AWARENESS TODAY GREEN TOMORROW
AWARENESS TODAY GREEN TOMORROW
Smart Green PNS bertujuan memperkasakan budaya hijau di seluruh kampus, memupuk pekerja kolar hijau masa depan dan menyokong matlamat kemampanan negara. Bersama-sama kita membina planet yang lebih bersih dan lebih hijau.
Final Exam
🗓️22 Nov 2025 - 10 Dis 2025
Tahun 2025 menyaksikan pencapaian bersejarah buat Politeknik Nilai apabila berjaya melonjak ke Ranking 414 dunia dalam UI GreenMetric World University Rankings, berbanding 585 pada tahun 2024. Peningkatan drastik ini mencerminkan komitmen padu seluruh warga PNS terhadap agenda kelestarian dan amalan hijau di kampus.
Kekuatan skor dalam beberapa indikator utama—Setting & Infrastructure (1150), Energy & Climate Changes (1450), Waste (975), Water (762.5), Transportation (1487.5) dan Education & Research (1337.5)—membuktikan bahawa usaha berterusan seperti CSR, inovasi pelajar, latihan, program komuniti, pengurusan sisa, air, biodiversiti, serta inisiatif pengangkutan hijau telah memberikan impak ketara kepada kampus dan masyarakat.
Pencapaian ini menjadi penutup yang bermakna bagi tahun 2025 dan menjadi pemangkin semangat untuk terus memperkukuh budaya lestari di Politeknik Nilai. Bersama, kita terus melangkah ke arah kampus TVET hijau yang berdaya tahan, inovatif dan berimpak global.
13 NOVEMBER 2025 | INNOVATION MECHANICAL EXHIBITION POLITEKNIK NILAI (INNOMEX 2025)
Innovation Mechanical Exhibition Politeknik Nilai 2025 (INNOMEX 2025) telah dirasmikan oleh Ts. Harun bin Sahat, Timbalan Pengarah Politeknik Nilai sebagai manifestasi sokongan penuh pihak pengurusan terhadap usaha memperkukuh budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar kejuruteraan.
Edisi tahun 2025 menampilkan 27 projek inovatif hasil ciptaan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal:
9 projek oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)
18 projek oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
5 - 6 NOVEMBER 2025 | KARNIVAL TVET NEGERI SEMBILAN
Politeknik Nilai telah menyertai Karnival TVET Negeri Sembilan baru-baru ini dengan mengetengahkan kepakaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Mekatronik yang merupakan nadi kepada revolusi Industri 4.0; pameran Politeknik Nilai telah menarik perhatian pengunjung terutamanya melalui demonstrasi mesin 3D Printer secara langsung di mana pengunjung dapat menyaksikan sendiri bagaimana prototaip dan komponen kompleks dicipta dalam masa nyata, sekali gus memaparkan aplikasi praktikal dan kemahiran terkini yang ditawarkan oleh bidang TVET.
Karnival ini telah berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Negeri Sembilan.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
YB Dato'/YBhg Dato'/Datuk/Tuan/Puan
Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan dengan penuh sukacita menjemput orang ramai untuk memeriahkan program:
📆 1 November 2025 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi – 5.00 petang
🏝️ Pantai Batu 1, Port Dickson
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua🥳🥳
Aktiviti menarik :
🐘 Sesi Bersama Gajah
👯♂️ Zumba
🎨Pertandingan Mewarna
🌱 Sumbangan pokok
👨💼 Pocket Talk
🎁Cabutan Bertuah
🎪Pameran Reruai
🥫Jualan Rahmah Madani
🥙Jualan Food Truck
Perkhidmatan yang disediakan :
💥 Saringan Kesihatan
💥Perkhidmatan Pergigian
💥Kaunter Bayaran Cukai
💥Kaunter Bayaran Saman PDRM (tawaran sehingga 70% bagi saman yang boleh dikompaun)
💥Kaunter Pemeriksaan JPJ
💥Kaunter Bayaran Zakat
Jomlah beramai-ramai memeriahkan program di samping mendapatkan manfaat daripada aktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan.🌻🌻🌻
JOIN ME
https://www.sustainable-business.net/mgsa2025
📢 INVITATION: MALAYSIA GLOBAL SUSTAINABILITY AWARDS 📢
Dear Past MALAYSIA GPM Award Winners (2020-2024),
You are invited to apply for the prestigious ELITE Award under the new MALAYSIA GLOBAL SUSTAINABILITY AWARDS!
🏆 ELITE AWARD CRITERIA
Eligibility: Must have won BOTH the Project of the Year AND the Sustainability Leadership Awards.
Mandatory Requirements:
Data: Project must have minimum 2-3 years of past monitoring data.
Evidence: All applications require video evidence of the project description.
🌟 Special Recognition: ELITE Awardees may be recognized as an ESG Learning Centre!
🆕 NEW CATEGORIES
Submit your future and innovation projects here:
GreeNEXT Award (New Projects)
GreeNOVATION Award (Innovation Projects)
Don't miss this opportunity to showcase your sustained commitment to global sustainability! https://www.sustainable-business.net/mgsa2025
Global Recognition & Partnership
Pengiktirafan Peringkat Asia Pasifik!
October 28-30 - Bali, Indonesia
Tahniah diucapkan kepada LAr. Dr. Fara Diba Badrul Hisham, Ketua Pusat Teknologi (COT), Pensyarah Kanan dan Penyelaras Smart Green, Politeknik Nilai, atas penerimaan anugerah “Influential Leader/CEO in Sustainability” sempena Asia Pacific Sustainability Conference & Awards 2025 yang berlangsung di Royal Tulip, Jimbaran Hijau, Bali, Indonesia.
Beliau turut dijemput sebagai salah seorang penceramah utama dalam persidangan bertemakan “Biodynamics and Food Security” yang menghimpunkan pemimpin dan pakar kelestarian dari seluruh rantau Asia Pasifik.
Pencapaian ini menjadi bukti komitmen Politeknik Nilai dalam memperkasa kepimpinan, inovasi dan pendidikan lestari di peringkat antarabangsa.
#SmartGreenPNS #KampusLestari #SustainabilityLeadership #APSC2025 #PolyCC #BanggaPNS
28 OKTOBER 2025
KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN AKADEMIK BAGI PROMOSI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI HORTIKULTUR
Kunjungan Hormat dan Lawatan Akademik bagi Promosi Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Hortikultur (Kepujian) UiTM Cawangan Perlis bagi program Diploma Teknologi Hortikultur Landskap, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Nilai.
23 - 24 OKTOBER 2025 | PROGRAM AGROTECH EXPLORATION TRAIL 2025: MENYEMAI INSPIRASI, MENUAI KEJAYAAN
Pengembaraan selama 2 hari 1 malam yang disertai oleh lapan orang pelajar bersama seorang pensyarah anjuran Unit Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan pelajar kepada pendedahan dunia sebenar keusahawanan berasaskan pertanian dan penternakan melalui perkongsian pengalaman Encik Luqman bin Roslan daripada Aman Stud Farm, alumni program DLH yang telah berkecimpung dalam bidang penternakan kambing yang terletak di Kg. Gajah, Perak Tengah.
Program ini turut disusuli dengan aktiviti lawatan ke beberapa booth pameran agensi tempatan termasuk penyertaan pelajar dalam pertandingan Explorasi Agro bertempat di RTC Gopeng dengan kerjasama pihak FAMA Perak bersempena FAMA FEST 2025.
