Selaras dengan hala tuju JPPKK yang digariskan di dalam Blueprint POLYGreen Politeknik Malaysia (BPPM) dan Blueprint SmartGreen PolyCC (BSGPC), Jawatankuasa Smart Green Politeknik Nilai telah ditubuhkan dengan tujuan untuk membudayakan amalan lestari di kalangan warga kampus melalui kempen-kempen kesedaran, penganjuran program-program lestari dan penggunaan Teknologi Hijau yang bersesuaian. Dengan pembudayaan amalan hijau dan penggunaan Teknologi Hijau di dalam kampus, Politeknik Nilai akan turut menyokong usaha pengurangan kesan negatif alam sekitar dan menjaga kelestarian alam sekitar samada di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.
Polisi Smart Green Politeknik Nilai
Pengenalan
Politeknik Nilai komited melaksanakan transformasi ke arah kampus pintar dan lestari, selaras dengan agenda SDG 2030, Dasar Pembangunan Hijau Negara dan aspirasi TVET Malaysia. Polisi ini berfungsi sebagai kerangka utama untuk memastikan semua aspek operasi, akademik dan pembangunan warga berteraskan prinsip hijau & pintar.
Visi
Menjadikan Politeknik Nilai sebagai kampus TVET Smart Green unggul yang mengintegrasikan inovasi digital, teknologi hijau, dan budaya lestari.
Misi
Mengarusperdanakan amalan hijau dalam pentadbiran, akademik dan infrastruktur.
Melahirkan graduan kompeten dalam bidang hijau & teknologi pintar.
Menjadi pusat rujukan teknologi hijau TVET.
Menjalin kolaborasi strategik dengan komuniti & industri.
Objektif
Mengurangkan jejak karbon kampus melalui pengurusan tenaga & sumber mapan.
Mengaplikasi teknologi pintar (IoT, AI, data raya) dalam operasi kampus.
Mengintegrasi kelestarian dalam kurikulum, penyelidikan & inovasi.
Membangun budaya hijau melalui kesedaran & penyertaan warga kampus.
Mengukuhkan reputasi Politeknik Nilai sebagai institusi TVET hijau pintar.
Prinsip Teras
Hijau (Green): Mesra alam, rendah karbon, lestari.
Pintar (Smart): Pengurusan digital & automasi.
Inklusif: Libat sama warga & komuniti.
Inovatif: Dorong R&D hijau.
Kolaboratif: Kerjasama dengan pihak luar.
Bidang Fokus Polisi
Pengurusan Tenaga & Air – solar PV, meter pintar, kitar semula air hujan.
Pengurusan Sisa & Kitar Semula – 3R, kompos sisa makanan, bebas plastik.
Mobiliti Hijau – bas elektrik, laluan basikal, carpool.
Infrastruktur Hijau – rekabentuk bangunan lestari, biodiversiti.
Akademik & Penyelidikan – modul hijau, inovasi teknologi pintar.
Komuniti & Industri – CSR hijau, pusat latihan teknologi hijau.
Budaya & Kesedaran Hijau – latihan hijau, kempen, duta hijau.
Pelaksanaan & Tadbir Urus
Penubuhan Jawatankuasa Smart Green Politeknik Nilai (JGPN).
Integrasi KPI hijau dalam Pelan Strategik Politeknik.
Pelaporan tahunan melalui Green Campus Index.
Pemantauan & Penilaian
Audit dalaman kelestarian setiap tahun.
Laporan prestasi kepada JPPKK.
Penilaian semula polisi setiap 3 tahun.