Google Workspace PKPS atau Gmail Alias adalah proses migrasi Email dari Roundcube Webmail PKPS ke Gmail dan pada masa yang sama menggunakan ekosistem Google.
Dengan Workspace, staf PKPS boleh menggunakan email rasmi PKPS untuk Log In, kongsi fail, komunikasi, penggunaan Ai Gemini, dokumen online dan banyak lagi.
Proses migrasi ini melibatkan 140 orang pengguna pertama dan dijangka selesai migrasi dalam tempoh sebulan. Lihat senarai pengguna disini
Antara ciri utama Google Workspace PKPS :
Migrasi Roundcube Webmail ke Gmail (data di roundcube tidak dipadam dan digunakan selari)
Gemini AI
Google Drive 2TB (2000GB) storan bagi setiap pengguna
Google Meet dengan Rakaman Mesyuarat
Perkongsian fail dan dokumen online dengan komen / chat / mentions
Google Calendar dengan tempahan bilik mesyuarat
Carian data/fail dalaman PKPS meliputi semua apps Google
Penggunaan domain pkps.gov.my bantu mengawal jejak audit fail
Pengaturan pengguna mengikut unit/sektor/bahagian dan pemindahan folder fail lebih mudah