Design Thinking ialah satu proses untuk cipta idea atau penyelesaian yang benar-benar berguna dan relevan kepada orang lain. Kita tak terus reka, kita mula dengan faham dulu masalah sebenar pengguna.Β
Pelajar sering kehilangan kasut kerana semua kasut seragam warna sama, tiada tempat simpan khas yang selamat, dan mudah tertukar.
1. EMPATHY (Fahami masalah) - Brainstorm
π Letak diri kita dalam situasi orang yang hadapi masalah.
πTeknik 5W1H paling sesuai digunakan dalam fasa awal Design Thinking .
πGunakan 5W1H untuk: Menggali maklumat tentang siapa pengguna, Apa masalah mereka, Di mana & Bila masalah berlaku, Kenapa ia terjadi, Bagaimana keadaan.
Contoh Prompt - Brainstorm
πContoh 1
"Berdasarkan trend inovasi pada tahun 2025, apakah potensi produk inovasi yang boleh dilaksanakan dan dikomersilkan (aktifkan search web)Β
πContoh 2Β
Taip idea awalan sebagai contoh
"Saya menghadapi satu masalah di sekolah dimana ramai pelajar hilang kasut sebab kasut seragam warna sama (hitam), tiada tempat simpan yang selamat, dan mudah tertukar. Apakah cadangan anda untuk masalah ini?"Β
"Guna teknik 5W1H, bantu saya kenal pasti maklumat tentang masalah pelajar kehilangan kasut di sekolah."
Guna Teknik 5W1H:
Who (Siapa)
Pelajar sekolah rendah dan menengah
What (Apa)
Kasut sering hilang, tertukar atau dicuri ketika diletak di luar kelas/surau.
When (Bila)
Waktu rehat, waktu solat, atau waktu aktiviti di dewan.
Where (Di mana)
Di luar surau, bilik darjah, dewan atau kawasan rak kasut terbuka.
Why (Kenapa)
Semua kasut sama warna (hitam/putih), tiada tanda nama, tiada tempat simpan khas.
How (Bagaimana)
Kasut diletakkan di tempat terbuka, berterabur, atau di rak biasa tanpa sistem keselamatan.
** Mengumpul maklumat asas**
2. DEFINE (Kenal pasti masalah sebenar)
π Kumpul semua maklumat dan nyatakan masalah dengan jelas.
πSelepas dapat data dari 5W1H, susun dan simpulkan kepada satu kenyataan masalah yang jelas.
β Tiada tempat selamat dan sistematik untuk simpan kasut sekolah, menyebabkan kasut mudah hilang atau tertukar.
Teknik Prompting
rangka penulisan prompt yang lebih jelas dan terarah.
RTF (Role + Task + Format) - bantu arahkan output dengan jelas.Β
Act like a [insert the role you want AI to take]. Give me a [insert task] in [insert format] format.
"Sebagai seorang Product Designer, cipta satu produk inovasi untuk selesaikan masalah ramai pelajar hilang kasut sebab kasut seragam warna sama, tiada tempat simpan yang selamat, dan mudah tertukar dan berikan saya reka bentuk sistem terperinci dalam format laporan berstruktur dengan menggunakan analisis 5W1H."
Chain-of-Thought (COT) - galakkan ChatGPT untuk berfikir langkah demi langkah.Β
[insert your prompt instructions]. Let's think through it step-by-step.
"Cipta satu produk inovasi untuk selesaikan masalah ramai pelajar hilang kasut sebab kasut seragam warna sama, tiada tempat simpan yang selamat, dan mudah tertukar dan sediakan langkah demi langkah dengan menggunakan analisis 5W1H."
** Rangka dan fokus kepada masalah sebenar **
3. IDEATE (Jana pelbagai idea penyelesaian)
π Sekarang baru kita cari sebanyak mungkin idea. Jangan terus nilai β semua idea diterima dulu. Teknik "Bagaimana jika.."
Contoh Prompt umum untuk brainstorm idea
"Senaraikan 5 idea penyelesaian kreatif untuk mengelakkan pelajar daripada kehilangan kasut di sekolah. Jangan nilai dulu β hanya senaraikan idea yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah."
π Ubahsuai idea-idea yang dicadangkan dengan menggunakan teknik SCAMPER.
SCAMPER ialah satu teknik pemikiran kreatif dan inovasi yang digunakan untuk menjana idea baharu, menambah baik produk, atau menyelesaikan masalah dengan melihat sesuatu dari pelbagai sudut.Β
SCAMPER = Substitute (ganti), Combine (gabung), Adapt (sesuaikan), Modify (ubahsuai), Put to another use (guna untuk tujuan lain), Eliminate (buang), Rearrange (susun semula).
Contoh Prompt
"Berdasarkan idea di atas, huraikan dengan menggunakan teknik SCAMPER dalam bentuk jadual."
Mempunyai sekurang-kurangnya 5β7 idea konkrit hasil gabungan brainstorming dan SCAMPER.
Pilih 1β2 idea terbaik untuk dibawa ke Fasa 4: Prototype.
4. PROTOTYPING (Rekabentuk produk awal)
π Membina gambaran awal penyelesaian yang telah dipilih dalam Fasa Ideate.
π Pilih idea terbaik dan buat model awal atau demo. Tak perlu sempurna.
Β
Contoh Prompt
"Lakar satu "Smart Locker Kasut" untuk pelajar sekolah. Lokasi di luar surau. Pelajar scan kad untuk buka pintu loker. Dalam loker ada ruang khas simpan kasut. Setiap loker ada lampu LED dan nombor. Pastikan rekaan sesuai dan selamat untuk murid sekolah rendah."
5. Test (Menguji dan Menambah baik idea)
π Tunjuk kepada pengguna sebenar dan tengok apa reaksi mereka.
π Jika tak sesuai, kita ubah suai dan ulang semula proses.
Kita akan dapat penyelesaian inovatif yang betul-betul sesuai dan berkesan untuk pengguna β bukan sekadar idea βsyok sendiriβ.
β Menggunakan kaedah Design Thinking, kami mencipta idea βSmart Locker Kasutβ untuk mengurangkan masalah kasut hilang di sekolah.Β
SCAN UNTUK KE PADLET (Kongsikan Masalah)