Perpustakaan POLISAS adalah unit yang bertanggungjawab membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada semua penggunanya. Mula beroperasi pada sekitar tahun 1983, serta diletakkkan dibawah Unit Pusat Sumber, perpustakaan sementara ini ditempatkan di tingkat bawah bangunan blok A, dan akhirnya pada tahun 2004 berpindah ke bangunan khusus yang lebih selesa. Bangunan perpustakaan 2 tingkat yang mempunyai keluasan lantai 1080 meter persegi serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dapat menampung 700 orang pengguna pada satu masa. Unit Perpustakaan diketuai oleh Pustakawan Kanan dan dibantu oleh 6 orang kakitangan yang bertanggungjawab untuk membantu para pengguna semasa menggunakan sebarang perkhidmatan perpustakaan. Perpustakaan POLISAS menggunakan Sistem Library of Congress yang berasaskan abjad. Perpustakaan POLISAS menggunakan Sistem Perpustakaan KOHA. Visi Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan dan Kemudahan Yang Efisyen, Sistematik dan Mesra Pelanggan. Misi Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran dan Pengajaran Serta Penyelidikan Melalui Teknologi Terkini Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Separa Profesional yang Berilmu Pengetahuan
Video Pengenalan Perpustakaan
Tutorial Mencari Bahan Perpustakaan Menggunakan OPAC