Unit Jaminan Kualiti (UJK)
Unit Jaminan Kualiti, Politeknik Besut Terengganu (PoliBesut) telah diwujudkan hasil inisiatif pihak pengurusan atasan PoliBesut bermula tahun 2021. Fokus utama adalah bagi memastikan kualiti program pengajian yang di tawarkan di PoliBesut memenuhi keperluan MQA. Keahlian UJK diketuai oleh Ketua Unit Jaminan Kualiti, dibantu oleh Pegawai Pengurusan Kualiti, Ketua Juru Audit Dalaman dan Penyelaras-penyelaras Kualiti Jabatan.
Fungsi UJK
Unit Jaminan Kualiti (UJK) merupakan unit yang mengurus dan mengendalikan pengurusan, perkhidmatan dan kemudahan meliputi:
Memastikan Politeknik Besut (PoliBesut) mempunyai satu dokumen Prosedur Kerja (PK) PoliBesutyang sistematik.
Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau PK selaras dengan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
Memantau, memberi cadangan, mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan PK.
Memantau urusan kemajuan dan status pencapaian KPI bagi PERSIST kepada Pengurusan Tertinggi sebagai pengukur keberkesanan pelaksanaan pelan tindakan setiap unit dan jabatan.
Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti akreditasi selaras dengan keperluan standard yang sedang berkuatkuasa.
Menyelaras dan merancang aktiviti audit dalaman PoliBesut dan melaporkan dapatan audit untuk tujuan penambahbaikan.
Memastikan semua program yang ditawarkan di PoliBesut diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Kualiti dilaksanakan bagi mengekalkan aspek jaminan kualiti program pengajian di PoliBesut.
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan UJK antaranya ialah:
Mengadakan mesyuarat Unit Jaminan Kualiti
Menguruskan Mesyuarat KSP 2 kali setahun
Mengawalselia urusan KPI (PERSIST) tahunan Politeknik Besut
Menguruskan urusan bengkel Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Politeknik
Mengadakan Audit Dalaman 2 kali setahun
Menguruskan urusan audit akreditasi bagi semua program dan urusan audit ISO pihak luar