Sumber: Youtube
AI bermaksud keupayaan mesin atau komputer untuk meniru cara pemikiran manusia seperti:
Membuat keputusan
Belajar daripada data
Memahami bahasa
Mengenalpasti corak atau tingkah laku
Bahasa paling mudah :
AI ialah sistem komputer yang direka untuk meniru keupayaan berfikir dan belajar seperti manusia.
👩👧👦 1. Ibu-ibu / Bapa-bapa :
Cari resepi di YouTube atau Google
AI cadangkan resepi ikut apa yang selalu tonton
Guna Google Maps / Waze
Arah jalan paling cepat ke pasar atau sekolah → AI ramal trafik
🧑🏫 2. Guru / Cikgu
Check ejaan dan tatabahasa automatik dalam Microsoft Word : AI bantu tulis dengan betul
🎒 3. Pelajar Sekolah
YouTube cadang video ulangkaji (AI bantu berdasarkan tontonan pelajar lain)
4. Pelajar IPT
Autocorrect dalam telefon bila menaip mesej
Google Scholar saran artikel kajian ikut bidang
🧑🏭 5. Pekerja Industri / Kilang
Mesin ramal bila perlu servis – predictive maintenance
Fikir dan kongsi:
AI apa yang anda guna hari ini?
Dunia sekarang banyak guna AI – dalam bisnes, media, pendidikan
AI bukan untuk orang IT sahaja – semua orang boleh guna
AI bantu kita jadi lebih cekap, kreatif & inovatif
Generative AI (Kecerdasan Buatan Penjanaan) ialah sejenis kecerdasan buatan yang mampu menghasilkan kandungan baharu seperti teks, gambar, muzik, video, suara, kod, dan banyak lagi. Ia berfungsi dengan menganalisis corak daripada data yang dipelajarinya, kemudian menggunakan pengetahuan tersebut untuk mencipta sesuatu yang baru dan bermakna.
Teks
Contoh: ChatGPT, Gemini
Fungsi: Menulis artikel, menjawab soalan, menyusun dokumen.
Imej
Contoh: DALL·E, Midjourney, Stable Diffusion
Fungsi: Menjana imej berkualiti tinggi dari deskripsi teks.
Muzik
Contoh: Suno, Soundraw, AIVA
Fungsi: Menghasilkan muzik baru secara automatik.
Video
Contoh: Runway ML, Sora
Fungsi: Menjana video dari teks atau imej.
Suara
Contoh: Google Text-to-Speech
Fungsi: Menghasilkan suara dari teks dengan emosi dan intonasi tertentu.
Tak semua jawapan betul
Kadang-kadang AI bagi maklumat yang salah atau mengelirukan.
Kualiti idea jadi 'salin dan tampal'
Ramai pelajar hanya salin dari AI tanpa faham, jadi kurang asli dan kritikal.
Guna dengan tanggungjawab
Jangan guna AI untuk menipu, plagiat, atau buat kerja haram.
Guna untuk bantu, bukan ganti semua
AI patut jadi pembantu – manusia tetap perlu fikir, faham dan nilai.
Nota: "AI ni dah bantu kita setiap hari – masa cari jalan, tulis ayat, cari resepi, tengok video, atau buat kerja. Kadang kita tak sedar pun, tapi AI memang ada di sekeliling kita."