Selepas membuat bayaran yuran, perlu menunggu dalam 3-5 hari bekerja untuk data bayaran di muat naik ke dalam sistem. Setelah tempoh 3-5 hari bekerja, semak semula bayaran yuran dengan melayari portal pendaftaran pelajar baharu di http://spmp.polibesut.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp
LANGKAH 1:
Masukkan No IC dan klik butang Teruskan
LANGKAH 2:
Klik butang Semak Status Bayaran
Bagi yang telah selesai bayaran yuran dan data telah dikemaskini dalam sistem, berikut adalah paparannya:
Bagi yang belum selesai bayaran yuran/data belum dikemaskini dalam sistem, berikut adalah paparannya. Oleh itu perlu tunggu dan semak semula pada hari berikutnya
LANGKAH 3:
Membuat pendaftaran online sebagai pelajar Politeknik Besut. Langkah ini hanya boleh dibuat sekiranya telah selesai membuat bayaran yuran. Sila klik pada butang Teruskan Untuk Pendaftaran. Jika butang tersebut tiada, ini bermaksud data bayaran yuran masih belum ada dalam sistem. Oleh itu perlu menunggu dan semak semula pada hari berikutnya.
LANGKAH 4:
Berikut adalah paparan sekiranya telah selesai membuat pendaftaran. Pelajar diwajibkan untuk upload gambar berukuran pasport dengan klik pada butang Upload Gambar Kad Pelajar. Sila ikut panduan untuk jenis dan saiz gambar yang perlu diupload seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah:
LANGKAH 5:
Seterusnya pelajar perlu mencetak slip pendaftaran online dengan klik pada butang Cetak Slip. Berikut adalah paparan Slip Pendaftaran Online yang perlu dicetak. Dengan ini, tahniah! Anda telah menjadi pelajar Politeknik Besut Terengganu secara rasmi.