Aktiviti pelajar berakhir dengan penerokaan ke Gua Tempurung yang dilengkapi dengan lampu bagi menyinari keadaan asli dan semulajadi gua ini.
Pelbagai manfaat dapat diperoleh pelajar antaranya memupuk kesedaran dan minat seiring dengan hasrat kerajaan bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan daripada golongan muda sebagai agropreneur.
LANDSCAPE CONSULTANTS / ARCHITECTS
Dive into the mesmerizing Malaysian Heritage Gardens at KL Park Festival 2025!
Watch as the gardens come alive and illuminate beautifully at night — a truly breathtaking sight you won’t want to miss.
Come and experience it yourself!
17–26 October 2025
Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
9:00 AM – 11:00 PM
#KLParkFestival2025 #UnityInDiversity #HeritageGardens #KualaLumpur
📅 Tarikh: 21 Oktober 2025
📍 Tempat: Hutan Lipur Ulu Bendul, Gunung Angsi
🕖 Masa: 7.00 pagi – 5.00 petang
Sebagai usaha memperkukuh kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar dan biodiversiti tempatan, Politeknik Nilai telah menganjurkan Program CSR Membersihkan Laluan Hutan & Herbarium Hutan Simpan ke Arah Konservasi dan Kelestarian Hutan Negeri Sembilan pada 21 Oktober 2025 bertempat di Hutan Lipur Ulu Bendul, Gunung Angsi.
Program ini merupakan sebahagian daripada Geran Kajian Sosial Herbarium Hutan Simpan, melibatkan seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada penyelidik Politeknik Nilai dan Politeknik Ungku Omar, pensyarah, fasilitator, pelajar Politeknik Nilai serta rakan-rakan strategik daripada pelbagai agensi kerajaan dan komuniti tempatan.
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah gotong-royong membersihkan laluan pendakian Gunung Angsi, aktiviti herbarium dengan pengumpulan dan pendokumentasian 30 sampel tumbuhan tempatan, serta demonstrasi proses penyediaan herbarium kepada komuniti. Program turut disertai oleh Pengarah Politeknik Nilai, Dr. Siti Noridah Binti Ali, yang hadir bagi menyokong dan menyempurnakan sesi perasmian penutup.
Impak Program
• 🌿 Meningkatkan kesedaran dan ilmu peserta terhadap biodiversiti serta kepentingan pemuliharaan ekosistem hutan tropika.
• 💚 Menggalakkan budaya hijau dan amalan kelestarian dalam kalangan warga politeknik dan komuniti setempat.
• 🤝 Mengukuhkan jaringan kolaborasi strategik antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan komuniti.
• 🌎 Menyokong aspirasi TVET Hijau dan Dasar Pembangunan Negara Karbon Rendah 2050.
Pihak Politeknik Nilai menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi dan organisasi yang turut bersama menjayakan program ini, khususnya Persatuan Malim Gunung Negeri Sembilan, SWM Environment Sdn. Bhd., Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Program ini membuktikan bahawa kolaborasi pelbagai pihak dapat melahirkan sinergi bermakna ke arah konservasi alam sekitar, pembinaan budaya hijau dan pengukuhan nilai lestari dalam pendidikan TVET.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah atas kejayaan Program CSR Herbarium Hutan Simpan ke Arah Konservasi Hutan Negeri Sembilan anjuran Politeknik Nilai yang dilaksanakan di bawah Kajian Geran Sosial Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Seramai 32 orang pelajar telah berjaya menjalankan aktiviti pembersihan laluan Gunung Angsi.
Berikut adalah sisa yang telah berjaya dikumpulkan dan dilupuskan dengan betul.
228 beg plastik pelbagai jenis
118 plastik pelbagai jenis
82 beg kertas
53 penutup botol plastik
45 botol plastik
Usaha ini bukan sahaja menyokong konservasi hutan dan kelestarian alam sekitar, malah turut memupuk kesedaran pelajar terhadap tanggungjawab menjaga khazanah semula jadi negeri.
JEMPUTAN KE PROGRAM HERBARIUM HUTAN SIMPAN KE ARAH KONSERVASI DAN KELESTARIAN HUTAN NEGERI SEMBILAN - KAJIAN GERAN SOSIAL POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN.
Tarikh: 21.10.2025 (Selasa)
Masa: 6.30pg - 5.00petang
Tempat: Astaka kaki Gunung Angsi Negeri Sembilan
Pakaian: Pakaian sukan tema hijau/hitam
PERTANDINGAN WHEELBARROW YOUNG EXPRESSION KL PARK FESTIVAL 2025
Tahniah dan syabas buat Program Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL), Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Nilai telah memenangi Tempat ke-3 Pertandingan Wheelbarrow Young Expression sempena KL Park Festival 2025 anjuran DBKL bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Politeknik Nilai telah diwakili oleh Jumpulan Whizscape Unity yang terdiri daripada:
1. Ts. Nur Azemah binti Aminludin (Coach)
2. Farah binti Mustaffa (23DHL24F1004)
3. Hafeez Al Amin bin Osman (23DHL24F1038)
4. Muhamad Amirul Hafiz bin Zainuddin
(23DHL24F1060)
5. Mikhail bin Mohd Iman (23DHL24F1016)
6. Afif Diniy bin Jefri Faizal (23DHL24F1034)
Pertandingan ini bertemakan "Reimagining Mini ASEAN: One Village, Many Cultures” challenges participants to design and build a miniature diorama that creatively interprets and reimagines the unity and diversity of ASEAN cultures through traditional architecture, flora and fauna, daily life, and cultural practices from the different ASEAN nations.
POLITEKNIK NILAI RACE TOWARDS NET ZERO DI INTERNATIONAL GREEN TECH AND ECOPRODUCT EXHIBITION AND CONFERENCE MALAYSIA 2025 (IGEM 2025).
15 - 17 OKTOBER 2025
174 orang pelajar kursus Green Technology Compliance dan kursus Engineering Society telah mengadakan lawatan ke pameran International Green Tech & Ecoproduct Exhibition and Conference Malaysia 2025 (IGEM 2025).
Tujuan lawatan ini adalah bagi tujuan pertemuan bersama industri yang mengaplikasikan amalan teknologi hijau di samping melihat teknologi-teknologi baharu dari seluruh dunia ke arah mengurangkan pelepasan karbon.
Pameran ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 15 - 17 Oktober 2025 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).
Politeknik Nilai optimis dalam memberi kesedaran tentang kepentingan alam sekitar kepada warga dan komuniti setempat.
SDG 4: QUALITY EDUCATION
SDG 9: INDUSTY, INNOVATION & INFRASTRUCTURE
SDG 11: SUSTAINABLE CITIES & COMMUNITIES
'PNS towards achieving sustainable development goals (SDG)
PROGRAM JEJAK LESTARI: MEMPERTAHAN HAK ALAM DAN PENGGUNA
11 OKTOBER 2025
Seramai 6 orang pelajar Gerakan Pengguna Siswa (GPS) termasuk 2 orang kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Politeknik Nilai telah menyertai program mendaki Bukit Batu Pahat yang bertemakan ‘Explore Batu Pahat’ anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor sempena Hari Sukan Negara 2025.
Program ini juga bertujuan untuk mendapatkan manfaat kesihatan baik dari segi fizikal dan juga mental. Selain meningkatkan kecergasan fizikal, aktiviti ini juga dilihat dapat mendidik pelbagai perkara iaitu dari ketahanan fizikal, kesabaran, disiplin masa semangat kerjasama sesama pendaki.
