Pengenalan Chatbot PKPS
Chatbot PKPS adalah sistem chat menggunakan e-borang (forms) untuk mendapatkan input daripada pengguna. Dengan itu Chatbot menggantikan sistem e-aduan PKPS. Laman web rasmi PKPS mempunyai 13 Chatbot mengikut channel
Kebaikan Chatbot
Pengguna tidak perlu daftar,login as guest seperti pada sistem e-aduan yang lama. Fungsi Chatbot adalah sama seperti e-aduan, bagi mendapatkan respon daripada pengguna.
Input/respon pengguna dihantar secara email ke Google Groups PKPS mengikut channel
Ejen Chatbot boleh reply email pengadu di google groups dan Gmail PKPS setelah mendapat email notifikasi
Ejen Chatbot tidak perlu login mana-mana Dashboard untuk reply email aduan kerana semuanya di Gmail masing-masing
Chatbot telah di integrasi dengan Google Groups untuk melabel tugasan dengan label (Complete atau Pending)
Di Googe Groups, memudahkan ejen yang ramai berinteraksi dan beri tugas (assign task) pada ejen yang berkenaan
Kenali 13 Chatbot PKPS
Channel Chatbot
Laluan Email Notifikasi Chatbot
Berikut adalah bagaimana email notifikasi sampai ke Gmail Ejen Chatbot secara pukal:
Channel Chatbot > Soalan Chatbot > Respon Pengguna > Google Groups > Email Ejen Chatbot
Perhatian: Ejen Chatbot tidak akan mendapat email notifikasi dan aduan tidak akan direkod sekiranya pengadu tidak melengkapkan soalan di Chatbot. Ini bagi mengelakkan bot spamming atau aduan palsu berganda.
Format Tajuk Email Notifikasi setiap Channel Chatbot yang akan diterima
Tajuk Email yang akan diterima: Nama Channel Chatbot + Perkara pertanyaan/aduan
Screenshot contoh tajuk:
Contoh format Email Notifikasi respon dari pengguna
Fail gambar juga akan dipaparkan di attachment Gmail sekiranya pengadu memuat naik (pilihan)
Kaedah melihat semua respon pengadu di Google Groups
Ejen Chatbot akan menerima email di Gmail, dengan data email atau nombor telefon yang diberikan, boleh lah reply secara langsung menggunakan gmail dengan hanya klik pada email mereka seperti screenshot di atas.
Di Google Groups, Ejen Chatbot boleh melihat semua Email Notifikasi bersama members yang lain sama seperti list email
Label kan tindakan aduan sebagai 'Complete' atau 'Pending'
Pilih email notifikasi yang berkaitan
Pilih butang Label
Dropdown akan menunjukkan Label 'Complete' dan 'Pending' , pilih satu
Label yang dipilih akan dipaparkan sebelah Tajuk Email tersebut supaya mudah di lihat
Anda boleh menambah label baru sendiri selain yang telah diberikan
Beri tugas pada rakan ejen
Pilih butang 'Assign to someone'
Taipkan email staf PKPS member group ini ,jika bukan group ini, klik email tersebut dan forward kepada penerima
Tuliskan nota pada mereka yang dipilih supaya mereka faham tugas yang diberikan
Sekian panduan Chatbot PKPS.
SIla hubungi pihak ICT jika ada penambahan soalan pada chatbot atau mula chatbot baru untuk kegunaan baru