Untuk memastikan proses pendaftaran berjalan lancar, dimohon kepada semua pelajar baharu untuk mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1:
Cetak Surat Tawaran, Borang Jawapan Tawaran (BJT) dan Borang HEP1-6 di web ambilan polycc, https://ambilan.mypolycc.edu.my/ bermula 18 Jun 2025.
Langkah 2:
Mohon lengkapkan Borang Jawapan Tawaran (BJT). Pastikan BJT di tandatangan dan kesemua salinan dokumen yang diperlukan disertakan sekali. Pastikan semua salinan disahkan.
Langkah 3:
Menghantar Borang Jawapan Terima (BJT) yang lengkap bersama salinan dokumen yang diperlukan ke Politeknik dengan segera melalui kaedah email. Imbas/scan BJT dan semua salinan dokumen yang diperlukan, hantar ke email hep@polibesut.edu.my. BJT yang asal perlu dibawa ke Politeknik Besut semasa hari pendaftaran.
Langkah 4:
Semak semula status penerimaan BJT selepas TUJUH (7) hari bekerja dari tarikh penghantaran BJT di web ambilan polycc, https://ambilan.mypolycc.edu.my/. BJT yang diterima akan dipaparkan status terima seperti di bawah:
Langkah 5:
Bagi pelajar yang telah diterima BJT, pelajar boleh login ke portal pendaftaran pelajar baharu di http://spmp.polibesut.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk muat turun "Maklumat Am" yang mengandungi semua panduan pendaftaran pelajar baharu bagi Sesi I:2025/2026.
Panduan ini juga boleh dimuat turun terus di sini PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I: 2025/2026
Mohon ikuti semua langkah-langkah pendaftaran bagi memastikan urusan pendaftaran berjalan lancar.
Sementara itu, pelajar boleh mengisi dan melengkapkan borang HEP 1-6. Panduan untuk mengisi borang ini boleh merujuk buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu di ms 13.