Sebagai pendaki yang juga pengguna mempunyai tanggungjawab untuk memastikan alam sekitar kekal sihat dan lestari. Alam sekitar yang bersih dan sihat membekalkan sumber penting untuk kehidupan dan kesejahteraan pengguna.
LAWATAN PENANDAARAS POLITEKNIK NILAI KE UNIT LANDSKAP KOLEJ KOMUNITI MAS GADING SARAWAK (PROGRAM HERBARIUM HUTAN SIMPAN KE ARAH KONSERVASI DAN KELESTARIAN HUTAN NEGERI SEMBILAN - KAJIAN GERAN SOSIAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN TIINGGI)
11 OKTOBER 2025
Penyelidik Politeknik Nilai telah bekerja membuat lawatan kerja ke Kolej Komuniti Mas Gading bagi melihat perlaksanaan koleksi herbarium program sijil landskap
SDG 13: CLIMATE ACTION
SDG 15: LIFE ON LAND
'PNS towards achieving sustainable development goals (SDG)
JOM SERTAI KAMI
LAWATAN PENANDAARAS POLITEKNIK NILAI KE JABATAN HUTAN SARAWAK (PROGRAM HERBARIUM HUTAN SIMPAN KE ARAH KONSERVASI DAN KELESTARIAN HUTAN NEGERI SEMBILAN - KAJIAN GERAN SOSIAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN TIINGGI)
10 OKTOBER 2025
Penyelidik Politeknik Nilai telah bekerjasama bersama dengan Jabatan Hutan Sarawak dalam merangka aktiviti membersihkan hutan dan mengutip spesimen tumbuhan.
Program ini memberi pendedahan kepada penyelidik tentang kaedah herbarium yang dilaksanakan di Negeri Sarawak.
SDG 13: CLIMATE ACTION
PNS towards achieving sustainable development goals (SDG)
LAWATAN PENANDAARAS POLITEKNIK NILAI KE MUZIUM HERBARIUM & ZOOLOGI UNIMAS SARAWAK (PROGRAM HERBARIUM HUTAN SIMPAN KE ARAH KONSERVASI DAN KELESTARIAN HUTAN NEGERI SEMBILAN - KAJIAN GERAN SOSIAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN TIINGGI)
9 OKTOBER 2025
Penyelidik Politeknik Nilai telah mengadakan lawatan ke Muzium Herbarium & Zoologi UNIMAS Sarawak bagi melihat kaedah menyimpan dan mempamerkan hasil spesimen
Program ini memberi pendedahan kepada penyelidik tentang kaedah herbarium yang dilaksanakan di UNIMAS Negeri Sarawak.
SDG 13: CLIMATE ACTION
SDG 15: LIFE ON LAND
'PNS towards achieving sustainable development goals (SDG)
KEMPEN JOM KONGSI KENDERAAN
🌏 Kurangkan jejak karbon, jimatkan kos, eratkan silaturahim!
📅 Tarikh: 08 Oktober 2025
📍 Lokasi: Politeknik Nilai
🚙 Kenapa Perlu Sertai?
✅ Jimat minyak dan kos perjalanan
✅ Kurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara
✅ Sokong inisiatif hijau kampus
✅ Bina komuniti pelajar dan staf yang lebih mesra dan prihatin dengan alam sekitar
💡 Cara Sertai:
1️⃣ Rancang perjalanan bersama rakan.
2️⃣ Kongsi kenderaan ke kampus atau aktiviti harian.
3️⃣ Muatnaik gambar dan slogan dengan menggunakan kod QR yang disediakan.
👉 #JomKongsiKenderaanPNS #GoGreenPoliNilai
🎁 Ganjaran Menarik Menanti!
🚘 Untuk Gambar Terbaik dan Slogan Kreatif
🌿 Mari bersama menjayakan kempen hijau ini. Setiap perkongsian membawa perubahan!
💚 Jom Kongsi Kenderaan, Hijaukan Politeknik Nilai! ♻️
JOM SERTAI KAMI
Anda berminat untuk mendalami teknik Pembuatan Kompos untuk Pertanian Lestari?
Politeknik Nilai menawarkan Program Persijilan Kompetensi Micro Credential Standalone khas untuk pekerja industri dalam bidang berkaitan.
📅 Tarikh: 30 Sept – 7 Okt 2025
📍 Lokasi: Politeknik Nilai
✅ Yuran PERCUMA
✅ Tenaga pengajar berpengalaman
✅ Diiktiraf & berimpak tinggi
✅ Makan, minum & penginapan disediakan
📲 Jangan lepaskan peluang ini! Tempat adalah terhad.
👉 Daftar segera di pautan berikut: https://app.mypolycc.edu.my/epsh/poli/borang/?AspxAutoDetectCookieSupport=1
Atau hubungi:
Pn. Norhafizah (+6012-336 4285)
En. Wan Fadhilah (+6012-602 9422)
Pn. Nurul Aesyah (+6013-394 4089)
🌱 Sertai kursus ini dan jadilah sebahagian daripada usaha menuju pertanian lestari!
Majlis Anugerah PolyCCAward
29 Septermber 2025
Bidang tumpuan 1:
Anugerah Gemilang Kemampanan
Pengurusan Pendidikan dan penyelidikan
Penyelaras Teknikal: Puan Hajah Quyrul Zeta binti Ishak
Bidang Tumpuan 3
Anugerah Cemerlang Kemampanan
Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap
Penyelaras teknikal: LAr Dr Fara Diba Binti Badrul Hisham
Bidang Tumpuan 5:
Anugerah Gemilang Kemampanan
Pengurusan Air
Penyelaras Teknikal: Puan Nur Izdiha binti Sulaiman
TAHNIAH POLITEKNIK NILAI
Politeknik Nilai mempertaruhkan penyertaan dalam Pertandingan Anugerah Penulis Kertas Hijau Terbaik dan Penyertaan Anugerah Kemampanan dalam 5 bidang tumpuan.
Majlis diadakan di Hotel Meru Cuasarina Ipoh Perak dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
PNS towards achieving sustainable development goals (SDG)
27 - 28 September 2025
Kursus Tekno-usahawan Inkubator Smart Farming: Pembuatan NFT Smart Kit
Penganjur: Inkubator Keusahawanan Smart Farming, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
Penglibatan: 40 orang pelajar (apprentice)
Objektif:
1. Meningkatkan kemahiran pelajar di dalam keusahawanan berasaskan TVET.
2. Memupuk minat pelajar dalam aktiviti keusahawanan.
International Agrofood & Biotechnology Festival @ Special Education Needs 2025 (iFAMB@SEN2025)
Nilai, Negeri Sembilan | 24 September 2025
Politeknik Nilai dengan kerjasama Universiti Negeri Malang, Indonesia serta Unit Agro & Bioindustri, Bahagian Kurikulum, JPPKK telah berjaya menganjurkan iFAMB@SEN2025 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 22 hingga 24 September 2025.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hizatul Haliza binti Hashim, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Festival bertemakan “Advancing Technology Towards a Sustainable Global Tomorrow” ini menampilkan dua kategori utama iaitu Pertandingan Inovasi & Keusahawanan (Secara Bersemuka) serta Perbentangan Kertas Penyelidikan (Sesi Selari Dalam Talian).
