Dasar kualiti PBT
Dasar kualiti PBT adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang Digital Teknologi dan JRKV melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. PBT komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.
Pihak Pengurusan PBT bertekad dan komited dalam mengurus institusi pendidikan ini dengan sempurna bagi memastikan pencapaian matlamat dan objektif pendidikan yang dihasratkan oleh kerajaan. Sehubungan itu, pengurusan PBT akan memastikan segala perancangan dan tindakan yang dilaksanakan mengambilkira perkara-perkara berikut:
Menyokong misi dan visi.
Sesuai dengan tujuan, konteks dan objektif.
Memenuhi keperluan-keperluan yang dikenalpasti.
Berteraskan penambahbaikan berterusan.
Memenuhi tanggungjawab sosial.
Seiring dengan pembangunan dan perkembangan pendidikan, saintifik dan teknikal.
Mematuhi prinsip pengurusan harta intelek.
Mengambilkira keperluan dan hasrat pihak berkepentingan.