Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Pelajar
SIAPAKAH PELAJAR PBK?
Pelajar yang perlu menjalani proses pembelajaran yang tidak sama dengan pelajar lain.
Pelajar mempunyai keistimewaan/ keperluan tertentu.
Pelajar diberi ruang dan berhak untuk menyuarakan hak/bantuan.
Bantu PMJ untuk PMJ bantu kamu!
Antara pelajar yang boleh diklafikasikan sebagai PBK:
Pemegang kad OKU
Pelajar yang mempunyai penyakit kronik yang memerlukan alat bantuan khas cth : Sakit belakang kronik, buah pinggang (perlukan kerusi khas) dll . (Jika masalah kesihatan menyebabkan proses pembelajaran terganggu.)
Pelajar yang mengalami kecederaan tertentu kerana kemalangan cth: patah kaki, patah tangan dll (Jika masalah kesihatan menyebabkan proses pembelajaran terganggu.)
Contoh-contoh keperluan/kemudahan pelajar PBK:
Memerlukan masa tambahan menjawab peperiksaan/ujian/penilaian
Memerlukan bilik kamsis di aras bawah
Memerlukan tulisan yang besar untuk semua bahan nota dan soalan ujian
Jika anda pelajar PBK, sila maklumkan kepada:
• Pegawai Kebajikan Jabatan
• Penasihat Akademik
Bantu kami untuk kami bantu anda.