Tahun ini, iFAMB@SEN2025 berjaya menghimpunkan lebih 100 penyertaan pertandingan inovasi & keusahawanan, 64 kertas penyelidikan, penyertaan daripada pelajar Pendidikan Khas (SEN) serta penglibatan penceramah antarabangsa dari lima negara. Program sampingan seperti Fun Run turut menyemarakkan semangat komuniti dan ukhuwah.
Buat julung kalinya, turut diperkenalkan Kategori Special Education Needs (SEN), dengan kemenangan tempat pertama dimenangi oleh produk Eco-Step (Kolej Komuniti Selandar), tempat kedua oleh Spinato Chips (Kolej Komuniti Selayang), dan tempat ketiga oleh Labo Bite (Kolej Komuniti Jelebu).
Turut hadir menyerikan acara berprestij ini ialah YBrs. Puan Hilmun Mohamed, Pengarah Bahagian Kurikulum, bersama-sama wakil bahagian serta pengarah-pengarah POLYCC.
Penganjuran festival ini bukan sahaja menjadi wadah penting dalam bidang agrofood dan bioteknologi, malah turut memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta memperkasa pelajar pendidikan khas untuk terus menyumbang kepada pembangunan mampan global.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta, penyelidik serta inovator atas idea kreatif dan sumbangan berharga ke arah pembangunan teknologi mampan demi masa depan yang lestari.
24.9.2025 | Fun Run iFAMB @SEN 2025
Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada warga PNs dan komuniti tentang penjagaan alam sekitar dan pengurangan penggunaan kenderaan disamping menjaga kesihatan
Fun Run iFAMB@SEN 2025
JOM SERTAI SEKARANG! 🏃🎉
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Anda semua dijemput untuk menyertai IFAMB 2025 4KM Fun Run, sebuah acara santai yang penuh warna dan keseronokan, terbuka kepada semua peringkat umur!
📍 Lokasi: Politeknik Nilai, Bandar Enstek
📅 Tarikh:
Flag Off (FO)
24 September 2025 (Rabu)
Run kit collection (RKC)
23 September 2025 (Selasa)
⏰ Masa: 7.00 pagi (Flag Off)
💸 Yuran Penyertaan: RM35
Setiap peserta akan menerima:
👕 Baju rasmi IFAMB2025 Fun Run
🎖️ Medal eksklusif
📄 E-sijil penyertaan
🍹 Minuman percuma
🎁 Penyertaan cabutan bertuah menarik!
Jangan lepaskan peluang ini untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan sambil memeriahkan suasana kampus. Tempat adalah terhad – daftar segera untuk jamin tempat anda!
📌 Daftar sekarang di:
https://forms.gle/7Sas9zaoseW2fnqQ9
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi kami melalui emel atau no telefon:
📧 ifamb2025@polinilai.mypolycc.edu.my
📞 0193369509 - Is Aizat
“Innovate Today, Sustain Tomorrow, Impact The World.”
Jumpa anda di garisan permulaan! 💪🌈
PolyCC Homegrown Brand
📅 23 & 24 September 2025
🕗 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Parking Pentadbiran Politeknik Nilai
🚚 Dari negeri Borneo, Utara, Timur dan Selatan pelbagai produk dan jenama pelajar polycc menanti anda!
🥗 Makanan unik, 🍦dessert segar, 🌶️ Lauk RTE pedas, produk inovasi bioteknologi, hinggalah ke 💆♀️ spa & beauty service semua ada di sini.
🔥 Polycc Homegrown Brand bakal gegarkan festival dengan jenama hebat seperti:
➡️ Boujang, Jolubu Treats, Labu Crunch, NovaMyco, Sambal Laddatuk, Borneo Milirice Ice Cream, Chef Packet, Fruity Maniac, Grill Meletops dan banyak lagi!
🎉 Jom serbu kawan-kawan, kita support usahawan polycc, nikmati suasana meriah, muzik open mic, makanan lazat & inovasi pelajar kreatif.
World Cleanup Day
20.9.2025
SMARTGREEN POLITEKNIK NILAI MENYUMBANG TENAGA DALAM MEMBERSIHKAN PANTAI SAUJANA PORT DICKSON SEMPENA WORLD CLEAN UP DAY 2025.
SmartGreen Politeknik Nilai bersama 38 orang staf dan pelajar Politeknik Nilai telah bekerjasama bersama SWM environment Sdn Bhd dalam aktiviti membersihkan pantai sempena World Clean up Day 2025.
Hasil kutipan sampah adalah sebanyak anggaran lebih 10,000 puntung rokok, cebisan polistren dan beg plastik telah berjaya dikumpul. Kumpulan 6 dan 9 daripada Politeknik Nilai berjaya membawa pulang hadiah pengumpulan terbanyak pada program tersebut.
SDG 13: CLIMATE ACTION
'PNS towards achieving sustainable development goals (SDG)
World Cleanup Day
11 SEPTEMBER 2025
JEMPUTAN KE WORLD CLEAN UP DAY 2025
Tarikh: 20 september 2025 (sabtu)
Masa: 7.30 pg - 12.00 tgh hari
Tempat: Pantai Saujana Port Dickson
🚌(pengangkutan akan disediakan dari PNS)
🍛Sarapan pagi dan makan tgh hari disediakan
📝Sijil daripada SWM Corp Sdn. bhd.
🎖️hadiah disediakan kepada kumpulan sisa terbanyak
Bagi yang berminat boleh sertai group ini bagi mendapatkan info berkaitan program ini https://chat.whatsapp.com/Dtfoaztqd6pJwdsPPOCKaa?mode=ems_copy_c
PolyCCSkills 2025
8 - 11 SEPTEMBER 2025 | POLYCCSKILLS 2025
Tahniah Pasukan Politeknik Nilai! Telah merangkul 2 pingat Emas dan 1 Pingat Gangsa dalam Pertandingan Polyccskills 2025 yang telah berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. Antara kemenangan tersebut adalah:
Floristry - Pingat Emas
Peserta : Maryam Jamilah binti Suhaimi (DHL2A)
Jurulatih : Ts. Nurzawani binti Azuwa
Freight Forwarding - Pingat Emas
Peserta: Ammar bin Sukiman dan Zahiruddin bin Ramzu Nasri (DLS5A)
Jurulatih: Ts. Muhammad Hamizan bin Ab Hamid
Chemical Laboratory Technology - Pingat Gangsa
Peserta: Muhammad Abdul Raziq bin Mohd Deli (DBT3A)
Jurulatih: Pn. Fauziah Shaheen binti Sheh Rahman
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar serta jurulatih atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mengharumkan nama Politeknik Nilai di pentas kebangsaan.
Sekitar Pertandingan PolySkill 2025
PROJEK CSR TKCHARM GARDEN
4 SEPTEMBER 2025
Projek CSR TKCHARM Garden di Kolej Tunku Kurshiah Bandar Enstek bersama pensyarah dan pelajar Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL), Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Nilai.
Projek CRS TKCHARM Garden ini melibatkan pelajar-pelajar kelas DHL2A dan DHL2B seramai 55 orang pelajar serta pelajar TKC International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP). Program ini bertujuan untuk memberi khidmat komuniti dan kolaborasi antara kedua-dua pihak bagi menjayakan Taman Herba di TKC. Program ini juga dapat memberi pendedahan praktikal kepada pelajar DHL berkaitan kursus DYL10243 Soil Science, DYL20353 Nursery Management dan DYL20363 Plant Identification.
