PERKHIDMATAN KEPADA PENERBIT (ISBN/ISSN/e-ISBN/e-ISSN)
Apa itu ISBN
ISBN adalah singkatan dari International Standard Book Number. ISBN diperuntukkan bagi buku-buku yang diterbitkan oleh suatu penerbit atau yang dikumpulkan oleh perpustakaan. Tujuannya adalah untuk mengkoordinasikan dan menyeragamkan pemakaian nombor-nombor buku secara global.
Suatu ISBN menunjukkan satu judul atau satu edisi dari satu penerbit tertentu. Kepada yang mahu menerbitkan buku sendiri, anda perlu mendapatkan nombor ISBN bagi membolehkan buku anda layak 'dipanggil' buku. Tujuannya ialah supaya buku anda dapat dikesan dengan mudah. Apatah lagi, jika buku itu masuk ke kedai buku, pekedai akan mengesan buku anda menggunakan nombor ISBN yang sememangnya unik.
Semua judul buku adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISBN dan diberikan PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISBN. ISBN perlu dipohon sebelum buku dicetak.
Nombor ISBN yang telah diperuntukkan TIDAK BOLEH diguna semula. Adalah menjadi tanggungjawab penerbit untuk memaklumkan kepada Pusat Kebangsaan ISBN sekiranya ISBN yang dipohon tidak digunakan atau terdapat sebarang perubahan pada judul.
Apa itu ISSN
ISSN adalah singkatan dari International Standard Serial Number ( cth: ISSN 0135-1228). ISSN, merupakan nombor identifikasi yang diberikan kepada terbitan berkala. Termasuk dalam terbitan berkala adalah majalah, surat khabar, newsletter (warta), buku tahunan, laporan tahunan dan prosiding.
Nombor ISSN akan lebih memudahkan pengurusan pentadbiran seperti urusan melanggan majalah kerana dengan adanya nombor ISSN ini, akan mengelakkan kesilapan pesanan akibat terdapat banyak majalah yang sama atau hampir sama judulnya.
Bagi penerbitan kakitangan POLISAS, permohonan ISBN/ISSN perlu melalui Unit Perpustakaan. Hubungi Unit Perpustakaan untuk maklumat lanjut.