Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Berpandukan prinsip bahawa pelajar adalah keutamaan kami, aspek kebajikan pelajar sentiasa menjadi fokus utama di Politeknik Mersing Johor (PMJ). Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan mengurus segala perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di PMJ.
Secara umumnya, pengurusan kebajikan pelajar di bawah seliaan JHEP merangkumi perkara berikut:
Perlindungan insurans/takaful kepada semua pelajar yang berdaftar;
Pengesahan akuan rawatan bagi urusan rawatan hospital;
Penjagaan hal ehwal pelajar kurang upaya (OKU); dan
JHEP berperanan sebagai penghubung penting antara pelajar, pihak pengurusan dan agensi luar dalam usaha memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar terus terjamin selari dengan aspirasi PMJ sebagai institusi yang prihatin, progresif dan berfokuskan pembangunan holistik pelajar.