Google Groups PKPS ialah perkhidmatan daripada Google yang membolehkan pengguna PKPS mencipta dan menyertai komuniti perbincangan dalam talian serta senarai e-mel berkongsi.
Dengan menggunakan satu alamat e-mel kumpulan, anda boleh menghantar satu mesej untuk menjangkau ramai orang pada masa yang sama. Contoh email kumpulan: laporanproduk@pkps.gov.my
Fungsi Utama Groups
Senarai E-mel: Hantar kemas kini atau pengumuman kepada pasukan atau kelab yang besar menggunakan satu alamat.
Forum Web: Hoskan papan mesej dalam talian untuk perbualan awam atau peribadi.
Peti Masuk Kolaboratif: Tugaskan dan jejak mesej secara bersama untuk alamat berkongsi seperti support@yourcompany.com.
Ciri-ciri Utama
Perkongsian Mudah: Kongsi Google Docs, Kalendar dan Drive dengan seluruh kumpulan serentak.
Akses Fleksibel: Gunakannya sebagai alat akaun peribadi percuma atau uruskannya melalui Google Workspace untuk perniagaan dan sekolah.
Penghantaran Tersuai: Pilih cara anda menerima pemberitahuan, seperti e-mel individu atau ringkasan harian.
Format alamat email Group yang dibernarkan Gmail
Alamat Gmail mengikut format username@gmail.com, dengan nama pengguna sepanjang 6 hingga 30 aksara yang terdiri daripada huruf (a–z), angka (0–9), dan tanda titik (.).
Peraturan Nama Pengguna:
Aksara yang dibenarkan: Huruf, angka, dan tanda titik.
Aksara yang tidak dibenarkan: Simbol ampersand (&), tanda sama dengan (=), garis bawah (_), tanda apostrof ('), tanda sempang (-), tanda tambah (+), tanda koma (,), dan tanda kurung sudut (< >) tidak dibenarkan dalam nama pengguna Gmail.
Penempatan tanda titik: Tanda titik tidak boleh digunakan secara berturutan (..), dan nama pengguna tidak boleh bermula atau berakhir dengan tanda titik.
Kepekaan huruf besar/kecil: Gmail tidak membezakan antara huruf besar dan huruf kecil (kedua-duanya dianggap sama). Pengabaian tanda titik: Gmail mengabaikan tanda titik dalam nama pengguna sepenuhnya; johnsmith@gmail.com dan john.smith@gmail.com merujuk kepada peti masuk yang sama.
Panduan Mencipta Group pertama anda
Buka laman Google Groups menggunakan email PKPS https://groups.google.com/ atau tekan link di Google Apps seperti dibawah:
2. Tekan Butang Create Group
3. Masukkan nama Group dan Email group
4. Pastikan tidak pilih "Allow external members" jika tidak benarkan email dari luar domain pkps.gov.my untuk join as member
5. Pilih siapa boleh join group
6. PENTING: Pastikan "Anyone on the web" dipilih jika ingin menerima email dari luar domain pkps.gov.my seperti notifikasi server, semua alamat email di internet. Jika tidak dipilih, hanya email dari domain pkps.gov.my sahaja diterima masuk.
7. Taipkan email members (maksima 200 user serentak)
8. Taipkan email group manager ( member yang kawal group, moderator)
9. Taipkan email Pemilik Group ( admin kawalan sepenuhnya )
10. Akhir sekali tekan "Create Group" dan mula gunakan. Buat percubaan dengan menghantar email ke alamat email group ini dan lihat email diterima masuk dan semua members akan dapat email yang sama anda hantar tadi.