World Cleanup Day
20 SEPTEMBER 2025
SMARTGREEN POLITEKNIK NILAI MENYUMBANG TENAGA DALAM MEMBERSIHKAN PANTAI SAUJANA PORT DICKSON SEMPENA WORLD CLEAN UP DAY 2025.
SmartGreen Politeknik Nilai bersama 38 orang staf dan pelajar Politeknik Nilai telah bekerjasama bersama SWM environment Sdn Bhd dalam aktiviti membersihkan pantai sempena World Clean up Day 2025.
Hasil kutipan sampah adalah sebanyak anggaran lebih 10,000 puntung rokok, cebisan polistren dan beg plastik telah berjaya dikumpul. Kumpulan 6 dan 9 daripada Politeknik Nilai berjaya membawa pulang hadiah pengumpulan terbanyak pada program tersebut.
SDG 13: CLIMATE ACTION
'PNS towards achieving sustainable development goals (SDG)
PROJEK CSR TKCHARM GARDEN
4 SEPTEMBER 2025
Projek CSR TKCHARM Garden di Kolej Tunku Kurshiah Bandar Enstek bersama pensyarah dan pelajar Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL), Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Nilai.
Projek CRS TKCHARM Garden ini melibatkan pelajar-pelajar kelas DHL2A dan DHL2B seramai 55 orang pelajar serta pelajar TKC International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP). Program ini bertujuan untuk memberi khidmat komuniti dan kolaborasi antara kedua-dua pihak bagi menjayakan Taman Herba di TKC. Program ini juga dapat memberi pendedahan praktikal kepada pelajar DHL berkaitan kursus DYL10243 Soil Science, DYL20353 Nursery Management dan DYL20363 Plant Identification.
Bagi fasa pertama ini, pelajar ditugaskan untuk membuat bancuhan campuran tanah dan memenuhkan ruang kotak penanaman yang disediakan. Fasa kedua akan menyusul pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Simbolik perasmian projek ini telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Tunku Kurshiah iaitu Pn. Fathiiyah binti Mohd Fauzi@Mohd Pozi bersama Ketua Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Nilai Ts. Ahmad Yazid bin Rahman mewakili Pengarah. Pensyarah yang terlibat bagi fasa 1 ini adalah:
1. CA. Norhafizah binti Suhad (Pengarah Program)
2. Ts. Nur Azemah binti Aminludin
3. CA. Muhammad Fadhli Tariq bin Ishak
4. En. Mohd Hafiz bin Sulaiman
5. LAr. Yazidatul Fauziah binti Abdul Aziz
6. Pn. Nurul Shafiqah binti Sulaiman
PROGRAM CSR HIJAUKAN DUNIA SI MANJA
1 JULAI 2025
Program CSR Hijaukan Dunia Si Manja anjuran Taska & Tadika KEMAS Kg. L.B. Johnson 1 & 2 telah berjaya dilaksanakan. Program ini mendapat suntikan semangat luar biasa daripada seramai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan sokongan Politeknik Nilai. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya:
1) Perkongsian ilmu berkaitan penjagaan tanaman dan langkah keselamatan ketika aktiviti penyelenggaraan
2) Penyediaan media tanaman dan aktiviti menanam pokok
3) Menggembur tanah di planter box
4) Penyelenggaraan
5) Mengecat sebahagian bangunan tadika dan permainan seperti buaian & gelongsor
6) Menghias dalaman taska bagi mewujudkan suasana ceria dan mesra kanak-kanak
Program ini bukan sahaja menyemai kesedaran hijau dalam kalangan warga pendidik dan komuniti, malah turut memberi impak positif dalam memperkukuh jenama dan reputasi Politeknik Nilai (PolyCC) di peringkat komuniti setempat. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini!
Politeknik Nilai meneruskan komitmen terhadap pembangunan komuniti dan kelestarian alam sekitar melalui pelaksanaan Latihan Kemahiran 1 di bawah inisiatif Kampung Angkat Madani (KAM) POLYCC TVET 2025.
Bagi Fasa 2, yang berlangsung dari 11 hingga 15 Ogos 2025, seramai 8 orang pegawai dan 20 orang pelajar Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL) telah menyertai program CSR ini di Kampung Batu 8, Bendang Siam, Changkat Jering, Perak.
Fokus utama latihan adalah untuk menaik taraf dan melestarikan landskap kolam kampung yang telah lama terbiar, agar dapat dijadikan kawasan rekreasi berpotensi tinggi. Elemen landskap dan kemudahan ditambah baik dengan reka bentuk mesra alam, inklusif dan lestari, selaras dengan prinsip TVET yang menekankan pembelajaran berasaskan kemahiran dan sumbangan kepada komuniti melalui kepakaran teknikal.
14 Jun 2025 | Program CSR Jiwa Prihatin: Gotong-Royong di Tanah Perkuburan
Program CSR Jiwa Prihatin: Gotong-Royong di Tanah Perkuburan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Am, Politeknik Nilai dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertempat di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, Kota Seriemas.
Seramai 40 orang peserta terdiri daripada staf Politeknik Nilai, wakil MAINS, dan penduduk komuniti setempat telah berganding bahu membersihkan kawasan tanah perkuburan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebersihan dan keharmonian komuniti.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk:
Membersihkan semak samun dan membuang sampah.
Mencantas pokok-pokok renek bagi melancarkan urusan penyelenggaraan kawasan perkuburan.
Menyusun semula kawasan sekitar untuk kelihatan lebih kemas dan teratur.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal MAINS, En. Norazman bin Amat, Pegawai MAINS Cawangan Nilai, Pn. Nur Azizah binti Abdul Aziz, Ketua Jabatan Pengajian Am, Pn. Hajah Rosmawati binti Razak, serta Ketua Pentadbir Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, En. Hukarim bin Sudin. Program berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari dengan penyampaian cenderahati kepada wakil yang terlibat.
Program CSR Hiasan Landskap di Surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya
6 FEBRUARI 2025
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini dilaksanakan oleh Program Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL), Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB), Politeknik Nilai, bertempat di Surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya.
Aktiviti dijalankan pada hari kedua dan terakhir program, disertai oleh pensyarah dan pelajar DHL3A yang mengikuti kursus DYL30414 Landscape Construction and Installation (LCI).
Fokus aktiviti tertumpu pada kerja landskap kejur dan hiasan persekitaran surau, termasuk kawasan papan tanda, gazebo, ruang sebelah gazebo, dan pintu masuk utama surau. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
Mengecat semula pagar dan struktur landskap kejur.
Menyusun tumbuhan berdasarkan reka bentuk landskap yang telah dirancang.
Menambah elemen dekoratif untuk memperindah kawasan surau.
Majlis penutup disempurnakan oleh Dato’ Sheikh Yahya bin Sheikh Mohamed, Pengerusi Surau Al-Furqan, Presint 11. Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberi impak positif kepada komuniti dan peserta.