Projek ini bertujuan untuk meningkatkan pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dalam bidang higiene industri (IH) dan kesihatan pekerjaan (OH) melalui pelaksanaan program intervensi yang berfokus. Inisiatif ini merangkumi program khas penguatkuasaan higiene, pelaksanaan Pelan Keselamatan Pekerjaan Negara, serta kajian-kajian kesihatan pekerjaan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat.
Skop Projek :
1.Pelaksanaan 'Basic Occupational Health Screening' (BOHS) untuk 100,000 pekerja di sektor kritikal.
2.Melaksanakan 7 kajian berkaitan isu Kesihatan Pekerjaan terkini;
i.Bunyi Bising di Tempat Kerja.
ii.Pengawasan Perubatan Terhadap Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan.
iii.Kesihatan Mental.
iv.Panduan Prosedur Spirometri Kepada Pengamal Kesihatan Pekerjaan
v.Hazad Biologi.
vi.Sistem Notifikasi Kesihatan Pekerjaan MyKKP dan Fitness to Work.
vii.Pencegahan dan Pengurusan HIV/AIDS di Tempat Kerja
3.Mengintegrasikan penguatkuasaan Higien industri secara menyeluruh melalui Penguatkuasaan Ergonomik merangkumi Ergonomic Thru Design, Human Error Engineering, Environmental Risk Factor dan Physical Risk Factor.
4.Pelaksanaan Pelan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health Plan) 2021-2025:
Strategi 1: Achieving Occupational Health Coverage
Strategi 2 : Strengthening Human Capital
Strategi 3 : Tackling Traditional Occupational Disease
Strategi 4 : Embracing New Occupational Health Paradigm
kos keseluruhan Projek :
RM 7,000,000.00
Output Projek :
1.Pelaksanaan Pelan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health Plan) 2021-2025.
2.Mengintegrasikan penguatkuasaan Higien industri secara menyeluruh melalui Penguatkuasaan Ergonomik merangkumi Ergonomic Thru Design, Human Error Engineering, Environmental Risk Factor dan Physical Risk Factor
3.Melaksanakan 7 kajian berkaitan isu Kesihatan Pekerjaan di Malaysia
4.Basic Occupational Health Screening (BOHS) untuk 100,000 pekerja di sektor kritikal
Outcome Projek :
1.Mewujudkan pasaran pekerjaan (labour market) yang lebih sihat dan produktif.
2.Peningkatan tahap pematuhan KKP dalam aspek kesihatan pekerjaan dan higien industri di Malaysia
3.Memastikan majikan dan pekerja yang terdedah dilindungi dari risiko penyakit pekerjaan.
KPI Projek :
1.100, 000 Aktiviti penguatkuasaan dan Occupational Health Screening (BOHS) berkaitan kes penyakit dan keracunan pekerjaan di tempat kerja
2.30% peningkatkan bilangan pegawai kompeten di dalam bidang kesihatan pekerjaan (OHD, Higien Technician, dll)