Kepada semua pelajar baharu, anda DIWAJIBKAN untuk membuka akaun ASNB secara individu atas nama sendiri. PEMBERIAN RM50 UNIT AMANAH SECARA PERCUMA.
Kaedah pelaksanaan:
Pelajar perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran pengajian Diploma Politeknik melalui laman web https://ambilan.mypolycc.edu.my
Pelajar perlu membuka akaun ASNB secara individu atas nama sendiri selepas membuat pengesahan setuju terima tawaran dan sebaiknya sebelum proses pendaftaran diri di Politeknik Besut Terengganu pada 27 Julai 2025.
Urusan pembukaan akaun ASNB perlu dilakukan secara atas talian melalui aplikasi MyASNB. Pelajar hanya perlu mendaftar akaun melalui aplikasi tersebut tanpa sebarang bayaran permulaan dan memasukkan kod rujukan ‘Celik MADANI’ untuk pengkreditan RM50 unit amanah secara percuma.
4. Sila rujuk KIT SELAMAT DATANG ASNB CELIK MADANI atau scan QR di bawah untuk cara mendaftar dan
soalan soalan lazim.
5. Selepas berjaya membuka/mengemaskini akaun, pelajar perlu mengisi maklumat berkaitan dan nombor akaun ASNB (UHID) di link GOOGLE FORM ini, atau scan QR di bawah.