Bagi fasa pertama ini, pelajar ditugaskan untuk membuat bancuhan campuran tanah dan memenuhkan ruang kotak penanaman yang disediakan. Fasa kedua akan menyusul pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Simbolik perasmian projek ini telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Tunku Kurshiah iaitu Pn. Fathiiyah binti Mohd Fauzi@Mohd Pozi bersama Ketua Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Nilai Ts. Ahmad Yazid bin Rahman mewakili Pengarah. Pensyarah yang terlibat bagi fasa 1 ini adalah:
1. CA. Norhafizah binti Suhad (Pengarah Program)
2. Ts. Nur Azemah binti Aminludin
3. CA. Muhammad Fadhli Tariq bin Ishak
4. En. Mohd Hafiz bin Sulaiman
5. LAr. Yazidatul Fauziah binti Abdul Aziz
6. Pn. Nurul Shafiqah binti Sulaiman
27 - 28 OGOS 2025 | PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI (PKI) — PENGURUSAN POKOK MENGIKUT KAEDAH TERBAIK ARBORIKULTUR
Perkongsian kepakaran industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah Program Diploma Teknologi Hortikultur Landskap mengenai kaedah terkini dalam pengurusan pokok secara profesional berdasarkan prinsip Arborikultur.
Perkongsian ini melibatkan semua pensyarah Diploma Teknologi Hortikultur (DHL) dan telah disampaikan oleh beberapa Arborist bertauliah iaitu CA. Rosslan bin Yaacob, CA. Zailani bin Jamil, CA. Tan Kim Hock dan CA. Saiful dari Eclipse Green Sdn Bhd.
Melalui perkongsian ini, semua pensyarah DHL didedahkan cara terbaik pengurusan pokok secara teori dan aktiviti praktikal di lapangan. Semoga usaha dan ilmu yang disampaikan dapat diguna pakaidalam kehidupan seharian dan disampaikan ke generasi akan datang.
21 OGOS 2025
Assessment program using P5 framework bersama Think Plus Academy
Seramai 40 orang pensyarah dan staf Politeknik Nilai telah mengikuti kursus ini. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan Secretary General Sustainable Business Network Association Malaysia. Program ini telah memberi nilai tambah kepada warga PNS dalam melestarikan alam sekitar.
19 - 22 OGOS 2025 | INTERNATIONAL AGROFOOD AND BIOTECHNOLOGI FESTIVAL (iFAM) 2025– FORUM & NETWORKING SESSION
Delegasi Politeknik Nilai menyantuni jemputan Tongren Polytechnic University, Guizhou Province, China bagi International Agrofood and Pharma-Healthcare Industry Festival IFAMB@SEN2025): Networking Session selama 4 hari bermula 19 - 22 Ogos 2025 yang disertai seramai 10 orang pensyarah Politeknik Nilai dan seorang dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. LAr. Rohaniah binti Mohd Nor, Timbalan Pengarah, Bahagian Kurikulum mewakili Politeknik Nilai dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam Majlis Perasmian dan menandatangani LOI dengan Tongren Politechnic University. Deligasi Politeknik Nilai terdiri daripada Pn. Azilah binti Anuar selalu penyelaras Unit Pengantarabangsaan Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri, Pn. Siti Mas Irdawati binti Md. Shahroon, Ketua Program Diploma Teknologi Hortikultur Landskap, Ts. Nur Azemah binti Aminludin, Pengarah Program iFAMB@SEN2025 dan pensyarah-pensyarah Jabatan Agroteknologi & Bio- Industri serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
Delegasi Politeknik Nilai menyantuni jemputan International Agrofood snd Biotechnologies Festival (iFAM) meneruskan aktiviti forum dengan lawatan ke Tongren Polytechnic University. Fakulti yang dilawati adalah Fakulti Agronomi, Farmasi & Perubatan dan Fakulti Kejuruteraan Pertanian.
Pada sebelah petang, lawatan ke sekitar Tongren City iaitu Muzium Tongren dan 'Tongren Ancient City'.
20 OGOS 2025 | GREEN DAY @PNS 2025
Smart Green dengan kerjasama JPP PNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan PNS dan semua jabatan/unit atas sokongan terhadap program Green day@PNS 2025 . Program ini melibatkan 315 orang pelajar Kursus Green Technology Compliance, Kelab Mesra Alam, Kelab Inovasi dan Sukan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:
Pengurusan Sisa
Penjanaan Cahaya - menggunakan air dan peluntur
Penanaman 60 Pokok Hiasan
Pengurusan Pengangkutan Mapan
Pengurusan Air Hujan - Pembinaan tangki takungan air hujan
Semua pelajar memakai pakaian warna bendera Malaysia sempena menyambut bulan kemerderkaan Malaysia.
Tahniah di atas kejayaan pada harini..Semoga usaha pada hari ini boleh MERDEKA kan minda kita ke arah mewariskan alam ini kepada generasi seterusnya.
Jumpa lagi di program Smart Green akan datang.
PNS ke arah Kampus Hijau
CATCH ON CAMERA GREEN DAY @ PNS 2025
Penanamaman 60 Pokok Hiasan
Pengurusan Air Hujan
Pengurusan Sisa
Pengurusan Pengangkutan Mampan
Penjanaan Cahaya
Majlis Penutup
LAWATAN TEKNIKAL DYL20363 PLANT IDENTIFICATION
20 OGOS 2025
Lawatan Teknikal DYL20363 Plant Identification Diploma Teknologi Hortikultur Landskap, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Nilai ke Pusat Herbarium Taman Botani Putrajaya Sesi I: 2025/2026.
Lawatan ini melibatkan pelajar-pelajar kelas DHL2A dan DHL2B seramai 55 orang pelajar. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pengenalan kepada Plant Identification dan proses penghasilan herbarium mengikut kursus DYL20363 Plant Identification.
Pelajar juga berpeluang ke Makmal Penghasilan Herbarium Taman Botani Putarajaya dan mengenal beberapa spesies tumbuhan yang terdapat di sekitar taman ini menaiki buggy. Pensyarah pengiring yang terlibat adalah LAr. Yazidatul Fauziah binti Abdul Aziz.
Kempen Green@Day PNS _trash for cash_
Tarikh: 18 - 19 Ogos 2025 (Isnin - Selasa)
Tempat: Politeknik Nilai (Bangunan Pentadbiran, JAB, JKM, JP, JPA & JMSK)
Jom sertai kempen kitar semula dan dapatkan mata ganjaran!
Bawa sisa kitar semula yang berikut:
1. Kertas
2. Kotak
3. E-Waste
4. Botol Plastik
5. Logam
Lokasi dengan mata ganjaran terbanyak akan memenangi wang tunai tambahan sebanyak RM100.00!
Tidak termasuk dalam mata ganjaran:
6. Minyak Masak Terpakai
7. Pakaian Terpakai
8. Mushaf Al-Quran Yang Uzur
Sediakan lokasi pengumpulan
Daftar mengikut lokasi untuk mendapatkan mata ganjaran melalui pautan berikut:
Cetak _bar code_ sewaktu pengumpulan oleh pihak SWM
Tarikh pengumpulan oleh SWM Corp Sdn Bhd pada Rabu jam 8.30 pagi.
Mari bersama-sama kita menjayakan inisiatif hijau ini!
Jadikan Politeknik Nilai lebih hijau dan lestari!
14 & 15 Ogos 2025
Seminar Penulisan Hijau 2025
Innovation Towards Sustainability Empowerment
Selitar pembentangan secara dalam talian staf Politeknik Nilai.
https://lnk.bio/SeminarPenulisanHijau2025 .
