jurnal, kertas persidangan (bercetak & dalam talian).
TEMPOH PINJAMAN
1 Bulan
JUMLAH PINJAMAN
10 bahan (bercetak/atas talian) dalam satu permohonan/masa.