UNIT JAMINAN KUALITI (UJK)
Politeknik Besut Terengganu
UNIT JAMINAN KUALITI (UJK)
Politeknik Besut Terengganu
Portal rasmi UNIT JAMINAN KUALITI POLIBESUT
Bagaimana Kita Saling Membantu?
Proses perolehan akreditasi merupakan satu perkara penting bagi menentukan tahap kualiti penawaran sesuatu program pengajian. Perolehan akreditasi melalui mana-mana badan yang berkenaan dilihat sebagai salah satu komitmen berterusan institusi dalam memastikan bakal graduan yang dilahirkan memenuhi keperluan standard dan piawaiaian yang ditetapkan. Atas sebab itu, unit ini ditubuhkan bagi membantu warga Politeknik Besut Terengganu untuk memahami keperluan standard yang ditetapkan dan secara langsung bersama-sama dalam usaha untuk mendapatkan perakuan akreditasi yang ditetapkan pihak pengurusan institusi. Selain itu, unit ini juga berperanan dalam merancang, mengurus dan melaksanakan urusan penilaian program pendidikan dan latihan bagi tujuan penambahbaikan berterusan berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh oleh Kerangka Kelayakan Malaysia atau piawaian badan-badan profesional yang lain. Ia juga berperanan dalam mengurus, memantau dan menyelaraskan urusan berkaitan KPI , Audit Dalaman, Takwim, Pelan Strategik, PeNA, Pemantauan PDP , Pengurusan Lean dan lain-lain aktiviti berkaitan dengan kualiti institusi.
Politeknik Besut Terengganu (PoliBesut) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.
Politeknik Besut Terengganu (PoliBesut)
BUKIT KELUANG, MUKIM KELUANG, 22200 BESUT TERENGGANU
Telefon : 09-6922999
Faks : 09-6922999