Mari membeli sambil berwafaf
Mari semua sama-sama meriahkan Program Jom Sihat Sempena Hari Bersama Pelanggan pada 14 Ogos 2025 (Khamis). Jangan lupa untuk singgah ke Booth Pusat Islam di Dewan Sri Putra.
Dengan setiap pembelian Preloved Item, semua hasil jualan akan disumbangkan ke akaun Dana Waqaf Pusat Islam Al-Kautsar.
11 Ogos 2025 | 10.00 pagi Bilik Hibiscus, Politeknik Nilai
Unit Pembangunan Teknologi (COT) Politeknik Nilai mengadakan perbincangan dengan Smart Manufacturing Research Institute (SMRI), UiTM Shah Alam dalam usaha membangunkan reka bentuk tempat letak kenderaan pelajar yang mesra alam dan mampan. Sustainable Pervious Parking System with Integrated Underground Storage for Circular Water Management and Green Infrastructure
Program ini dihadiri oleh Prof Madya Ir.Ts.Dr Renga Rao Krishnamoorthy, Ketua Unit Smart Manufacturing Research Institute. Turut hadir En. Shuharzi bin Md Salleh, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) dan LAR. Dr. Fara Diba binti Badrul Hisham, Ketua Unit Pembangunan Teknologi (COT) Politeknik Nilai untuk membincangkan idea dan konsep reka bentuk bagi manfaat pelajar.
Lawatan Industri Diploma Bioteknologi (DBT) – Jabatan Agroteknologi & Bioindustri, Politeknik Nilai ke Indah Water Konsortium (IWK)
Pada 6 Ogos 2025, pensyarah dan pelajar daripada Diploma Bioteknologi (DBT), Jabatan Agroteknologi & Bioindustri, Politeknik Nilai telah mengadakan Lawatan Industri ke Indah Water Konsortium (IWK). Lawatan ini diketuai oleh En. Is Aizat bin Samsuri, pensyarah Jabatan Agroteknologi & Bioindustri.
Lawatan ini diadakan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan geran projek T-ARGS serta menyokong pelaksanaan Projek Tahun Akhir (FYP) pelajar. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses pengurusan dan rawatan air kumbahan, teknologi moden yang digunakan dalam industri, serta kepentingannya dalam memelihara kelestarian alam sekitar.
Sepanjang lawatan, peserta berpeluang menghadiri taklimat teknikal, menyaksikan operasi di fasiliti rawatan air kumbahan, serta mendapatkan pandangan industri bagi memperkukuh penyelidikan dan pembangunan projek berkaitan bioteknologi dan pengurusan air.
Pihak Jabatan Agroteknologi & Bioindustri, Politeknik Nilai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IWK atas penerimaan mesra dan perkongsian ilmu yang amat bermanfaat. Semoga kerjasama ini dapat menyumbang kepada kejayaan projek penyelidikan dan inovasi pelajar pada masa hadapan.
Pembuatan kompos untuk pertanian lestari
Satu perbincangan telah diadakan pada 1 Ogos 2025
1 Ogos 2025 AKTIVITI PELUPUSAN
Politeknik Nilai melalui Unit Pengurusan Aset telah melaksanakan aktiviti pelupusan barang terpakai dan kitar semula sebagai langkah menyokong amalan hijau dan pengurusan sisa yang mampan.
🔎 Anggaran Timbangan Pelupusan :
🔹 Kerusi plastik/logam: ± 300 kg
🔹 Palet kayu: ± 150 kg
🔹 Sisa logam & plastik keras: ± 100 kg
📦 Jumlah keseluruhan: ± 550 kg bahan pelupusan
✅ Inisiatif ini sejajar dengan hasrat institusi untuk memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga politeknik serta menyokong pelaksanaan ekonomi sirkular ke arah Kampus Lestari.
1 OGOS 2025 | PUBLISITI INTERNATIONAL AGROFOOD AND BIOTECHNOLOGY FESTIVAL @SPECIAL EDUCATION NEEDS 2025 (iFAMB@SEN2025)
Unit Komunikasi Korporat (UKK) terus membuat publisiti dan hebahan program International Agrofood and Biotechnology Festival @Special Education Needs 2025 (iFAMB@SEN2025) yang akan berlangsung pada 22 - 24 September 2025. Pihak UKK telah menjemput wartawan dari Utusan Malaysia untuk membantu dalam publisiti dan hebahan tersebut.
1 OGOS 2025 | PROGRAM GOTONG ROYONG JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah melaksanakan Program Gotong Royong yang melibatkan pelajar semester 1. Aktiviti tersebut adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar kepada aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh jabatan. Terima kasih diucapkan kepada para pelajar yang telah memberi sepenuh tenaga membantu jabatan bagi menjayakan program ini.
MESYUARAT UNIT SMARTGREEN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM KAMPUS LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (KLAAS) 2025- 2027
30 Julai 2025
Smartgreen Politeknik Nilai telah mengadakan sesi merangka roadmap bagi pertandingan Kampus Lestari Anugerah Alam Sekitar (KLAAS) 2025-2027.
Pertandingan ini merupakan anjuran Jabatan Alam sekitar dan melibatkan KPT dan KPM. Pertandingan ini menawarkan hadiah kemenangan sejumlah 20,000.00 per kategori.
Maklumat telah dibentangkan oleh Pn Quyrul Zeta binti Ishak. Mesyuarat turut dihadiri oleh En Shuharzi bin Md Salleh, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Dr Wan Nor Aishah binti Wan Omar Penyelaras smartgreen Politeknik Nilai.
SDG4: QUALITY EDUCATION
SDG11: SUSTAINABLE CITIES AND COMMUNITIES
SDG13: CLIMATE ACTION
LAWATAN PENANDAARASAN KE INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG (ITB) INDONESIA BAGI PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN DATA KAMPUS HIJAU
28 Julai 2025
Lawatan penandaaras ini diadakan sebagai inisiatif memperkukuh amalan hijau dan landskap lestari di Politeknik Nilai. Lawatan ini berfokus kepada pengurusan tenaga, bangunan pintar, sistem kampus Lestari dan amalan terbaik berkaitan pengurusan landskap dan kemampanan di Instutut Teknologi Bandung Indonesia.
Lawatan ini telah diketuai oleh:
• Lar. Dr. Fara Diba Binti Ketua unit Pembangunan Teknologi (COT) dan
• Dr Wan Nor Aishah Binti Wan Omar Penyelaras Smartgreen Politekknik Nilai.
Lawatan ini disambut baik oleh perwakilan ITB yang terdiri dari:
• Atika Irawan, SBM, M.Sc. – School of Business and Management ITB
• Dr. Nur Ahmadi, S.T., M.Eng., Ph.D. – Deputi Direktur Bidang Riset dan Diseminasi, DRI ITB
• Dr. Melia Famiola, S.T.P., M.T., Ph.D. – Deputi Direktur Bidang Pengembangan Bisnis Kawasan, DKST ITB
• Dr. Taufikurahman – Fakultas Ilmu dan Teknologi Hayati (SITH) ITB
Institut Teknologi Bandung (ITB) merupakan antara universiti teknikal paling berprestij di Indonesia dan Asia Tenggara. ITB terbuka untuk program pertukaran pelajar, penyelidikan bersama, dual degree, dan kolaborasi pengajaran. Selain itu terdapat beberapa potensi bagi kolaborasi :
• Innovation and Entrepreneurship Development Institute (LPIK-ITB): pusat inkubator dan pemacu startup teknologi.
• Smart City and Community Innovation Center (SCCIC) – sesuai untuk lawatan berkaitan pembangunan bandar pintar, IoT dan analitik data.
• Bioenergy & Chemurgy Research Center – lawatan teknikal dalam bioindustri dan tenaga alternatif.
Lawatan boleh fokus kepada pengurusan tenaga, bangunan pintar, dan sistem kampus lestari.
Lawatan ini turut membuka ruang kepada kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Indonesia dalam memajukan amalan lestari, inovasi hijau serta penyelidikan bersama. Semoga jaringan ini dapat memperkasa lagi usaha ke arah pembangunan institusi Lestari.
SDG4: QUALITY EDUCATION
SDG11: SUSTAINABLE CITIES AND COMMUNITIES
SDG13: CLIMATE ACTION
LAWATAN PENANDAARASAN KE UI GREEN MATRIC OFFICE, UNIVERSITAS INDONESIA BAGI PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN DATA KAMPUS HIJAU
25 Julai 2025
Lawatan penandaaras ini diadakan sebagai inisiatif memperkukuh amalan hijau dan landskap lestari di Politeknik Nilai. Lawatan ini memberi peluang untuk melihat secara langsung amalan terbaik berkaitan pengurusan landskap dan kemampanan di universitas Indonesia.
Lawatan ini telah diketuai oleh Lar. Dr. Fara Diba Binti Ketua unit Pembangunan Teknologi (COT) dan Dr Wan Nor Aishah Binti Wan Omar Penyelaras Smartgreen Politekknik Nilai. Lawatan ini disambut baik oleh Dr. Vishnu Juwono, Pengerusi, UI GreenMetric Universitas Indonesia.
Lawatan Penandaarasan ke Pejabat UI GreenMetric, Universitas Indonesia telah berlangsung dengan jayanya bagi tujuan perkongsian maklumat, pertukaran data dan pemahaman lebih mendalam berkaitan pelaksanaan indikator-indikator kelestarian kampus. Lawatan ini turut membuka ruang kepada kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Indonesia dalam memajukan amalan lestari, inovasi hijau serta penyelidikan bersama. Semoga jaringan ini dapat memperkasa lagi usaha ke arah pembangunan institusi Lestari.
SDG4: QUALITY EDUCATION
SDG11: SUSTAINABLE CITIES AND COMMUNITIES
SDG13: CLIMATE ACTION
24 - 26 JULAI 2025 | FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD), STRATEGI PENGURUSAN BENCANA PESISIR DAN PENYELARASAN DATA INDEKS HAKISAN PANTAI
En. Mohd Khairulhazlan bin Mohamed Zam, Ketua Unit Pembangunan dan Senggaraan, Politeknik Nilai telah dijemput sebagai panel dalam Focus Group Discussion (FGD) bagi Strategi Pengurusan Bencana Pesisir dan Penyelarasan Data Indeks Hakisan Pantai yang telah berlangsung di Bilik Seminar, Swiss - Belhotel, Kuantan, Pahang.
Penglibatan julung kali Politeknik Nilai bersama Universiti Awam dan Agensi Awam pada sesi ini merupakan satu strategi mampan pendidikan TVET Politeknik dalam memacu sokongan dan dokongan dalam menyumbang kepada SDG 13: Climate Action dan SDG 14: Life Below Water.
Seminar yang dikelola oleh Institut Oseanografi dan Sekitaran, UMT ini turut dihadiri oleh Prof Madya Dr. Effi Helmi bin Ariffin (UMT), Ts. Dr. Mohd Azlan bin Musa (UMT), En. Mohd Khairulhazlan bin Mohamed Zam (PNS), Prof Madya Dr. Muhammad Zahir bin Ramli (UIAM), Dr. Muhammad Shahzril Idris bin Ibrahim (UM) dan Dr. Muhamad Zaki bin Zulkifli (UMT), Ir. Ts. Muhammad Rizal bin Razali (NAHRIM), Dr. Mardiha binti Mokhtar (UTHM), Ir. Wan Norshuhada binti Khairuddin (JPS).
19 Mei - 22 JULAI 2025 | AKTIVITI PERMODELAN FIZIKAL BAGI PROJEK GERAN PENYELIDIKAN PROGRAM PADANAN INDUSTRI (IMAP)
Aktiviti Permodelan Fizikal bagi projek geran Penyelidikan Program Padanan Industri (IMaP) bertempat di Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia.
En. Mohd Khairulhazlan bin Mohamed Zam, Pensyarah Utama di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal selaku penyelidik bersama dibantu oleh Priyadarshan a/l Saravanan, Pelajar Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal telah berjaya menamatkan aktiviti Permodelan Fizikal bagi Projek Geran IMaP yang bermula 19 Mei 2025 dan berakhir pada 22 Julai 2025.
Pelaksanaan aktiviti projek ini merupakan program penyelidikan bersama antara UMT-Politeknik Nilai-UM-UIAM-NAHRIM melalui kelulusan geran peruntukan daripada KPT sebanyak RM240,200.00 dan peruntukan daripada industri sebanyak RM92,000.00 yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Effi Helmi bin Ariffin (UMT), Ts. Dr. Mohd Azlan bin Musa (UMT), En. Mohd Khairulhazlan bin Mohamed Zam (PNS), Prof Madya Dr. Muhammad Zahir bin Ramli (UIAM), Dr. Muhammad Shahzril Idris bin Ibrahim (UM) dan En. Mohd Kamarul Huda bin Sameon (NAHRIM).
21 Julai 2025: GOTONG-ROYONG TAMAN HIJAU JPA
Semua staf JPA telah bersama-sama membersihkan sampah dan bahan buangan taman untuk memastikan tanaman dan sayuran yang telah habis hayatnya ditanam semula dan diberi nafas baharu. Daun-daun dan pokok yang layu dan berpenyakit disisihkan dan dibuang secara berasingan agar tidak menjangkiti pokok-pokok lain. Pokok-pokok yang memerlukan cahaya matahari untuk berbunga dialihkan dari tempat teduh ke tempat yang mempunyai pencahayaan yang banyak. Tanah yang keras telah digemburkan semula agar akar pokok mudah menjalar dan mendapat nutrien. Pokok-pokok yang membesar dengan baik ditangkas dan dijadikan sumber pembiakan. JPA juga telah berjaya mengumpulkan sumbangan seperti tanah organik, pelbagai jenis pokok, baja, dan sebagainya daripada staf.
Pertandingan INNOVATHON
Musim Ke-3
5 Julai 2025
Penganjur: ASTRO & MOSTI
Produk_1 : Aqua Floc Waste (AquaFloW) - Stage 2
Produk_2 : Switchless Kit - Stage 3
PROGRAM CSR HIJAUKAN DUNIA SI MANJA
1 JULAI 2025
Program CSR Hijaukan Dunia Si Manja anjuran Taska & Tadika KEMAS Kg. L.B. Johnson 1 & 2 telah berjaya dilaksanakan. Program ini mendapat suntikan semangat luar biasa daripada seramai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan sokongan Politeknik Nilai. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya:
1) Perkongsian ilmu berkaitan penjagaan tanaman dan langkah keselamatan ketika aktiviti penyelenggaraan
2) Penyediaan media tanaman dan aktiviti menanam pokok
3) Menggembur tanah di planter box
4) Penyelenggaraan
5) Mengecat sebahagian bangunan tadika dan permainan seperti buaian & gelongsor
6) Menghias dalaman taska bagi mewujudkan suasana ceria dan mesra kanak-kanak
Program ini bukan sahaja menyemai kesedaran hijau dalam kalangan warga pendidik dan komuniti, malah turut memberi impak positif dalam memperkukuh jenama dan reputasi Politeknik Nilai (PolyCC) di peringkat komuniti setempat. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini!
BENGKEL PENULISAN KERTAS KAJIAN KAMPUS HIJAU SEMPENA PERTANDINGAN SustAwaard 2025.
Seperti yang telah dirancang, Smart Green, Politeknik Nilai telah berjaya menganjurkan Bengkel Penulisan Kertas Penyelidikan Kajian Kampus Hijau bagi menggalakkan warga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesedaran alam sekitar di Politeknik Nilai, Bengkel diadakan pada 24 Jun 2025 (Selasa) bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Cattleya, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL). Ini bertujuan memperkukuh amalan hijau dan landskap lestari di politeknik Nilai. Program ini telah menghasilkan 14 kertas penyelidikan berkaitan kampus hijau di Politeknik Nilai merangkumi 7 Bidang Tujahan dalam blueprint Smart Green Polycc
Smart Green Politeknik Nilai menganjurkan program bengkel penulisan kampus hijau. Ini bertujuan memperkukuh amalan hijau dan landskap lestari di politeknik Nilai. Program ini telah menghasilkan 14 kertas penyelidikan berkaitan kampus hijau di Politeknik Nilai merangkumi 7 Bidang Tujahan dalam blueprint Smart Green Polycc
Taklimat Bengkel disampaikan oleh pengarah program Puan Nur Izdiha Binti Sulaiman manakala LAr. Dr. Fara Diba binti Badrul Hisham dijemput sebagai tenaga pengajar.
SDG 6: CLEAN WATER AND SANITATION
SDG 7: AFFORDABLE AND CLEAN ENERGY
SDG 11: SUSTAINABILITY CITIES AND COMMUNITIES
SDG 13: CLIMATE ACTION
SDG 15: LIFE ON LAND
'PNS towards achieving sustainable development goal (SDG)'
📌 Sesi Taklimat Kajian Kampus Hijau bagi Pertandingan POLYCC Sust Award 2025
Tarikh: 10 Jun 2025 (Selasa)
Masa: 3.00 – 4.00 petang
Tempat: Bilik Cattleya
Peserta: Ketua Penyelidik dari semua Bidang Tumpuan yang terlibat
Taklimat ini bertujuan untuk memantapkan perancangan penyelidikan Kajian Kampus Hijau PNS yang akan mewakili Politeknik Nilai ke peringkat kebangsaan.
Fokus Bidang Tumpuan (BT):
🌿 BT2: Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim
🌿 BT3: Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap
🌿 BT4: Pengurusan Sisa
🌿 BT5: Pengurusan Air
📅 Aktiviti Susulan:
🔔 23 Jun 2025 (Isnin)
➡️ Perjumpaan semakan Paperwork Kajian Kampus Hijau peringkat PNS
🔔 24 Jun 2025 (Selasa)
➡️ Bengkel Penulisan Kertas Penyelidikan Kajian Kampus Hijau
📣 Sama-sama kita jayakan inisiatif hijau ini demi memartabatkan Politeknik Nilai sebagai Kampus Hijau yang lestari.
25 APRIL 2025 | PROGRAM PENYEDIAAN PENYIAPAN PROJEK PENYELIDIKAN PENGELUARAN BIOGAS
Program penyediaan peralatan untuk projek penyelidikan TVET di bawah tajuk "Aplikasi Sistem Pemantauan IoT dalam Penghasilan Tenaga Alternatif Lestari Melalui Biogas" bertempat di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Tujuan program ini adalah untuk melengkapkan keperluan penyelidikan yang melibatkan aspek praktikal dan teknikal berkaitan pengeluaran biogas. Program ini diiringi oleh Encik Is Aizat bin Samsuri selaku ketua penyelidik projek.
Pameran Hortikultur Landskap
6 Mei 2025 | Pameran Hortikultur Landskap Sesi: Ii 2024/2025, Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL), Jabatan Agroteknologi Dan Bio Industri, (JAB)
LAWATAN PENANDAARASAN
MEI 20, 2025 | LAWATAN TEKNIKAL ANJURAN LEMBAGA TEKNOLOGI MALAYSIA (MBOT)
Lawatan Politeknik Nilai berkenaan Teknologi Berasaskan Agro (AF) ke dua lokasi utama iaitu The Acre by Farm Fresh dan ITAFOS, UPM di Serdang. Lawatan ini memberi peluang kepada para peserta untuk melihat secara dekat operasi ladang tenusu moden serta penerapan teknologi pertanian pintar yang dijalankan oleh pihak industri dan akademik.
Program ini sangat bermanfaat dalam memberikan pendedahan kepada amalan terbaik industri agro serta membuka ruang kolaborasi antara teknologis, penyelidik dan industri.
2 – 18 MEI 2025 | KURSUS IMPROVING DIGITAL READINESS AND RESILIENCE OF TVET SYSTEMS IN ASEAN ANJURAN AUSTRALIAN GOVERNMENT
Ts. Noor Atiqah binti Sanudin, pensyarah Program Diploma Teknologi Hortikultur Landskap, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Nilai telah terpilih menyertai Kursus Improving Digital Readiness and Resilience of TVET Systems in ASEAN di Melbourne dan Adelaide, Australia. Kursus anjuran Australian Government ini menghimpunkan seramai 25 orang peserta dari Negara ASEAN termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Laos dan Vietnam. Diselia oleh RMIT University, program ini merangkumi lawatan, kajian kes, kuliah, sesi perbincangan dan perkongsian pengalaman mengenai pembangunan serta kesiapsiagaan digital di institusi TVET Australia.
Festival TVET (FesTVET) 2025
Tarikh: 29 April 2025
Aktiviti: Pameran projek pelajar berkaitan inovasi TVET, termasuk produk hijau, sistem pertanian pintar, dan tenaga boleh diperbaharui.
Objektif PdP: Mengintegrasikan pembelajaran berasaskan projek (PBL) dan kelestarian dalam penilaian akhir pelajar.
DRM Recharge 2025 & Forum: Sustainability and Eco-Friendly Practices
10 April 2025 | Penganjur: Program Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM)
Aktiviti: Forum yang menekankan amalan kelestarian seperti pengurangan penggunaan plastik, inisiatif kitar semula, dan kempen bawa beg sendiri.
Objektif: Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap amalan mesra alam dalam sektor peruncitan.
Bengkel OBE dan Interpretasi Kurikulum Diploma Bioteknologi
Tarikh: 7 Januari 2024
Aktiviti: Bengkel pengukuhan PdP berasaskan OBE (Outcome-Based Education) dan penyesuaian kurikulum dengan elemen kelestarian bioteknologi.
Objektif PdP: Menggalakkan pendekatan sistemik dalam mengintegrasikan isu kelestarian dan teknologi hijau dalam pengajaran sains hayat.
Program Kitar 3R Pelajar Kamsis PNS
22 Januari 2025 | Program Kesedaran Alam Sekitar melibatkan taklimat, demonstrasi dan pengumpulan bahan kitar semula oleh pelajar asrama.
Objektif PdP: Mendidik pelajar dengan pendekatan berasaskan pengalaman (experiential learning) terhadap amalan 3R – Reduce, Reuse, Recycle.